”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

1/25/2021

Covid19; Kontak Rapat

Tak pernah terlintas dalam kepala otak aku yang orang yang rapat dengan aku akan positif covid because all this while Covid seem so far away from my life, I admit its existence but maybe I denied that it's closer to me, to us all. 

I got called from Infected Person (IP) 1 that she tested positive for Covid. Tergamam aku sekejap because we're closed contact not just in relationship but physically. Dannn closed contacts dia bukan aku sorang je ye tapi dekat 3 muka surat kertas A4 menggunakan Font Arial Size 12.

So the day after I knew, I went to Pusat Kesihatan Daerah (PKD) nearby my hometown to surrender myself and wore 'gelang merah'. Kitorang kena kuarantin beramai-ramai, nasib aku dah pindah Perak kalau tak aku berseorangan la berhuhu di KL.

Esoknya pergi Swab Test. Feeling? Tak sakit but annoyingly itching and disturbing. Kitorang buat PCR test, not RTK. PKD said PCR is most accurate. Then the waiting game begun. Aku tak cuak sebab aku yakin aku negative (yakinnya kamu) tapi aku cuak untuk parents aku. They will be a high risk persons if get infected 😟 (Nauzubillahminzalik). Tapi parents aku sugul je, risau. We just prayed that we're all free from that evil virus! Aku kena pakai gelang sampai 14 Jan 2021. 

14 Jan - PKD called untuk potong gelang walaupun result tak dapat. They claimed that if we're positive, KKM will call soonest and now it's already 5 days so they considered that we're all negative. Alhamdulillah. Merdekaaa! Seksa woooo pakai gelang merah ni, polis datang cek selang sehari. Kau memang takkan ke mana selain mereput. Ada la 3 seasons Anatomy's Grey aku tengok. Haha. Tanggal gelang aku siap pergi makan, pergi pasar cari tudung, pergi DIY, Pergi 99 Marts. Kemaruk dah seminggu tak keluar rumah. Hahaha.

Aku whatsapp bos aku cakap aku dah boleh masuk kerja on 15 Jan tu but my boss asked me to rest, masuk je kerja hari Isnin katanya. Alhamdulillah. Memang dabedabedu laa, free and easy. Oyeahhh.

15 Jan - Aku tidur dengan lena sampai Ayah aku kejut around 9am tu. Ingat nak ajak pergi makan ke apa tapi rupanya jeng jeng jeng. Ayah bagitau KKM baru called yang salah sorang dari kitorang yang cabut gelang sama-sama semalam positif Covid. Whatttt?! So teori kata kalau dah 4-5 hari KKM tak call tu maknanya negative tak reliable laaa?

Aku down balik sebab PKD called balik suruh pakai balik gelang hikmat tersebut for another week sebab baru jumpa IP 2 semalammnya. Berapa banyak word balik daaa. So nak taknak kena pergi serah tengkuk sebab names list memang PKD dah ada. Dengan sugul pergi la kembali.

SOP KKM ni berubah-ubah. Untuk kali kedua ni kitorang dah tak perlu swab test unless ada simptoms. Nasib baik Suami aku memang tengah MC. Dia tak pakai gelang sebab dia bukan closed contact, unless aku positif baru dia pakai. Lega sikit ada dia, takde la aku bersendu berseorangan. Lagipun senang Mak aku nak suruh beli barang bila ada sorang yang free dalam rumah tu haha.

Hari pertama, kedua memang skema. Duduk je dalam rumah. Hari seterusnya aku dah tak tahan, boleh gila woi. So petang2 aku main badminton dengan Suami aku dekat laman rumah. Dont worry, rumah aku rumah kampung, takde strangers sekeliling aku and aku takde simptoms, first test was negative. Alhamdulillah.

Tengah menghitung hari nak merdeka tetiba Perak PKP pulakkkk. WTH hahahha. Down sebentar sebab aku dah berangan nak pergi makan laksa dengan ABC tepi Sungai Perak haha. Kau memang tak serik2 kan?

23 Jan - Pergi bukak gelang dengan harapan dah tak perlu pakai lagi dah. Pysco rasanya pakai gelang hospital tapi duduk dalam rumah. 2 minggu weh terkurung. Petang 23 Suami ajak brisk walk belakang rumah, ada sawah bendang dan laluan ETS. Kitorang lepak atas jejantas tunggu ETS lalu sambil menikmati panorama hampir senja yang menenangkan. Sayang lupa bawak HP untuk captured moment. Tak sangka Suami aku begitu excited nampak ETS lalu macam budak2 yang baru 1st time nampak train. Hahaha mengekek aku gelakkan dia. Habis berjalan 3km, kami sambung main badminton dengan cousins. Berpeluh dan sungguh melegakan perasaan tersebut! Dah lama tak berpeluh.

