Jumaat lepas, kami Suami Isteri melepek je dekat rumah sebab patutnya ada hal tapi kene postpone pulak. So kita layan Netflix je. Konon pepagi nak berbasikal tapi Suami cakap petanglah sebab ngantuk. Sekali petang pun hujan turun dengan lebatnya haha danke.
Lunch tu kitorang makan dekat Restoran Sri Nirwana Maju, nenek aku belanja (??) haha. Nenek aku bermurah hati belanja semua cucu dia RM100 sorang woo, anak dengan menantu lagi banyak dapat. Risau jugak aku bila dia mula menghabiskan harta dia ni 😟 tapi rezeki jangan ditolak hehe.
![]() |
Berbanding Nirwana, aku lagi suka Ravi's kot. Peria goreng dia lagi sedappp. |
Pagi Sabtu Suami aku ajak berbasikal ke Ulu Yam. Aku on je tanpa mengetahui bala yang menanti haha. Bangun Subuh tu hujan tapi Suami aku ajak jugak dengan harapan dekat Selayang tak hujan. Doa dia termakbul, sampai ke Selayang hujan pun tinggal gerimis je.
Kami parking dekat Petronas Bandar Baru Selayang. Beli chocs and air sebagai bekal dan lepas setup basikal maka mula la perjalanan kami mengayuh ke Ulu Yam. Lepas 1km pertama aku dah nampak bala depan mata. Koyak wehh tengok keadaan muka bumi dia. OMG, apa benda aku buat ni?
Memang barai habis tu pun aku tukar naik basikal Suami aku. Basikal dia jauh ringan and ada 12 speed. Basikal aku dah la berat, 9 speed je pulak tu uihh memang mintak nyawa. Sian Suami aku kena naik basikal aku sebab kecik and agak tak sesuai dengan badan dia, basikal dia pun agak besar untuk aku tapi demi kelansungan hidup, pertukaran basikal harus dilaksanakan haha.
Permukaan muka bumi dia yang beralun memang menguji kesabaran mental dan kekuatan fizikal untuk beginner macam aku. Memang ramai orang berbasikal kat sana tapi semuanya nampak steady je. Almost 2 jam jugak la kitorang mengayuh tu pun rasa namati haha.
Bila naik bukit memang rasa nak tercabut jantung tapi bila turun bukit moment paling best wooo, layan angin, layan kelajuan. Tapi macam mana nak dapat turun kalau kau tak naik kan? Bersusah-susah dulu bersenang-senang kemudian. On the way balik ke kereta ada la singgah kejap tepi hutan makan chocolate. Nak pergi melawat sungai semua berpagar dan berkunci sebab PKPB ni. Hak alah tedekut.
But amazingly, badan tak sesakit macam lepas hiking. On the way balik terjumpa air terjun yang tak dipagari. Nice jugak. Sempat rendam kaki yang rasa macam terbakar. Tak mandi pun sebab takde tempat nak tukar baju.
Esoknya pulak kitorang berbasikal area rumah je, 20km. Recovery phase katanya. Ada jugak main bukit tapi tak se hell bukit dekat Ulu Yam haha. Suami aku suruh praktis lagi sebagai persediaan naik Bukit Fraser katanya. Wakluuuu hahaha. Aku cakap kat dia, belikan aku basikal carbon macam dia dulu baru onz haha.
Seronok berbasikal ni especially bila buat dengan kesayangan hehe. Berpeluh tu memuaskan walaupun nak mula tu malas sangat rasanya kan? Just push yourself. My push factor is my husband. Dia layan je pace aku yang lembab ni, tak marah2, senyum je and bagi semangat. Oh ada la dia marah sikit bila aku asyik main gear hahaha.
Lunch Ahad tu aku nak belanja dia makan Butter Chicken Mona tapi dia taknak, dia nak masakkan untuk aku katanya. Alhamdulillah. Dia buat simple je, Nasi Goreng Daging tapi menyelerakan. Makan pulak dengan telur dadar. Hmmmm dap haha. Seronok rupanya perasaan kita tengok Netflix sambil tunggu makanan berhidang depan mata hahaha. Thank you Allah for this blessful life! Alhamdulillah. Semoga Covid cepat bla, nak bercutiiii!
Nampaknya kena cari yang "tersayang" dulu untuk mengayuh. Baru lebih bersemangat. Sebab semangat aku memang ke laut sekarang ni. uhuk~
ReplyDeletehehe cari geng pun okay. geng yang tersayang jugak la sebab kalau tak sekepala susah jugak.
DeleteSeronok mengayuh kalau basikal pun best. Tak terasa azab sangat nak meneruskan kayuhan. huhu
ReplyDeletehehe kan. especially jalan yang berbukit. memang kena basikal yang padu kalau tak tolak je la basikal tu haha
Delete