”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

8/19/2020

Ayat-ayat yang perlu dielak dalam hubungan

Benda ni aku dapat dari bacaan dan pengalaman. Bagi aku ayat-ayat ni perlu dielak bagi menjaminkan hubungan yang lebih harmoni.

1.  Minta Cerai

Yang ni applicable kepada isteri. Suami aku sebelum kahwin dah warning dengan tegas dan berprinsip bahawasanya walau apa pun jadi, gaduh macam mana pun jangan senang-senang nak minta cerai or mengeluarkan perkataan yang seangkatan dengannya. And sometimes out of no where he will remind me again. Duly noted. Alhamdulillah setakat ni tak terfikir pun.

2. 'Ikut lah' / 'Apa-apa je la'

Diikuti dengan nada yang annoying. Suami aku cakap dia tak suka kalau aku cakap macam ni so aku pun sematkanlah dalam hati. Ada je aku terlepas cakap then dia akan tegur. Dia tak suka, aku pun tak suka. Ada je time dia pun terlepas cakap so aku pun tegur. Ayat ni takkan menyelesaikan masalah, ayat ni akan menambahkan masalah lagi ada la. So kami berdua sehabis usaha akan elak guna ayat annoying ni. 

3. Ayat pasrah

'Hmm tau lah saya ni tak penting dalam hidup awak, selalu menyusahkan awak'

'Yela, siapa la kita ni, terhegeh-hegeh je'

'Saya tau la saya tak lawa, tak pandai masak, tak pandai ambil hati awak'

'Saya tau la saya ni tak pandai macam awak, belajar pun setakat SPM je, itu pun ada subjek fail'

Aku pantang betul dengar ayat2 macam ni, self pity. Macam takde keyakinan diri. Setakat ni aku tak pernah lagi keluarkan ayat-ayat seumpama tu. Mungkin sebab aku ni jenis confident level tinggi sikit bahahha. 

Kalau kau rasa diri kau dah tak penting dalam hidup sesorang, make you matter again or else, bla je la dari hidup dia. Know your value, don't downgrade yourself. Be confident that you're important. Tak perlu buat ayat tagih simpati.

I know I'm important. So if someone doesn't value me as what I deserved, then off you go.  There is more people out there who can appreciate me for who I'm. Even, I can appreciate myself. Aku tau ada setengah orang cakap benda ni dengan harapan pasangan akan reply on how important you're. Don't let people mark you, you mark yourself, know your self-value. Bak kata Azwan Ali, see my level??

4. Memohon pengesahan

'Kalau sayang saya, buktikan'

Kau nak bukti apa lagi? Kau nak bukti macam mana? Kalau kau perlukan bukti, obviously kau tak rasa kasih sayang tu dalam hubungan. So? Instead of mintak bukti la apa la, why not work it out kalau dah sedar yang rasa tu dah pudar, spark it again. Take action. Aku tak faham nak buktikan kasih sayang macam mana sebab benda tu subjektif. Bagi aku kalau dah sampai mintak buktikan memang tak wujud dah la rasa tu. Love is not something to be proven, it's something to be felt.

2 comments:

  1. Bab mulut ni bercinta 10 tahun pun boleh jadi tawar hati kalau main sembur je. Kita dah selalu baca, selalu ditegur untuk jaga tutur kata, nak-nak lagi dengan orang yang terdekat ngan kita, tido sekatil sebantal lagi. Tapi bila marah, kecewa menguasai diri, mulut laju dari akal. Maka itulah pentingnya kematangan dalam rumah tangga. Nak kawin kena matang dulu. Tak tunggu tua untuk matang. Kena tau kawal diri ketika dalam keadaan payah nak kawal diri.

    Kalau aku ni, aku xdapat bayangkan bila dah kawen nanti. Time couple muda-muda dulu semua 1-4 dah keluar.. Seminggu sekali lak tu. Hahaha. padanlah semua pun jadi ex.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, sebab tu ada peribahasa 'bab mulut badan binasa'. Kematangan dalam berfikir tu penting. Sebelum kahwin praktis dulu diri untuk sentiasa sabar, berfikiran rasional. Otak dulu baru mulut. Ikut pesan nabi, bila marah diam, bila takde benda baik nak cakap baik diam. Semua ni memerlukan mind set yang kuat dan jiwa yang tenang.

      Hehe

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!