Ini antara ujian terbesar family aku untuk masuk tahun 2021. Alhamdulillah tak jadi kluster baru haha.  Our bonding become tighter, we supports each other. Mama and Abah beberapa kali called tanya khabar haha risau menantu kena Covid. Risaukan anak dia jugak tu sebab duduk dengan aku haha.  Cousins aku yang patutnya bernikah semua terpaksa dibatalkan. Covid memang ubah hidup kita. Aku sekarang pun selang seli WFH. Kehidupan dah tak sama macam dulu. Tup tup nanti masuk 2022 dah. Haish.

Stay safe people! Jaga SOP! Covid is now living with us, damn you, you're never invited!

1/16/2021

Move out by Rembau Movers

Disebabkan Suami aku temporary OKU, nak taknak aku terpaksa hired movers. Rumah aku tingkat 4 takde lif wehh. Memang tidak logik la aku nak buat sorang2, nak campak dari atas pun aku tak mampu, nak gerakkan seinci pun aku tak mampu woi. I talk about washing machine and refrigrator here. Yang lain masih boleh diusahakan la nak angkat sendiri. Tapi itupun idok le. Baik aku upah orang, aku jadi mandor je hehe.

Aku ambil dengan Rembau Movers (IG: rembaumovers). Dia ni kawan Suami aku. Service memang tiptop. Sebelum hari nak angkat ada team akan datang ambil gambar barang2 untuk dapat gambaran lori yang bersesuaian. Barang aku memang sikit je sebab memang tak beli banyak barang tau akan pindah randah.

Upah depends pada berapa banyak barang and jarak dan samada rumah kau ada lif ke tak. Macam aku kena RM1500 termasuk dismantle aircond. Tapi pasang balik aircond dekat rumah baru tak termasuk ye. Pekerja2 semua pun friendly, senang nak berurusan. Kemas dorang buat kerja, semua barang dorang wrap cantik. Just seksa time nak bukak la haha.

Dorang ambil barang aku hari tu 31 Dis 2020, sebab dorang profesional dalam 2 jam settle semua. Lori dorang bawak besar gila sebab tu je available, siap boleh muat sebijik kereta lagi dalam tu haha. Barang2 kecik memang aku dah pack siap2 dalam kotak. Beli kotak dekat Shopee, boleh la walaupun nipis sikit. Tapi okay je. Aku sumbat segala tok nenek besi tak jerobos pun. Penghantaran dalam 3 hari. (Shopee: bigbox_official_store)

1 Jan 2021 baru lori hantar barang ke rumah sewa aku di Perak. Aku mulakan tahun baru di rumah baru la kiranya walaupun dalam keadaan berlemoih haha. Sekejap je dorang angkat and just pasangkan katil single je yang lain kitorang buat sendiri. Rumah baru ni aku just beli katil queen sebab katil rumah KL Suami handmade. Berat nak mati kalau nak angkat so kitorang decide tinggalkan je walaupun sayanggg.

Mama dah pesan jangan nak beli barang banyak sangat, beli time pindah rumah baru nanti hehe. Baik Ma. Langsir sliding door pun aku cilok Mama punya dengan langsir tingkap haha.





2 hari jugak aku dengan Suami mengemas semua sampai siap. Tinggal 1 luggage baju je lagi aku tak unpack. Penat woi kerja pindah ni. Ulang alik ke kedai hardware and DIY la nak beli itu ini. Ada paip yang kene repair. Bab2 menukang, drill semua Suami aku buat walaupun sebelah tangan je upaya haha tapi dapat buat dengan jayanya. Thank you Love!

Rumah ni ada 4 bilik, agak besar untuk kami berdua. So 1 bilik kami, bilik kedua aku jadikan almari baju ala2 orang kaya2 gitu ada bilik baju asing. Bilik ke-3 Suami aku nak jadikan gym kami, baru nak beli barang sikit2 hehe. Bilik last bilik tetamu yang just ada 1 katil single.

Aku dengan Suami decide nak letak TV dalam bilik so ruang tamu kami memang sekosong-kosongnya. Boleh jadikan tadika haha tiberr. Memang taknak beli sofa sebab rumah baru nanti semua nak baru hihihi. Memang heaven TV dalam bilik, boleh tengok TV dengan begitu selesa. Best decision ever!

