”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

2/01/2021

Hukum Warnakan Rambut

Aku membesar dengan pelbagai keinginan. Aku teringin nak dye rambut, aku teringin nak ada tatoo haha. Tapi sebagai seorang Islam, we have our do's and don'ts. Dari dulu aku difahamkan yang warnakan rambut ni HAROMMMMM. So tanpa buat kajian aku pun percaya dan matikan niat tersebut. Aku nak dye rambut memang suka2 je sebab aku bertudung, memang untuk tatapan sendiri jeww.

Satu hari Suami cakap 'Yang, cuba dye rambut'. Wow permintaan yang luar biasa. Pucuk dicita ulam mendatang haha. Berdosa ni kalau ingkar permintaan Suami haha. Cis kauu bab ni laju je nak patuh, bab lain kau degil cakap Suami slumber je kan. Kahkahkah.

Aku pun buat kajian di internet tentang hukum dye rambut. Suami aku suruh ni mesti dia tau boleh kan, takkan dia nak suruh buat benda haram, biasaaa dia tuu! Haha. So aku pun dengar ceramah beberapa orang ustaz yang aku percaya, baca beberapa artikel.

Dan baru aku tau hukum mewarnakan rambut adalah harus, even zaman Nabi pun ada orang warnakan rambut. Tapiiii setiap benda mesti ada syaratnya. Nabi tak bagi colourkan warna hitam. Bahan pewarna mestilah halal dan tidak bernajis. Paling penting bahan pewarna kena telap air. Maksudnya air mesti kena lalu pada rambut waktu ambil wudu' dan mandi wajib. Pewarna tu cirinya mestilah meresap ke rambut bukan membaluti rambut. 

Niat pun penting. Kalau untuk Suami wuwuwu (kau kenapa gedik setan? haha) mestilah dapat pahala. Kalau niat kau nak meniru orang kafir, haram hukumnya. And Ustaz galakkan untuk mewarnakan rambut seakan-akan warna rambut kita jugak, warna2 inai macam tu.

Ada beberapa jenama yang boleh bawa solat setakat yang aku tahu: Garnier, April Skin, Liese, Shurah, Gumash. Kena cari yang permanent, bukan semi permanent. 

So satu hari aku pergi Guardian. Ternampak yang jenama Liese and aku baca ni paling senang pakai macam shampoo. So tanpa banyak fikir aku ambil warna:


Nak pakai senang je, ikut je instruction dia tapi bau dia memang boleh buat sakit hidung. Aku tak bleach pun rambut dulu sebab taknak rambut rosak and walaupun tak bleach, it turns out amazingly redish haha. Rambut asal aku bukan hitam 100%, keperangan jugak. Aku baca review ramai yang cakap tak jadi tapi aku menjadi, dia jadi macam warna atas sekali tu antara 3 lines dekat gambar tu. Kalau bawah cahaya nampak macam line kedua. Haha.

The price range between RM25-RM30. Sebab dia permanent memang dia akan hilang seiring pemanjangan rambut la. Mungkin tahun depan pulak aku dye balik hahaha. Nak try warna biru la bahahhaha (dengan izin Suami, ahgiteww) .

2 comments:

  1. untung ah ade suami.. kite nak mintak ijinnn siapa ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parents. Tapi selalunya kalau dengan parents buat dulu baru minta 'izin' wakakaka

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!