”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

8/10/2020

Review Iwatch 3

Ehemm. Haha. Bukan nak riak, just nak hasut korang terjebak sama. Dari aku kecik aku tak pernah beli jam sendiri. Time UPSR ke PMR ntah Pakcik aku hadiahkan aku jam Adidas, lama jugak aku pakai, beberapa kali tukar tali. Then SPM makcik aku hadiahkan jam Looney Tunes atas permintaan aku sebab asalnya dia nak belikan jam berjenama tapi jenis besi dan berkerawang. Wohh memang tidak la ye, time tu aku dah la separuh lelaki, geli aku nak pakai jam camtu haha.

Tapi time tu boyfriend aku tak suka aku pakai jam tu. So dia belikan aku jam Fossil. Jam dia bagi la aku pakai dekat 10 tahun or lebih. Bukan tak boleh move on tapi dah takde sape nak belikan jam lain. Haha. Plus jam tu elok and aku berkenan design dia. Simple, bermuka petak dan tidak bermuka-muka, tali leather. Aku dah mintak halal kat dia, dia pun ok je. Nasib bukan jenis meroyan mintak barang2 balik lepas putus, memang aku campak jam tu kat muka dia haha.

Dah kahwin pun aku still pakai jam tu and Suami aku pun takde masalah. Nasib dapat Suami yang cool hehe. Tapi sebab dah lama, pernah sekali ada bahagian kat tali jam tu koyak, Suami aku tolong jahitkan. Sweet takk?? Tolong jahitkan jam bini yang dihadiahkan oleh ex boyfriend haha. Then aku pakai macam biasa sampai la dia terkoyak kali ke-2 kat part lain. Walaweiii. Dah time dah ni, dah time.

Memang sejak dua menjak ni aku macam teringin nak pakai smart watch. Dah nak beli dah yang murah punya dalam 200++ tapi asyik berat hati je, entah kenapa. Bila dah tekad tu terus cari Iwatch kauu. Aku tengok series 3 tengah murah (berbanding yang lain), RM849 tapi semua store kat Malaysia dah out of stock. Aku ambil series 3 sebab tu je yang aku mampu and dia ada size 38mm yang suit dengan tangan aku. 

So aku order dekat Apple Singapore. Not bad la penghantaran dia dalam 5 hari dah sampai, as promised. Best ke tak? Bagi aku berbaloi and hope tahan 10 tahun haha. Aku baru pakai dalam sebulan. Memang rasa handsome bila pakai sebab aku suka jam petak. Reason aku tak beli jam selama ni sebab tak jumpa yang berkenan. Bagi aku jam kena ada tarikh and senang tengok. Aku paling tak suka jam jarum nombor roman. Walaupun kedudukan jarum boleh bagitau jam pukul berapa tapi aku tetap tak suka haha.

Jam ni kena charge 2 hari sekali. Tempoh nak charge tak lama sangat, tak sampai sejam. Jam ni boleh terima notification and boleh reply dekat jam tapi kau kene doodle la. Simple text would be nice. Aku ambil yang GPS je bukan GPS + Cellular. Kalau ada cellular ibarat kau ada 2nd handphone sebab dia boleh terima notification even handphone kau tertinggal dekat rumah. Yang cellular ni kena bayar fees sikit dekat telco, aku tengok Celcom dalam RM15 sebulan.

Jam ni boleh jawab call. Hari tu aku kat dapur, handphone dekat ruang tamu then Laki aku called so aku angkat guna jam. Not bad. Clear suara dia, suara aku kat dia pun clear. Benda lain macam smartwatch biasa la, boleh track activity etc, aku tak habis explore sangat lagi.

Aku suka apps Breathe dia. Apps ni ingatkan kita untuk ambil masa seminit dan tumpukan perhatian pada breathing. Dia akan guide bila nak inhale bila nak exhale. Best wehh, memang rasa calm. Kalau aku ngantuk aku pergi la kat situ and buat, Alhamdulillah hilang ngantuk. Hehe.

So far aku berpuas hati dengan jam ni. Harap berbaloi dengan harga. Nak beli Iwatch 5 memang tak mampu la nak. Jadi la Iwatch 3 pun. And jam ni pun waterproof. Hari tu time aku hiking Batu Putih aku terhentak jam ni kat batu. Woooo nasib baik pakai tempered glass, pecah baii tempered glass tu. So berhati-hati la ye. Dah la aku beli tempered glass tu mahai, RM50. Last sekali aku beli dekat Shopee je RM10, Laki aku pasangkan haha. Yang aku beli bukan tempered glass tapi macam satu plastic hydro gel katanya. So far ok la, taknak bagi calar je. Tapi yang ni tak tahan hentakan aku rasa. Wuwuwu.

Bila aku dah pakai smartwatch ni Laki aku pun dah hint dia nak beli Suunto weh. Taknak kalah yee. Suunto lagi mahal, yang dia kenan harga RM2-3k. Aku just boleh bagi semangat untuk dia kumpul duit je la haha. 

4 comments:

  1. apple store memang terbaik ah.. Kalau nak beli tapi tak jumpa kt machine, memang elok sangat order kat apple store je. transaksi senang, penghantaran puas hati.. pergh tiba2 jadi jurucakap Apple. Hahaha.

    Sebelum ni aku pernah pakai mi watch sebab murah dan masa tu sangat concern ngan tahap keaktifan diri. Nak charge pun kena tunggu dia sampai time dulu. Takleh suka-suka charge. Tiga kali terlepas prompt dia, mati jam tu takleh charge. herghh.. haru... sekarang aku tgh aim nk beli airpods sebab peranti aku xde audio jack.. lepas tu baru nk ushar jam.. tapi memandangkan keadaan sekarang, aku tangguh dulu la perancangan tu. uhuks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha They walk the talk kan. Yela world brand kot Apple mestilah jaga kualiti.

      Tunggu dia sampai time tu camno? Mati sampai sekarang ke? Adui salam takziah. Weh aku memang sarankan kau beli airpods ori. Hari tu aku beli yang cikai tapi harga yahudi (hampir separuh harga airpods) tapiiiii performance macam hanet. Aku syak aku kena scam. Damnn it. So sebab tu jam ni aku beli ori terus biar mahal sikit asal berbaloii. Ye dok?

      Delete
  2. Haritu aku nak beli juga apple watch 3 ni sebab harga macam ok la tapi stock takde dan malas nak tunggu. Aku dah ada suunto, dan beberapa jam fossil tapi end up pakai jam huawei band 4 RM135 beli kt shopee. Aku suka jam ni, tahan lasak boleh bawak berenang dan battery pun tahan lama. Function semua sama macam apple watch cuma tak boleh jawab call je dan beza dia dengan apple watch cuma gaya dan perasaan si pemakai je. haha.

    Sebenarnya kalau aku ada masa jalan-jalan nanti aku beli juga apple watch tu sbb minat dengan koleksi stripe dia yang pelbagai di pasaran. kahkah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyaknye jam kau haha. aku ada satu jee hehe. haha gaya tu aku sokong, tapi ada je tak minat bentuk iwatch ni hehe

      Aku dah masukkan dalam cart (laki aku) 5 jenis stripe. Harap dia belikan lima2 bahahhaha dan harap dia baca komen ni lol. aku beli kat shopee je, murah2

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!