Wahh aku buat entri macam aku yang kena kan? Haha. Saja nak simpan sini as kenangan. Suami aku pemain rugby. Hobi dia memang suka merempuh orang atas padang, kadang2 takde sebab pun saja je dia rempuh, hobi kannn haha. Akibat daripada itu orang pun suka aim untuk rempuh dia jugak. Ajenye pelik mainannya pun, cuba la main congkak ke, tak le sakit2 badan malah dapat memartabatkan permainan tradisional kita. Ahh gitu.
Dia sakit lama dah tapi baru ada rasa nak refer hospital sebab dah tak tahan letteww. Alhamdulillah rezeki kami, aku kerja kerajaan yang boleh dapatkan dia bilik 1st class, dapat bantuan perubatan yang memakan belanja berbelas ribu dan dapat masuk hospital special sebab aku kerja di Kementerian yang special hihi.
Dia masuk wad hari Isnin sebab ada test Covid la pre-op procedure la apa la. Dan disebabkan Covid la aku tak boleh teman dia dalam wad, nak masuk wad pun tak boleh. 😡 Tapi aku curi2 jugak datang hantar makanan, etc. Seminggu dia warded setiap hari aku dapat peluang melawat dia. Alhamdulillah.
Sebelum operation tak risau sangat, lepas operation yang risau tapi he did well alone. Syabas Sayang! Haha. Cuma bab takut jarum tu boleh perbaiki dari masa ke semasa ye hahaha. Aku ingat dia memain je dia takut jarum sekali seriuss la betul haha. Adooi la. Kontra betul dengan aku.
Yang aku geram dalam sakit tu, dalam takut jarum tu, dia mintak dekat Doktor untuk buat procedure yang dia boleh main balik. Baru aku tahu lain procedure nya kalau nak main lagi or taknak main dah. Atenye tak sedo diri dah tua haha.
Lama jugak operation nya hari tu, almost 6 hours. Aku tunggu berita dari rumah je. Sedih tak dapat teman saat diperlukan. Acece haha. Nasib lepas sedar dia boleh message aku terus, yela yang operate bahu bukan jari ye dak walaupun pergerakan sangat limited. Alhamdulillah semua selamat.
Jumaat Sabtu tu Mama Abah datang tidur rumah aku sebab nak melawat anak kesayangan mereka. Walaupun rumah aku time tu macam tongkang pecah sebab dalam proses pindah, aku suruh Mama Abah pejam mata je la haha.
Aku bawak dorang pergi jumpa Suami, bawak dorang makan2. Memula aku takut jugak aku awkward 1st time berseorangan dengan mertua sebab aku jenis tak reti mula sembang, selalu Suami yang triggered. But Alhamdulillah bukan main rancak bersembang. Ni la kot hikmahnya, tighten the bonding. 💓
Hari Isnin Suami aku keluar wad terus balik Perak sebab Selasa tu aku dah mula kerja tempat baru. Nenek aku ada sekali time tu nak balik Perak sebab dia dah 2 minggu duduk rumah pakcik aku yang tengah tak berapa sihat.
Aku bawak dengan penuh berhemah sebab Suami aku tak boleh banyak hentakan dan gerakan time tu, even till now. Ada satu kejadian yang buat nenek aku risaukan dia. Amboi sayang cucu menantu nampak haha. Aku pun risau, siap kena hon dengan polis la sebab park dekat lorong kecemasan sebab kebetulan time tu ada accident.
Dan ada satu kejadian yang membuatkan Suami aku menitikkan air mata keharuan di atas pertolongan aku untuk dia. Biarlah benda tu jadi rahsia kita sampai hujung nyawa. Hahaha. 😝 I'm your wife, I'll do my best for you.
He's still on his MC. Rest well and get well soon. Nak Suami yang sempurna kembali haha.
Aku pun nak suami yg sempurna juga. #eh
ReplyDeleteHope suami kau makin sihat Nad.
Hehe once he becomes a husband to us, inshAllah he will be perfect for us, so do we to them.
DeleteThank you Zhi :)