”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

8/07/2020

Perodua MYVI; Inspection 1000km

Baru 3 minggu pakai aku dah hantar nak buat inspection untuk 1k km. Wahhh sakan henjut kereta nampak haha. Memula bawak kereta ni rasa keras sikit, macam bawak Axia je rasanya tapi lama2 besi dah lembut sikit kot (memandai je kau ni) baru sedap bawak. 140km/h bawak kat highway tak rasa baiiii. Bahaya bahaya. 

Time inspection ni memang tak tukar pape just dia cek je. Just ada 3 benda yang aku komplen but no action taken sebab benda tak jadi depan dorang, dorang susah nak detect. Wakluuu haha. Kereta ni pun macam manusia jugak, kat rumah macam nak mati dah, sampai klinik terus sihat walafiat.

Ok, benda yang aku komplen:

1. Korang tau kan MYVI baru ada idle sistem. Idle bila kau berhenti kereta and tekan break, enjin akan mati dan bila kau release balik break enjin akan hidup dengan sendirinya. Wow magic! Haha. Benda ni annoying sebab proses nak hidup balik tu kasar bunyinya. Orang cakap on benda tu jimat minyak tapi aku selalu off sebab setakat jimat sesen dua tak payah lah haha.

So satu hari aku lupa nak off. Benda ni kene off manually tiap kali enjin hidup, tak tau la kalau ada cara lain. So aku berhenti dekat traffic light then bila dia hidup balik tu aku jalan la. Tetiba kereta aku mengaum terus bertukar jadi harimau haha. Tak, tak, kereta aku mengaum macam tersekat antara gear 3 nak ke 4 camtu, RPM pun dah naik ke 5. Apa aku buat? Aku lepas paddle minyak, aku masukkan balik ke gear N dan masukkan balik ke D then baru okay. Padiaaa!

2. Full tank MYVI dengan harga minyak sekarang RM50 je. Berbaloii la kan. Dengan minyak aku takde masalah. Aku ada masalah dengan meter minyak. Hari tu meter aku tunjuk 515km/full bar. Aku dah jalan 100km++, dia still menunjukkan 515km/full bar. Ha kau dah kenapa? Seriau pulak aku kalau tetiba kereta berhenti je sebab actually minyak dah lama habis. Ke MYVI buat kempen setiap full tank akan dapat 100km percuma. Yeayyy! Hotak dia haha. Tapi dah 3x kejadian ni jadi. Bila dia start turun dia akan turun dengan normal, sampai la tinggal 90km pun kereta aku masih boleh bergerak. Alhamdulillah. Tapi mesti something wrong kan?

3. Radio tak boleh on. Ada la sekali aku dah on enjin dah jalan pun tapi nak on radio tak boleh. So aku berhenti, mati enjin, hidupkan balik baru boleh.

Ni semua masalah teknologi bagi aku. Yang tiga atas ni aku dah komplen and dah masuk dalam sistem. Next service dia akan tengok. Service hari tu dorang tak boleh buat apa sebab again, tak jadi kat dorang. Ceitt. Habis kalau next service tak jadi jugak acanoo?

Ha ni ada problem baru. Dah 2x kena. Time dah mati enjin ada bunyi alarm dalam kereta macam ada something tak off. Padahal dah matikan enjin. Tapi nak tutup nak tekan alarm tak boleh dek bunyi tu. On kan balik, off kan balik baru boleh. Ni pun masalah teknologi. Next service nak komplen jugak.

Suami aku cakap ada bunyi besi berlaga time bawak. Bushing katanya. Bushing tu apa pun aku tak tahu, nanti nak suruh dia explain.

Bagi aku ni semua masalah minor yang aku boleh tolerate sebab dia jadi sekali sekala. And kereta pun masih bawah warranty, so no worries. Sebab tu kalau kereta habis warranty je aku terus ada niat nak jual hehe. 

Ha by the way hari tu kan aku ada cakap aku nak spraykan logo kaler hitam acah-acah lebih sporty. Dah buat! Yeayyy! DIY je. Aku beli spray dekat Shopee dan Suami aku buatkan. Nak harap aku memang tak la ye. Antara kami berdua, Suami aku jauh lagi cermat dari aku hehe.





Cantik ke tidook? Nak buat secoet ni pun makan masa berjam ye. Dia buat aku teman je sambil main handphone bahaha. Aku beli spray tu RM19 je. Nama dia Car Rubber Removeable Silicone Spray Dip. Huishh panjang gila nama. Nasib baik tak perlu akad nikah haha. Aku tengok proses kerja dia memang rumit ye kawan2. Hanya orang yang cermat dan sabar je boleh buat. Thank you Suami layan kehendak isteri. Muehehehe. Kalau ada next project nanti aku update lagi. Yeehaaaa!

6 comments:

  1. hi, myvi saudari ni sama dengan Myvi 2022 ke? CVT gearbox tu elok tak?

    ReplyDelete
  2. Bukan. Saya Myvi 2020. Setakat ni gearbox elok je Alhmdulillah.

    ReplyDelete
  3. Anonymous10/27/2022

    Nak tanya inspection 1,000km ni kena cas apa2 ke? Sebab cuma check saja kan itu nak tanya

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!