”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

9/01/2020

Family Day; Kuantan, Pahang

Last long weekend family Ayah aku decide nak jalan-jalan ke Kuantan sambil melawat tempat cousin aku yang baru berpindah ke sana. Aku first time pergi Kuantan. Bagi aku basically Kuantan has nothing much to offer haha sorry Kuantanese. 

Pergi time long weekend time semua orang jakun nak bercuti memang haup la. Jem gila, semua kedai makan orang penuh ibarat makanan tu semua free. Padahal mahal nak mampus. Kitorang pergi 9 kereta semuanya. Pakcik aku siap pinjam walkie talkie kawan dia as medium of communication kitorang haha semangat! Tapi semua banyak main jee.

Hari Jumaat Suami aku pergi ambil Parents aku dulu. Pagi Sabtu baru bergerak ke Kuantan dari KL. Semua berkumpul dekat R&R Genting Sempah. Konon nak sampai Temerloh pukul 11, sekali 10.30 baru gerak dari R&R. Janji Melayuuu haha.Rancangnya nak pergi makan dekat Kancil Raja Patin Temerloh. Sampai around pukul 1 petang and tengok tudiaaa ramai gila orang. Ibarat orang dari seluruh negeri Perlis ada kat situ.

Family aku memang perangai sejenis je semua iaitu tak suka bersesak so cancel makan kat situ. Time berhenti dekat Petronas orang sana cakap depan Petronas tu ada tempat Patin Tempoyak yang not bad jugak. Sebelah station bus. Hentam je la perut dah lapar. Not bad, berasa la tempoyak dia.

Habis makan terus ke Kuantan, checked in Swiss-Bell Hotel. Hujung entri aku review Swiss-Bell. Sampai Kuantan dalam 4 lebih. Terus merebahkan diri. Family aku ambil family suite dia. Hotel ni dekat dengan restoran Ana Ikan Bakar Petai.

Petang tu Parents aku pergi makan kat sana, mahal gila woii harga dia, rasa tak la wow sangat Mak aku cakap. Memang tobat tak pergi dah, dah la manusia ramai gila babeng punya. Malam tu kitorang pergi makan dekat Lepak Luu Cafe. Pergi awal sikit then tak ramai sangat orang. Macam2 choices of meals ada and semua sedap and harga berpatutan. Kitorang makan maggi udang galah, charkotiau, bingsu, chapati.

Esoknya dalam 11 lebih baru masing2 terjun kolam. Dah lapar and kena paksa naik sebab nak pergi lunch baru la masing2 naik dengan muka kecewa tak puas mandi. Gembira la pulak tu mandi tengah2 panas rembang haha tak faham aku. 

Kitorang lunch dekat Nasi Ulam D'Pondok. Recommended jugak. Banyak pilihan and harga berpatutan. Habis makan pergi lepak Zoo Teruntum. Orang dewasa masuk RM4/ Kanak2 RM2. Dengan harga tu berbaloi la nak masuk walaupun dalam tu takde apa sangat. Haha. Boleh sewa basikal, boleh naik tram yang sendu, naik kuda yang macam nak mati dah haha. Binatang pun ada Seladang, Landak, Lotong, Ayam (HAHA). Mak aku cakap binatang ni semua dia boleh tengok kat rumah je hahhaa.

Dalam 5 lebih kitorang nak gerak ke Teluk Cempedak. Tapi brother dekat zoo tu cakap dah tak boleh masuk sebab dia limit kan ke 1000 pengunjung je. Woahhhh. So kitorang decide ke Pantai Batu Hitam, no regret at all sebab pantai dia cantik and ada kawasan yang luas untuk bersukaria.

Macam2 game kitorang main. Futsal, Bola Baling, Tuju Kasut. Memang havoc sebab makcik2 aku yang dah pencen pun join sekalii hahaha. Acara penutup adalah pijak belon. Ikat belon dekat kaki masing2 and kene pijak belon orang lain sampai pecah. Siapa belon tak pecah yang akhir sekali, dia la menang. Anak cousin aku yang darjah 4 yang menang haha.


