”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

8/24/2020

Iphone XS Max masuk air. Alahai.

Aku pakai Ip XS Max ni baru setahun. Elok je aku beli, 2 minggu lepas tu keluar Ip 11 hahaha berengsek. Aku sayang handphone ni sebab aku beli time aku tengah dalam mood dukacita. Dia ibarat menemani aku. Gitu. Kamera dia pun paduaq.

Sayang2 pun aku terpecahkan glass belakang dia, jatuhhh bahaha. Retak 1000 seperti mana retaknya hatiku haha. Aku biarkan keretakan tu sebab aku tanya nak repair kos antara RM270-RM380. So biar dulu, kita cover pakai casing je.

So time aku pergi sungai tu mestilah nak posing2 kan plus Suami aku pandai ambil gambar, bonus di situ hihi. Time tu aku nak pergi dekat dia nak pass handphone letak atas batu, sekaliii aku terpijak batu licin, aku dengan handphone terendam. Tahniahhh! Haha

Tapi still boleh guna. Suami aku suruh off tapi aku tak off for the fact Ip tu actually memang water resistant tapi aku tak juga consider the fact that glass belakang tu dah pecah. Haha bodo piang, tulah tak dengar cakap Suami jugak tu.

On the way balik aku nak charge tak boleh sebab dia keluar noti yang charging port tu berair. So tunggu je la dia kering kononnya. Balik rumah letak dalam beras (petua katanya). Letak dalam 2-3 jam je. Lepas tu guna macam biasa sebab dah boleh charging waktu ni. 

Bangun pagi esoknya tengok ada bintik2 berbentuk garisan memanjang dekat screen tapi lama2 dia hilang. Ah sudah. Tapi aku masih berfikiran positif kata ni semua dunia semata haha kata ni hanya sementara. 

Bila tengahari ada keluar line hijau, mula segaris nipis lama2 segaris tebal. Walaweiii hahaha. Dan tanpa warning tetiba screen shut off. Wehhhh! Ottoke? Bagitau Suami aku biar dia serabut sama haha. Dia pun tolong google itu ini, tanya sana sini memang kena repair la cerita dia.

Time tu aku dah nak balik KL. Handphone masih on so boleh connect dekat Iwatch untuk baca and reply message or jawab call. Alhamdulillah. Sampai je rumah aku terus on kan sim dekat handphone Vivo aku yang aku dapat free and tak pernah guna. Alhamdulillah ada handphone spare.

Malam Isnin runner ambil handphone aku untuk repair. Konfiden kan aku bagi kat runner je without resit ke apa haha. Runner tu kerja tempat repair handphone tu jugak la cerita dia. Dia boleh buat apa je pun kan sebab handphone memang rosak haha.

Aku repair dekat rocket.repair (nama IG). Servis okay, customer service pun okay siap boleh pickup handphone without any charge kalau dalam radius beberapa km. Tapi melayang la RM1340! Huaaaa. Handphone siap dalam 3 hari sebab aku tukar back glass tu sekali. Kalau untuk repair water damage tu dalam sehari je boleh siap.

If water damage bateri automatik kena tukar. So handphone aku memang macam handphone baru la. Battery tukar, LCD tukar, back glass tukar.

Ni kos aku kena:

Chemical cleaning -RM90

Back glass - RM250

Battery - RM250

LCD - RM750

😭😭😭

Nasiblah salah sendiri. Degil taknak dengar cakap Suami pulak tu, ni la padahnya bahahaha. Btw, thank you Suami for your support 😉

Bagi aku kedai tu recommended. Battery and LCD ada 2 months warranty. Harga standard aku rasa tapi back glass tu murah daripada apa yang aku pernah tanya sebelum2 ni. Kerja pun nampak kemas. LCD lepas tukar pun sedap je sentuh, no problem at all. Katanya LCD original, ntah la. Selagi touch dia padu I dont have any issue. 

Konklusinya kalau air masuk handphone, matikan terus dan ikut petua letak dalam beras for 24hrs. Bersabar la sikit. Konklusi selanjutnya, kena lebih berhati-hati dan dengar cakap Suami bahahaha.

2 comments:

  1. Aduhhh dan-dan melayang duit Nad. Kebetulankah sebab minggu lepas baru aku pg jumpa sorang repair iphone. Adik aku punya ip7 dah nazak sangat bateri dia (64% bateri health). So pg la tukar. Dalam RM160 gak untuk model tu. Penatlah budak tu nasihat cara nak jaga bateri. Jangan lambat charge phone, jangan biar saving mode, jangan charge sampai 100%. Sampai2 rumah, relaks je main phone sampai 10% pastu charge biar camtu je. Kalau tak aku yg perasan bateri dh 96%, memang sampai 100%.

    Eh tiba-tiba luah perasaan pasal ip adik lak. AKu mana la tau akukan pengguna android je. uhuks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe. Banyak pulak tuuu. Haha aku pun dapat nasihat yang sama pasal penjagaan bateri tu. Try nak amalkan tp selalunya fail jgk hahaha. Aku rasa penjgaan bateri tu applicable dekat semua jenis bateri jgk kot

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!