Aku ni baru je tahu pasal method double cleansing. Double cleansing ni kau buat cucian muka dua kali. First guna oil cleanser or milk cleanser. Second baru guna pencuci muka yang biasa korang pakai.
Tujuan double cleansing ni adalah nak hilangkan minyak, makeup, debu kat muka korang yang dah seharian disidaikan di luar rumah. Kadang2 guna cleanser biasa je tak cukup. Memang muka lagi glow kalau guna teknik ni. Aku buat during night routine je, siang tak. Ada yang buat dua2. Bagi aku pagi2 muka aku memang clean (aceyhhh konfiden), sebab baru bangun tidur kan, jadah nak pakai makeup time tidur haha.
Aku pernah guna dua2. Oil and milk. Personally aku suka yang oil rasa lagi deep cucian dia berbanding milk cleanser. Milk cleanser aku pernah guna Nano White. Tak memuaskan sangat.
Oil cleanser aku pernah try dua je iaitu Biore and Simple. Biore murah dari Simple and personally aku suka Biore sebab bagi aku lagi best haha. Simple dah la bau minyak masak and rasa tak clean sangat. Ada yang cakap Biore tak elok, depends pada kulit masing2 kot. Kulit aku ni desa je, nak barang mur mur je 😝
Cara pakai dia, just pump an appropriate amount on your dry palm. Then gosok lah. Aku suggest ambil masa 60 saat untuk cuci muka korang. Kira la dalam hati or set jam haha. Boleh you tube kelebihan dia. Memang rasa bersih muka.
Lepas ni aku nak try oil cleansing Hada Labo, Nutox dengan Muji. Aku memang tukar2 skincare ni haha. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!