”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

11/06/2019

'Berubat' sebelum bernikah. Perlu ke?

Family aku besar on both side. Bila semua dah tahu aku nak bernikah, ramai la yang approach bagi nasihat itu ini. Salah satunya adalah pergi 'scan' badan. Korang percaya pada benda ghaib? Sihir? Mistik? Aku percaya tapi tak taksub. 

Atas rasa hormat, aku turutkan kata orang tua walaupun pada hakikat dan instinct nya, bagi aku, aku 'bersih' dari semua tu. Tapi tak salah pergi janji medium nya betul. Macam pakcik aku memang sebelum kahwin dia pergi scan, just in case tetiba ada 'benda' menumpang tanpa kita sedar.

Kadang-kadang 'benda' yang ada pada diri kita ni memang kita tak sedar dia ada. Contohnya saka. Sebab ada saka yang duduk diam, kita tak sedar dia ada. Berbeza dengan sihir, selalunya ada perubahan pada diri kita, kalau kita tak perasan, orang terdekat yang akan perasan. Alhamdulillah setakat ni family aku yang pergi 'scan' badan memang takde saka.

Bagi sesetengah orang, penting untuk pasangan tahu jika ada 'makhluk lain' mendampingi kita especially tanpa rela kita. Sebab benda ni sikit sebanyak boleh effect kehidupan berumah tangga. Ada pulak sesetengah orang berpendapat benda tu tak perlu diambil tahu kalau memang selama ni okay je. Something are better left unknown. Aku pun pro pada pendapat yang kedua. The less you know, the better. 

Tapi atas nasihat keluarga aku pun turutkan jumpa seorang ustaz Darul Syifa' katanya. Dari segi tutur kata, bacaan yang didengari, cara perubatan aku tahu dia di landasan yang betul. Kalau 'ustaz' yang berubat kena pegang-pegang tu dah tak betul ye. Pegang maksud aku bukan pada tempatnya. Korang pun tahu lah. Kalau pegang kepala berlapik semua tu normal bagi aku, macam doktor la. Tapi yang ni memang langsung no touching involved. Ayah aku pesan kalau dia pegang tangan ke apa ke jangan teruskan. And dia buat depan family. 

Apa yang dia suruh bawa pun selari dengan perubatan islam. Air kolah masjid, garam, limau. Takde dia mintak pulut kuning ke ayam roasted half cooked ke, keris yang pernah membunuh perawan ke apa ke. 

Time nak mula 'scan' tu aku diminta duduk atas sejadah dan lunjurkan kaki. Baru aku tahu kalau tengah berubat tak boleh ikat rambut, dia taknak ada benda yang terikat. Tangan atas lutut and dia akan tanya nama kita berbintikan mak kita. Nama Mak aku dah la susah nak sebut, beberapa kali dia tanya balik haha.

Sebelum dia nak mula 'scan' aku, dia minta aku minum segelas air kosong. Sebelum minum aku kena mengucap dengan makna sekali dia nak dengar, selawat ke atas Nabi saw 3x dan niat dalam hati apa tujuan aku jumpa dia. Then beberapa minit lepas tu buat lagi sekali macam tu tapi kali ni kena telan air liur. Aku dah la sakit tekak time tu, takde air liur and susah nak telan haha.

Long story short, Alhamdulillah aku bebas dari segala unsur mistik, sihir, etc. Dia lebih baca karakter aku. Dia kata aku ni orang yang sangat dominan. Tau sebab apa? Sebab dia nampak aku tunjuk penumbuk dekat pasangan aku. Memang aku gelak la sebab aku dengan dia memang gurau kasar. Memang main tunjuk penumbuk je, tumbuk betul tak pernah lagi. Kahkahkah. Cara dia cakap macam aku queen control hahaha. Really? Haha.

Lepas tu dia ada tanya, selalu sakit perut ke? Aku cakap la aku ada gastrik. Then dia cakap memang usus aku luka. Tu doktor pun pernah cakap dekat aku sebelum ni. So bab tu aku percaya la hehe.

Bab dominan ni memang buat aku terfikir-fikir. Aku tak rasa aku macam tu tapi tu la jarang kita kenal diri sendiri. So aku tanya laki aku sekarang, aku dominan ke? Dia kata dominan aku adalah atas dasar consensus, maknanya dia merelakan benda tu berlaku atas dasar give and take. 

And dominan aku semua untuk kebaikan dia bukan bagi apa2 kelebihan pada aku. Pada dasarnya, dia yang lagi 'mengawal' hubungan kitorang. Bacaan ustaz tu tak semestinya tepat, dia baca dari petunjuk yang dia nampak. And ada petunjuk dia pun tak tahu apa maksudnya. Aku tak ambil serius pun benda especially bila laki aku explain apa dia rasa.

Bagi aku yang penting aku usaha yang terbaik, aku doa yang terbaik dan selebihnya aku tawakkal pada Allah swt. Ini just perkongsian aku, bukan nak nasihat korang pergi bukan juga nak melarang. 

Wallahualam. 

7 comments:

  1. tak pernah buat rawatan islam sebelum kahwin tapi sekarang pun berkahwin dengan seseorang yang boleh merawat benda2 macam tu...benda ghaib semestinya ada, tiada istilah saka, hanya ada istilah sihir dalam Islam, Wallahualam,

    moga perkahwinan Nadia dan suami dilindungi dan dirahmati, selamat pengantin baru. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh i see. Saka adalah kategori sihir eh? Or apa definition sihir actually?

      Hehe Ameen. Thank you IQ :)

      Delete
    2. sihir ni kalau orang kita panggil macam saka, santau dsb....ini yang husband IQ bagitahu tiap kali dia ubatkan orang, tiada istilah saka atau santau, hnya istilah sihir digunapakai.

      Delete
  2. kadang budaya melayu ni pelik jugak la kan. tapi kalau perubatan islam tu takpa. apapun selamat pengantin baru ^_^

    ReplyDelete
  3. Bagus family kau kisah pasal ni. Tapi betul jugak lebih baik tak tahu dari tahu. Agak2 takde orang perasan benda pelik kat kita patutnya normal je lah.

    Ustaz tu nak jadi ahli psikologi pulak ke. Siap baca karakter kau. haha.. free servis ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah kan. Layan kan je laa,as courtesy hehe. Tu la. Musykil aku haha

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!