Memang havoc sampai semua orang luar tengok je kitorang main sambil tumpang gelak. Ada yang jatuh tersembam, ada yang main tipu, ada yang cramp haha. Yang paling lawak pakcik aku jaga gol, tiang gol tu selebar dia je pun. Ikut logik memang takkan tembus gol, sekali gol jugakk! Hahaha memang kena bahan la pakcik aku tu.

Dalam 7.30 baru gerak balik ke hotel. Malam tu masing2 makan sendiri sebab nak serbu 9 kereta terus pergi makan memang kena maki dengan orang lain. Jem nak mampus malam tu sebab malam merdeka kan. 

Family aku makan dekat Racha Tomyam. Makanan dia ok, harga berpatutan tapi management fail. Orang penuh tapi tak perlu beratur kat luar tapi lepas kitorang ada jugak 2-3 family yang beratur. Sejam lebih tunggu makanan sampai. Tu takpe lagi sebab faham la kan, tapi pinggan kotor atas meja kami dekat 45 minit tak berangkat. Huhu.

Esoknya pergi beli breakfast dekat area hotel, lupa nama kedai. Beli nasi dagang, nasi kerabu, laksam, ok la boleh makan dengan kenyang. Alhamdulillah. Dalam pukul 11 check out. Lepas tu pulanglah kami ke KL. Sebelum tu sempat singgah beli keropok lekor dan anak beranaknya.

Ontheway balik jem teruk lepas Karak sampai la Gombak. Dekat pukul 4 baru sampai rumah. Sekarang aku mengalami post vacation sindrom. Sedihh. Rinduu. Rindu moments. Ni first time Suami aku join family day kitorang. Ini impian aku sebelum kitorang kahwin lagi sebab dia anak tunggal, so dia tak pernah merasa suasana macam tu.

Aku suka tengok bonding yang tercipta antara dia dengan family members aku yang lain. Alhamdulillah. Thank you Allah for make this happened. To many more creating moments together. InshaAllah. 💕💕💕.

Swiss-Bell Hotel, Kuantan

Hotel ni dalam gambar punya gah, siap viral hari tu, sekali hmm. Dia bukan konsep hotel sangat, dia lebih kepada konsep resident. Memang 1 blok untuk resident. Lif dia paling hauk. Dia bahagikan lift ikut tingkat. Macam nak naik bilik kitorang, lif belah kanan je boleh guna. Dah la lif dia lembs nak mampus.

Bilik besar, ruang tamu pun besarr tapi toilet tak bersih, tombol bilik rosak so tak boleh nak kunci so duduk dalam bilik pun kena bersopan sebab karang tetiba cousin aku terjah mampus hahhaa. Aircond bocor tapi sebab dia build in so bocor dalam dinding tapi dengar la bunyi air menitik. Tingkap bilik kotor gila, finishing bangunan pun hauk. Selekeh gila kerja dia dengan banyak suis senget nya. Tak faham aku. 

Kolam nak mandi boleh pakai swimming suit je. Gelabah ok? Pergi Hilton kat Melaka pun relaks je kau nak pakai apa pun pakai la. Alasan dia hygiene. Kemonn, nampak sangat sistem perairan korang tu tak padu. Aku tengok air kolam dia berkeladak jugak. Hygiene mendee? Eh marah. Haha marah la, strict bukan2. Dah la hotel tak best haha. 

Ok sekian, pelaporan. Rindunya moment dengan family. Ahhhh. Suami aku pun cakap dia rasa best and seronok dapat join and ketagih nak spend masa dengan family aku lagi. Ommoo. Haha. Alhamdulillah.  Oh God, thanks for the loving, sporting and supporting family and Husband that You has given me. I’m eternally grateful. I love them very dearly, please protect them at all cost from any harm. 

I had a very great weekend. I hope you had one too. 

2 comments:

  1. Mungkin aku yg dalam 1000 di Teluk Cempedak waktu tu. uhuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh kau ke sana jugak? Kau sungguh gigih masuk sana haha. Tahniah kepada kita kerana berjaya bercuti di tengah2 kesesakan manusia. haha

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!