”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

5/19/2020

Kebenaran rentas negeri semasa PKP

Seperti yang semua sedia maklum (skemanya ayat kau), Kerajaan hari tu bagi rentas negeri mulai 7-10 Mei bagi yang terkandas dekat kampung and nak balik rumah, it's one way ticket to the moon~~~ (siapa tahu lagu ni dia legend).

Aku pun nak rentas negeri tapi lepas tarikh tu. Tengok-tengok apps Gerak Malaysia tu dah disable menu dia. Aku tanyakan kawan-kawan polis, dorang suruh pergi je balai minta kebenaran, download borang dekat Facebook or Twitter PDRM. Polis-polis tu pun tak tau apa masalah dengan apps tu.

So aku pun download borang dengan semua dokumen sokongan. Memula aku pergi satu balai polis ni, tak perlu la tahu kat mana. Aku masuk, yang jaga kaunter polis perempuan. Aku bagi salam and dia jawab salam sambil main handphone. Dan aku bagitau tujuan aku, dia jawab acuh tak acuh je still sambil main handphone, yang aku kena pergi balai yang dekat dengan rumah aku sebab balai yang aku pergi tu actually area office aku tapi dekat jugak dengan rumah aku. 

Kerajaan cakap pergi balai berhampiran anda, bukan balai berhampiran kediaman anda. Apa masalahnya bagi je? Menyusahkan. Dengan buat apps tapi tak boleh gunanya. Adoi. Dengan perangai perempuan jaga kaunter yang macam hansap nye. Aku dari dulu tak suka deal dengan perempuan dekat kaunter. Suka buat muka lepas gaduh dengan laki tapi kalau pelanggan laki bukan main meleret kau senyum. Eee geram aku dengan manusia jaga kaunter perangai camtu, nasib aku lupa ambil nama dia, kalau tak aku dah report dekat kawan2 dekat Bukit Aman. Heh.

Then aku malas bunyi, aku pun pergi balai kawasan rumah aku. Dah la tetiba hujan turun dengan lebatnya siap kilat bagai. Tapi waktu hujan mustajab doakan? So aku pun doa supaya urusan aku dipermudahkan. Time tu kene que dekat luar, sekali masuk 2 orang pelanggan je, sebelum aku ada 2-3 orang lagi tengah que.

Lama jugak nak tunggu giliran, aku pelik dah kenapa lama sangat? Kena interview macam nak mintak kerja ke? Kena tahu isu semasa ke? Kena tahu peratusan jangkitan Covid seluruh dunia ke?

So sampai giliran aku, aku pun masuk la. Rupanya balai tu dah sediakan borang dorang sendiri, so kena isi lain, sebab tu lambat sikit kot. Dia tanya itu ini, tengok IC, tengok dokumen sokongan yang lain, dia pun sign je tak banyak songeh. Alhamdulillah, setel 1 bab. 

So aku pun mulakan lah perjalanan dengan tenang. Alhamdulillah aku sampai ke detinasi dengan selamat. Rezeki aku jugak sepanjang perjalanan takde polis tahan, macam tau2 je aku ada kebenaran. Nak jugak merasa kena soal siasat time roadblock haha. Tapi sekarang roadblock dah ketat rasanya sebab dah nak raya. Baca berita semalam 1000++ jugak kereta kena patah balik. Huhu. Sabar je la, InshaAllah tahun depan semua boleh raya dengan meriah. Ameen. 

6 comments:

  1. Aku walaupun satu negeri, aku rasa malas lak nak soa jawab kat roadblock. So dah bagutau sesiap kat parent, aku tak balik raya. Diorang pun sepatutnya balik beraya kat Johor macam selalu setiap tahun. Tahun ni beraya kat Selangor jer 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weh kentalnya kau 1 negeri pun tak balik. Hehe. But you know best. Selamat Hari Raya Aujinz!

      Delete
  2. alhamdulillah... boleh la beraya dgn family. hehe

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dapat la beraya dengan keluarga. Aku beraya kat perantauan je tahun ni. Banyak sangat conflicting info kat TV. Last-last aku putuskan untuk tak bergerak ke mana-manna. Insyaallah once semua musibat covid19 ni reda, dapatlah aku balik ganu, makan ikan celup tepung dan satar. Selamat Hari Raya, Nad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe Alhamdulillah. Kann? Pening kejap cakap macam tu kejap cakap macam ni. Haishhh! Nak ikut balik Ganu dayyy! haha.Sedapnya celop tepung, nasi dagang, hmm hmmm.

      Selamat hari raya too. Mohon maaf zahir batin.

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!