Aku harap rumah ni akan bawa keberkatan dan kebahagiaan dalam hidup kami, dipenuhi nur gitu. Haha. Rumah ni terletak dalam kawasan kampung, rumah taman dekat area kampung. Memang aman walaupun jauh sikit dari kemudahan. Nak pergi beli barang dapar dalam 10 minit baru sampai. Ok la tu kan? Tapi group whatsapp taman ni meriah sebab ramai gila jual makanan, siap COD. OMG. Dah cakap dekat Suami beli time betul2 lapar je kalau tak jahanam la diet kami hahaha.

1/05/2021

Operate Bahu Kiri [Suami]

Wahh aku buat entri macam aku yang kena kan? Haha. Saja nak simpan sini as kenangan. Suami aku pemain rugby. Hobi dia memang suka merempuh orang atas padang, kadang2 takde sebab pun saja je dia rempuh, hobi kannn haha. Akibat daripada itu orang pun suka aim untuk rempuh dia jugak. Ajenye pelik mainannya pun, cuba la main congkak ke, tak le sakit2 badan malah dapat memartabatkan permainan tradisional kita. Ahh gitu.

Dia sakit lama dah tapi baru ada rasa nak refer hospital sebab dah tak tahan letteww. Alhamdulillah rezeki kami, aku kerja kerajaan yang boleh dapatkan dia bilik 1st class, dapat bantuan perubatan yang memakan belanja berbelas ribu dan dapat masuk hospital special sebab aku kerja di Kementerian yang special hihi. 

Dia masuk wad hari Isnin sebab ada test Covid la pre-op procedure la apa la. Dan disebabkan Covid la aku tak boleh teman dia dalam wad, nak masuk wad pun tak boleh. 😡 Tapi aku curi2 jugak datang hantar makanan, etc. Seminggu dia warded setiap hari aku dapat peluang melawat dia. Alhamdulillah.

Sebelum operation tak risau sangat, lepas operation yang risau tapi he did well alone. Syabas Sayang! Haha. Cuma bab takut jarum tu boleh perbaiki dari masa ke semasa ye hahaha. Aku ingat dia memain je dia takut jarum sekali seriuss la betul haha. Adooi la. Kontra betul dengan aku. 

Yang aku geram dalam sakit tu, dalam takut jarum tu, dia mintak dekat Doktor untuk buat procedure yang dia boleh main balik. Baru aku tahu lain procedure nya kalau nak main lagi or taknak main dah. Atenye tak sedo diri dah tua haha.

Lama jugak operation nya hari tu, almost 6 hours. Aku tunggu berita dari rumah je. Sedih tak dapat teman saat diperlukan. Acece haha. Nasib lepas sedar dia boleh message aku terus, yela yang operate bahu bukan jari ye dak walaupun pergerakan sangat limited. Alhamdulillah semua selamat.

Jumaat Sabtu tu Mama Abah datang tidur rumah aku sebab nak melawat anak kesayangan mereka. Walaupun rumah aku time tu macam tongkang pecah sebab dalam proses pindah, aku suruh Mama Abah pejam mata je la haha.

Aku bawak dorang pergi jumpa Suami, bawak dorang makan2. Memula aku takut jugak aku awkward 1st time berseorangan dengan mertua sebab aku jenis tak reti mula sembang, selalu Suami yang triggered. But Alhamdulillah bukan main rancak bersembang. Ni la kot hikmahnya, tighten the bonding. 💓

Hari Isnin Suami aku keluar wad terus balik Perak sebab Selasa tu aku dah mula kerja tempat baru. Nenek aku ada sekali time tu nak balik Perak sebab dia dah 2 minggu duduk rumah pakcik aku yang tengah tak berapa sihat.

Aku bawak dengan penuh berhemah sebab Suami aku tak boleh banyak hentakan dan gerakan time tu, even till now. Ada satu kejadian yang buat nenek aku risaukan dia. Amboi sayang cucu menantu nampak haha. Aku pun risau, siap kena hon dengan polis la sebab park dekat lorong kecemasan sebab kebetulan time tu ada accident.

Dan ada satu kejadian yang membuatkan Suami aku menitikkan air mata keharuan di atas pertolongan aku untuk dia.  Biarlah benda tu jadi rahsia kita sampai hujung nyawa. Hahaha. 😝 I'm your wife, I'll do my best for you. 

He's still on his MC. Rest well and get well soon. Nak Suami yang sempurna kembali haha.