”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

5/30/2020

CovEid 2020

*This is just for my personal memory, kalau takut cringe sila skip baca haha.

Alhamdulillah tahun ni diberi kesempatan beraya dengan family. Walaupun dalam kuantiti yang sikit (tak lebih 20 orang dalam satu masa) but kalau kita bersyukur mesti meriah jugak. Family aku yang negeri lain memang tak balik, even yang daerah lain pun tak balik. Bermaafan and share gambar raya via whatsapp je. Suasana memang lain sikit tapi bagi aku still bermakna. 

Pagi raya aku raya rumah Mak Ayah dulu, bergambar bagai aku balik rumah Opah dekat Sg. Siput. Dah beraya dengan opah dah melantak laksa Opah yang terbaik tu, kuah kacang yang marvelous aku pun balik rumah mertua. Auww dah ada mertua haha. Alhamdulillah kampung dekat-dekat je, boleh berulang alik 20x sehari haha *over*

Lepas Zohor dekat rumah mertua, kitorang balik kampung Abah (bapa mertua). Nak jadikan rezeki, ada pulak durian gugur time tu, so dapatlah aku makan durian di hari raya pertama. First time aku jumpa family side Abah. Then pergi rumah makcik Abah, dia tanya nama aku bagai. Lepas tu baru Opah suami aku sedar yang dia tak tanya nama aku lagi haha. Dah berjam sembang baru dia tau nama aku Nadia. Haha comel je opah-opah ni.

Then kitorang balik rumah Mak Ayah aku sampai raya ke-4. Memang meriah sebab rumah Ayah dekat dengan rumah adik beradik dia. So logically, kitorang boleh berkumpul 80 orang sebab ada 4 buah rumah haha 😜

Raya kedua pakcik aku buat baca Yassin, keluarga kami je tak jemput orang luar pun. Suami aku join baca, aku tak join sebab melingkar dalam bilik bahaha. Dia ingat aku ada dekat saf belakang, sekali takde, dia cari aku dalam bilik and bila dia nampak aku 'Ya Allah Isteriiii, Suami ingat Isteri ada sekali, jom Isya' sekali dorang'. Haha aku gelak gila bila dia bahasakan diri macam tu. Tapi aku malas nak keluar rumah sebab jemaah dekat rumah makcik aku, last sekali kami solat berdua je haha.

Lepas tu ada makan-makan sikit, pakcik aku belanja satay dengan laksa. Kemain Suami aku makan satay sambil menyaksikan aku main bunga api dengan cousins. Malam tu kitorang main Werewolf ramai-ramai. Haha kemain meriah, dengan Suami aku pun join main dengan budak-budak, kecoh sampai pukul 1 pagi. Love the bonding creates between my husband and my family members 💗.

Then hari raya ke 4-6 balik rumah parents Suami aku balik. Suami aku anak tunggal, so dalam rumah memang berempat je la tapi meriah jugak dengan perangai Suami aku yang kuat menyakat. Karakter dia memang lebih kebudak-budakan bila dengan parents dia, nak tergelak pun ada, geram pun ada. Nampak la karakter anak tunggal yang manja and how bless his parents to have him. Sampai Mama (mak mertua) risau kalau Suami aku buat perangai yang sama dekat rumah parents aku haha. Kat rumah parents aku dia behave ok. Aku cerita dekat Mak perangai dia kat rumah Mama, Mak punya la gelak. Tu kira sebar aib Suami tak? Haha

Hari raya ke-5 Suami request nak makan Spaghetti Bolognese. Aku suruh dia belikan bahan so aku pun masakkan lah. Debor weh 1st time nak masak dekat rumah Mertua. Tapi Alhamdulillah bertambah Mama makan, Abah je tak makan sebab Abah memang tak makan apa-apa selain nasi haha.

Petang tu pulak Suami request nak makan cendawan goreng tepung so aku pun buat la, tengah-tengah goreng Mama suruh masak nasi goreng terus. Gulp. Aku tak pernah masak untuk lebih 2 orang, ni kena masak 1 periuk nasi pulak. Cuak datang kembali hahaha. Tungtangtungtang kat dapur maka terhasil lah nasi goreng yang entah apa rasa. Abah makan, Mama pun makan siap bertambah. Legaaa haha. 

Aktiviti kat rumah Mertua tu je la, makan, tengok TV, tengok Suami aku berebut TV dengan parents dia, main dengan kucing. Petang-petang Suami bawa ronda naik motor tunjuk tempat dia membesar and lepak tepi parit tengok Suami cuba memancing haha.

After that cuti dah habis bro. So pulanglah aku ke KL untuk berkerja dan meneruskan hidup dalam norma baru. A simple yet a memorable Raya. It's about with whom we celebrate. The bonding between my husband and my family members become tighter. Alhamdulillah.

Thank you Allah for this opportunity. Bahagia akan tercipta bila kita pilih untuk bahagia. Kalau kerja kau mengungkit benda lama, mereput la kau di takuk lama sampai tua sambil memendam rasa walhal orang lain terus melangkah bahagia. 

2 comments:

  1. SELAMAT HARI RAYA!! best entry ini.. done follow u, follow me back.. tq
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!