Sabtu lepas ada kenduri bertunang sepupu Suami aku dekat Kulim, Kedah. Kitorang pergi balik hari je, pergi dalam pukul 10 pagi, sampai rumah dalam pukul 12.30 malam, menjangkau la hari lain by 30 minutes haha.
Seriau juga nak pergi Kedah sebab kes Covid kat Kedah tengah banyak kan, tapi fikir balik bukan ke arah kawasan PKPD so tawakal je la. Kitorang sampai lepas Zohor, singgah berhenti solat dekat masjid dulu. Majlisnya start dalam pukul 4.
Sebelum majlis mula sempat jugak kitorang ziarah Pusat Tahfiz An-Nuraein dekat area situ jugak. Sesiapa nak bagi sumbangan boleh google nama tahfiz tu. Daif la environment dia. Sekarang dorang tengah bina extra penginapan (papan je) sebab Covid ni nak kena jaga penjarakan sosial.
Habis je majlis Suami bawak aku naik motor ke Sungai Ulu Paip, dekat je dengan rumah sedare dia tu. Tak mandi pun, ronda2 je sebab aku tak bawak pun baju extra. Sesuai dengan nama dia, air sungai tu memang macam keluar dari paip. Tak selera nak mandi. Haha. Seronok ronda naik motor kat situ sebab angin dia nyaman gila, macam dunia berbeza dengan kawasan luar yang panas terik plus boleh poluk poluk hahhaha.
Dalam pukul 5pm kitorang gerak ke Tikam Batu, saja melawat Kakak Ipar Mama kat sana. Takde buat apa pun, sembang2 je. Baru aku tau Makcik Suami aku tu kreatif, dia buat lukisan dekat kasut cantik gila woii. Jeles aku dengan orang kreatif ni haha.
Lepas Maghrib kitorang pun gerak balik. Singgah dinner dekat Ikan Bakaq Street area Bukit Mertajam. Not bad la masakan dia. Ambil 1 set sekali air baru RM65. Mama cakap ikan bakar dia sedap. Adik aku yang suggest tempat ni sebab dia kerja kat Penang.
Hari Ahad tak buat apa, mereput je. Mama masak ayam masak merah. Uu sedap, laparnyaa huhu. Time makan kat kedai Ikan Bakaq tu semalamnya, Mama tanya nak Mama masak apa hari Ahad tu. Aku cakap, apa2 pun aku makan je tapi dalam hati cakap nak ayam masak merah tapi segan haha. Esoknya tengok Mama masak haha. Naluri seorang ibu. Aku cerita kat Suami, dia memang tak boleh simpan rahsia, pergi cerita kat Mama aku malu nak request. Cisss tak reti jaga aib isteri haha.
Malam tu aku balik rumah Parents aku pulak. Isnin tak buat apa, just ajak Suami aku pergi makan Laksa Telaga, tempat Laksa Telur Sarang favourite aku kalau kat Kuale. Ingatkan hari kerja takde orang, kitorang pergi dalam pukul 6pm, penuh ye penuhh.
Kerja aku makan je kan? Haha. Pagi Selasa pergi makan dekat Warong Selera Kampung Bendang Panjang. Sini macam2 menu ada, cakap je nak apa. Dia bukak pagi ke petang. Pagi pun dia ada chicken chop pasta bagai haha. Rasa makanan dia biasa2 je tapi sebab menu dia pelbagai tu ramai orang.
![]() |
Mee Wantan Kicap. Boleh la. Sedap lagi Mee Kari EJ dekat Chemor. |
Petang tu Mak ajak makan western dekat Taiping. Nama kedai dia Big Tas' Tea. Dia ada dua cawangan, aku pergi dekat areai Kedai Kotiau Doli. Ayah aku pergi makan Kotiau sorang2 dulu haha sebab kitorang nak makan western. Kotiau Doli tu memang favourite ayah aku. Sebenarnya kan, eja kotiau macam mana eh? Haha
Recommended. Air dia besar gila, boleh minum dua orang. Gravy dia sedap, fries dia berlambak. Aku ambil yang ada cheese atas dia tu. Oh sedapp gila. Antara ayam and cheese tu ada minced meat + macam sos spageti bolognese. Harga pun not bad. Chicken Chop 3, tambah air 2 baru RM60 macam tu. Boleh repeat. Kelemahan dia takde sos botol. Bila request so dia bagi yang dalam plastik kecik2 tu, dah la bagi 4 je. Mana cukupp! Nasib dalam beg aku ada sos McD. Haha. Sos is lyfee okayy. And sini tak boleh bayar pakai kad, boleh cash and e-payment je. Nasib aku ada cash time ni.
Hari Rabu sebelum balik pergi makan roti canai rangup dekat Talang, Kuala Kangsar. Sorry aku tak tau nama kedai tu tapi roti canai dia sedap, kuah kari + sambal dia pun sodappppp. Aduh laparnya. Lunch Mak masak Nasi Ayam. Kita semua mesti rasa Mak kita boleh jadi chef kan? Nasi Ayam Mak aku sedap gila woi, sos ayam dia sedap. Aku tak menuntut lagi. Antara favourite Suami aku jugak sebab tu makanan pertama Mak aku yang dia makan time datang merisik walaupun time tu takde selera nak makan katanya hahha.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!