”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

1/25/2021

Covid19; Kontak Rapat

Tak pernah terlintas dalam kepala otak aku yang orang yang rapat dengan aku akan positif covid because all this while Covid seem so far away from my life, I admit its existence but maybe I denied that it's closer to me, to us all. 

I got called from Infected Person (IP) 1 that she tested positive for Covid. Tergamam aku sekejap because we're closed contact not just in relationship but physically. Dannn closed contacts dia bukan aku sorang je ye tapi dekat 3 muka surat kertas A4 menggunakan Font Arial Size 12.

So the day after I knew, I went to Pusat Kesihatan Daerah (PKD) nearby my hometown to surrender myself and wore 'gelang merah'. Kitorang kena kuarantin beramai-ramai, nasib aku dah pindah Perak kalau tak aku berseorangan la berhuhu di KL.

Esoknya pergi Swab Test. Feeling? Tak sakit but annoyingly itching and disturbing. Kitorang buat PCR test, not RTK. PKD said PCR is most accurate. Then the waiting game begun. Aku tak cuak sebab aku yakin aku negative (yakinnya kamu) tapi aku cuak untuk parents aku. They will be a high risk persons if get infected 😟 (Nauzubillahminzalik). Tapi parents aku sugul je, risau. We just prayed that we're all free from that evil virus! Aku kena pakai gelang sampai 14 Jan 2021. 

14 Jan - PKD called untuk potong gelang walaupun result tak dapat. They claimed that if we're positive, KKM will call soonest and now it's already 5 days so they considered that we're all negative. Alhamdulillah. Merdekaaa! Seksa woooo pakai gelang merah ni, polis datang cek selang sehari. Kau memang takkan ke mana selain mereput. Ada la 3 seasons Anatomy's Grey aku tengok. Haha. Tanggal gelang aku siap pergi makan, pergi pasar cari tudung, pergi DIY, Pergi 99 Marts. Kemaruk dah seminggu tak keluar rumah. Hahaha.

Aku whatsapp bos aku cakap aku dah boleh masuk kerja on 15 Jan tu but my boss asked me to rest, masuk je kerja hari Isnin katanya. Alhamdulillah. Memang dabedabedu laa, free and easy. Oyeahhh.

15 Jan - Aku tidur dengan lena sampai Ayah aku kejut around 9am tu. Ingat nak ajak pergi makan ke apa tapi rupanya jeng jeng jeng. Ayah bagitau KKM baru called yang salah sorang dari kitorang yang cabut gelang sama-sama semalam positif Covid. Whatttt?! So teori kata kalau dah 4-5 hari KKM tak call tu maknanya negative tak reliable laaa?

Aku down balik sebab PKD called balik suruh pakai balik gelang hikmat tersebut for another week sebab baru jumpa IP 2 semalammnya. Berapa banyak word balik daaa. So nak taknak kena pergi serah tengkuk sebab names list memang PKD dah ada. Dengan sugul pergi la kembali.

SOP KKM ni berubah-ubah. Untuk kali kedua ni kitorang dah tak perlu swab test unless ada simptoms. Nasib baik Suami aku memang tengah MC. Dia tak pakai gelang sebab dia bukan closed contact, unless aku positif baru dia pakai. Lega sikit ada dia, takde la aku bersendu berseorangan. Lagipun senang Mak aku nak suruh beli barang bila ada sorang yang free dalam rumah tu haha.

Hari pertama, kedua memang skema. Duduk je dalam rumah. Hari seterusnya aku dah tak tahan, boleh gila woi. So petang2 aku main badminton dengan Suami aku dekat laman rumah. Dont worry, rumah aku rumah kampung, takde strangers sekeliling aku and aku takde simptoms, first test was negative. Alhamdulillah.

Tengah menghitung hari nak merdeka tetiba Perak PKP pulakkkk. WTH hahahha. Down sebentar sebab aku dah berangan nak pergi makan laksa dengan ABC tepi Sungai Perak haha. Kau memang tak serik2 kan?

23 Jan - Pergi bukak gelang dengan harapan dah tak perlu pakai lagi dah. Pysco rasanya pakai gelang hospital tapi duduk dalam rumah. 2 minggu weh terkurung. Petang 23 Suami ajak brisk walk belakang rumah, ada sawah bendang dan laluan ETS. Kitorang lepak atas jejantas tunggu ETS lalu sambil menikmati panorama hampir senja yang menenangkan. Sayang lupa bawak HP untuk captured moment. Tak sangka Suami aku begitu excited nampak ETS lalu macam budak2 yang baru 1st time nampak train. Hahaha mengekek aku gelakkan dia. Habis berjalan 3km, kami sambung main badminton dengan cousins. Berpeluh dan sungguh melegakan perasaan tersebut! Dah lama tak berpeluh.

Ini antara ujian terbesar family aku untuk masuk tahun 2021. Alhamdulillah tak jadi kluster baru haha.  Our bonding become tighter, we supports each other. Mama and Abah beberapa kali called tanya khabar haha risau menantu kena Covid. Risaukan anak dia jugak tu sebab duduk dengan aku haha.  Cousins aku yang patutnya bernikah semua terpaksa dibatalkan. Covid memang ubah hidup kita. Aku sekarang pun selang seli WFH. Kehidupan dah tak sama macam dulu. Tup tup nanti masuk 2022 dah. Haish.

Stay safe people! Jaga SOP! Covid is now living with us, damn you, you're never invited!

4 comments:

  1. Aku pernah terclose contact ngan orang yg covid+. Salah sorang staff kitorang + takde simptom, itupun detect sebab dia nak admit dalam ward sebab sakit pinggang. Dah haru, satu department kena swab test. Alhamdulillah opismet aku semua clear, tapi ada geng seksyen lain +. Maka, bermulalah kisah aku kena WFH. Hahaha.. hari ni dtg opis, dapat info ada lagi yg +. Adoi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang takde simptom yang bahaya ni. kalau dia duduk diam2 dalam tu takpe, ni bagi dekat orang lain. orang lain pun + dan terpinga-pinga dapat dari siapa. huhu. Bila dah ada yg + dalam tempat kerja mmg gelabah la bos2 nak WFH. Kalau tak relax je.Dah terhantuk baru nak terngadah. ewah peribahasa pulak.

      Delete
  2. Anonymous1/27/2021

    semoga Yg Maha Kuasa melindungi kita semua Nad... "you're never invited" damn true.

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!