Kekadang aku rasa dalam badan aku ada hormon lelaki sebab dari dulu aku jarang backup perempuan bahaha. Or aku jenis manusia tengok kes based on causes and circumstances not gender biased. Hari ni aku nak bebel pasal rumah tangga yang berantakan. Just nak share pendapat aku tentang apa yang terjadi pada orang di sekeliling aku.
Usually, apabila proses penceraian sedang berlaku, ramai akan mengatakan bahawa yang salahnya si suami walaupun jelas di depan mata yang bermasalahnya isteri. Masyarakat seolah-olah sukar menerima yang isteri boleh jadi punca penceraian atas faktor suami itu lah ketua keluarga, dia lah yang harus mendidik.
'Iker tu ceraikan Jenab sebab perangai Jenab tu terukk, dah lama Iker bersabar, dah 15 tahun, enough is enough'
Dan akan ada yang membalas
'Oh senang, buruk sikit je cerai, buruk sikit je cerai, ada perempuan lain la sebenarnya tu, buat alasan je isteri tu buruk la apa padahal 15 tahun ok je, ni tetiba je tak tahan. Patutntya jadi suami kene didik isteri bukan bila tak tahan tinggalkan, apa jenis suami la tu.'
Senah senah sekalian, sedarlah bahawasanya lelaki pun manusia dan ada perasaan, ada limit sabar dia. Macam mana nak didik kalau isteri kaki maki? Macam mana nak tegur sebab kalau tegur sikit ugut nak bunuh diri la nak cederakan anak la? Macam mana nak berbincang kalau dia taknak beralah, tak bagi ruang untuk toleransi? Macam mana nak bawa berbincang kalau ego setinggi gunung? Macam mana nak betulkan kalau dia je yang betul? Orang lain semua salah. So kalau kau tak lalui, kau tak rasa, kau jangan jump into conclusion.
'Nora tu ada boyfriend lain. Mana taknya, Norman busy sangat sampai tak bagi perhatian kat Nora, kalau aku pun cari lain'
Matlamat tak menghalalkan cara. Isteri kalau ada boyfriend lain pun orang tetap akan salahkan suami. Tak cukup perhatian la kononnya, tak cukup nafkah, bla bla bla. Tapi suami yang memang diizinkan untuk poligami oleh agama kalau ada perempuan lain terus kena kecam macam dia la paling jahat dalam dunia. Korang perasan tak benda ni? Sebab apa? Sebab perempuan kan tak pernah salah. 😏
Aku dah jumpa beberapa kes dalam circle aku yang jadi benda-benda kat atas ni. Dan aku tak pernah salahkan si suami sebab aku tahu character suami tu dan aku juga tahu character isteri tu. Apa yang aku pegang, suami pun manusia. Ada yang kata;
'Kalau betul teruk, kenapa lepas 15 tahun baru ambil tindakan? Kenapa tak awal2 dulu?'
Inilah yang dinamakan, kalau kau tak tahu apa2 baik kau diam sebab bukan kau yang hadap. Kita tak tahu macam mana struggle nye seseorang tu dalam hidup dia. Sabar dia, sebab dia dan macam2 lagi faktor.
Ye, betul, dalam sesuatu hubungan takkan satu pihak je salah. Dua2 mesti ada salah masing-masing, it depends on how we communicate about it, how far we can tolerate on that issue and many more. Don't put blame on one side only especially when we don't know the true story. You can be a good listener but don't appoint yourself to be a judge because you don't have that qualification. Jangan tambahkan petrol pada api.
Remember, men do have feeling too cuma mungkin dia tak tunjuk then kita rasa dia ok. Air mata dia , stress dia selalunya dia simpan sorang2 sebab itulah lelaki. As the wife, kadang2 kita perlu muhasabah diri kita, tengok mana yang salah. Discuss and tolerate. Buang ego jangan sampai bila dah kene cerai baru menyesal, merayu. Hilangkan rasa perempuan sentiasa betul, lelaki sentiasa salah. Throw away gender stereotypes in your life.
Ingat apa2 pun syurga di kaki suami. Hormatilah la dia selayaknya dia dihormati. Bukan calang2 tanggungjawab suami ni. Nampak mudah tapi besar amanah dia dengan Allah, semua dia kena jawab nanti. Kalau sayang suami, nak sama2 masuk syurga, tolerate la, sabar, banyakkan membaca ilmu2 yang berkaitan. Moga bermanfaat.
Siram petrol. Panas cerita ni.. akite bakoooo je. haha
ReplyDeleteHehe ok kau siram aku nyalakan api bahahha
Deleteahhh sebak lak baca benda ni.. mana la nak cari perempuan macam kamoo ni Nad. nasib dah kawin, kalo tak kawin lagi aku org pertama hantar borang
ReplyDeleteHaha. ramai je perempuan macam saya. Tahun 2014 saya ada bukak borang tapi mesti tak follow lagi time tu kan? So dah too late hahah gurau2.
Deleteye ke ramai, kenapa saya cari tak jumpa. 2014? really? boleh tak pusing balik masa tu
DeleteJodoh ni unik. Ada orang perlu mencari, ada orang dia datang sendiri. Sambil mencari, berdoa, don't expect too much, trust Allah's plan. Hehe. Wow if i could turn time back, i won't hehe.
DeleteRasanya semua masalah hubungan atas muka bumi kalau di-dissect tanpa gender bias, mesti dah boleh tau yang masalah boleh dicetus dari dua-dua belah jantina. Setiap kes ada punca dan akibat yang berbeza. Tapi ye la, dah dalam masyarakat kita ada bias tersendiri, asal cerai je banyak yang salahkan laki. Tapi noted jugak yang banyak rugi dari perceraian adalah pompuan. So I guess that balance out the gender bias on an overall scale??
ReplyDeletePokoknya, kalau nak hubungan berjaya, pakat rendahkan ego masing-masing la. Ego-ego nak pegi mana doh?
Bab 'rugi' after penceraian lebih kepada perempuan memang tak dinafikan. But kalau sendiri cari pasal, itu makan dia especially bila dapat suami yang baik.
Deleteyep, second that. Semuanya perlu komunikasi dan toleransi yang baik.