Pada satu pagi yang sunyi dan nyaman, aku bangun seawal 5.15pagi untuk mempersiapkan diri sebelum pergi kerja. Aku buka baju dan campakkannya ke dalam bakul baju kotor. Ketika ingin membuka panties, alangkah terkejutnya aku bila nampak setompok besar darah di panties aku.
Aku jadi cuak sebab aku baru je lepas habis period seminggu yang lalu. Darah apa ni? Tak pernah-pernah aku jadi macam ni seumur hidup aku. Dan saat itu, masih menitik setitik dua darah, fresh blood tapi aku tak mengalami apa2 sakit/cramp di bahagian peranakan. Aku maklumkan pada Suami, dia suruh ke klinik. Disebabkan mengikut perkiraan kitaran haid, itu merupakan darah penyakit maka aku pun solat Subuh seperti biasa.
Sebelum ke klinik aku sempat masuk office menyelesaikan beberapa perkara. Aku dah berkira-kira nak pergi klinik ke tak sebab siapa je suka pergi klinik? Suami bertegas supaya aku ke klinik, begitu juga kawan2 rapat, siap kena marah sebab sempat pergi office dulu dan bukan ke klinik terus haha.
Sebelum aku ke klinik aku sempat ke tandas dan masih ada darah yang keluar dalam amaun yang sedikit. Aku pun decide nak ke Klinik Alyana, Wangsa Maju. Entah kenapa memang sejak berbulan ni bila lalu depan klinik ni aku rasa klinik ni dekat di hati haha boleh gitu?
Masuk je klinik aku dilayan baik oleh nurse di sana. Ambience kliniknya pun sejuk mata memandang. Pesakit tak ramai, dalam 3-4 orang dan masing2 bawa anak. Oh klinik ni memang specialist untuk ibu2 mengandung dan kanak2, I guess haha. Sebab banner depan dia menyatakan demikian.
Dalam 15 minit menunggu aku dipanggil masuk ke bilik rawatan, berjumpa dengan Dr. perempuan, Alhamdulillah. Dia pun mula bertanya apa tujuan aku datang. Aku pun cerita apa yang terjadi. Dr turut bertanyakan tentang latar belakang dan sejarah kehidupan aku seperti pernah putus cinta ke tak hahha wakluuu. Dr tanya bila hari terakhir aku datang haid, bila kali terakhir aku bersama suami, ada tak keluarga yang ada cancer bahagian peranakan. Hukkk.
Aku cerita yang Mak aku ada sejarah rahim dibuang disebabkan ketumbuhan dalam rahim, aku tak ingat fibroid/cyst. Aku turut tanya adakah sebab aku aktif berbasikal/hiking menyebabkan benda tu? Dr. cakap kalau aku memang aktif, itu bukan puncanya. Kalau tak pernah2 buat tetiba aktif, boleh jadi punca. Aku just mengannguk. Dr cadangkan untuk aku buat scan. Aku pun setuju je. Alhamdulillah nothing serious, semuanya normal, no cyst neither fibroid detected. Lega.
Kemudian Dr cadangkan untuk dia cek lebih mendalam untuk tengok samada darah tu berpunca dari luka atau pun polyps. Sebab polyps pecah pun boleh jadi punca pendarahan. Aku gerun bila tau prosedur nya 😅 tapi nak taknak aku kena buat untuk kebaikan.
Alang2 dah masukkan mulut itik (vagina speculum), Dr terus sarankan untuk aku buat ujian pap smear. Ujian pap smear ni cara nak detect cancer cervix (Nauzubillahminzalik) and hanya yang dah berkahwin je boleh buat. Cancer cervix merupakan kanser kedua tertinggi di Malaysia. 😓
Aku terus tanya 'Sakit tak Dr?'. Dr cakap tak sakit, just tak selesa. Ok lah, ayuh kita buat. Gerun aku tengok mulut itik tu haha. Memang tak sakit tapi betul la tak selesa. Alhamdulillah Dr yang entertain aku tu lembut orangnya, cakap pun lembut je.
Dia ambil dua sample dekat pangkal rahim aku untuk bawa ke lab. Tisu la kot yang dia ambil tu. Time nak ambil tu memang rasa tak selesa yang amat sangat, tak sakit tapi ngilu. Tak reti aku nak gambarkan.
Habis je prosedur Dr terangkan yang aku tak mengalami apa2 luka or polyps. Memang darah tu dari rahim aku. Huhu. Dr suruh aku datang lagi 6 hari untuk dapatkan result pap smear. Total kos perubatan aku kena RM250. Tak tahulah mahal ke murah tapi bagi aku berpatutan dengan segala prosedur yang aku lalui. Aku pernah pergi klinik sebab diarrhea tapi kena RM110. Itu bagi aku mencekik darah.
Entahlah aku pun tak tahu nak rasa apa. Susah hati tu ada of course, Suami aku pun risau tapi dia minta kitorang untuk chill dan berdoa. Aku minta Mak dan kawan2 turut doakan.
Alhamdulillah, nothing serious. Doktor cakap mungkin darah tu just darah istihadah. It's normal bila perempuan atleast sekali seumur hidup keluar darah istihadah, kadang2 disebabkan hormon imbalance.
Info ni aku ambil dari website Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:
Istihadah menurut syarak ialah darah penyakit wanita yang keluar daripada hujung urat yang berada di bawah rahim yang dikenali sebagai ( العاذل) selepas tempoh sebanyak-banyak haid atau selepas tempoh sebanyak-banyak nifas atau darah keluar berterusan selepas hari kebiasaan haid. [al-Wajiz fi al-Fiqh al-Islami 1:126] Seterusnya, ciri-ciri istihadah ialah:
- Keluar darah sebanyak 2 kali yang diselangi oleh tempoh suci yang kurang 15 hari
- Keluar darah selepas tempoh sebanyak-banyak haid 15 hari
- Keluar darah kurang daripada 24 jam
- Keluar darah sebelum umur 9 tahun
- Keluar darah selepas tempoh 60 hari nifas
Daripada pengertian istihadah serta ciri-cirinya, dapat disimpulkan bahawa istihadah ialah darah yang keluar bukan waktu kebiasaan haid mahupun nifas atau dengan kata lain pada tempoh suci.
Moga semuanya baik-baik saja Nad.
ReplyDeleteTak pernah pula kena mcam ni. Sekarang period tgh lewat 12 hari ada la. Mengandung agaknya.
(Mengandungi taek) HAha.
Thank you Zhi. Kau memang period irregular ke mcm mana? Dia nak ubah angin kot tu hehe.
DeleteAlhamdulillah tak ada apa yang serius. Siapa yang tak risau bila jadi macam tu kan. Takut juga nak buat pap smear ni. Baru tahu benda ni jadi disebabkan hormon imbalance. Apapun yang terjadi memang kena rujuk pada doktor terus.
ReplyDeletebetul tu. Alhamdulillah sangat nothing seriuss.
Delete