Tadaa! Haha *tiberr. Inilah kereta yang aku beli Mac hari tu. Baru je lepas 1st service. 7000km. Sakan jalan, PKP pun 3 bulan dah lenjan 7000km. Kau pergi mana dol? haha Untuk turbo, service every 7000km instead kereta biasa 10k km. Servis time PKP ni tak boleh tunggu, kena balik. Ceitt. Service centre lain elok je boleh tunggu. Ngade. Service by appointment only. Nasib baik service kali ni free, next pulak kena bayar, next lagi free sampai la 5x free. Alhamdulillah. Tapi dorang pandai, turn murah bagi free, turn major kena bayar. Wakluu.
Nasib baik Suami aku free hari tu, so kitorang gerak 2 kereta. Sementara tunggu siap service pergi beli Texas Chicken. Lapar gila sebab last makan lunch semalamnya, itu pun sejemput je nasi. Dah makan dalam kereta (bila boleh dine in ni oi?), pergi tengok progress rumah pulak. Berangan itu ini, kereta pun syiapp!
So far aku pakai kereta ni memang puas hati. Paling penting minyak jimat gila. The best aku bawak (Laki aku bawak actually) 1 liter dapat 24.8km. Aku memang tak la dapat camtu, kerja nak tekan je haha. Tapi memang berbaloi, macam bawak Axia.
1.0 kereta besar, power ke? Ok je sebab dia turbo. And dia ada flat torque, aku tak faham mende tu tapi Laki aku cakap tu salah satu menyebabkan dia ada kuasa kuda walaupun 1.0cc je. Tapi kereta ni ringan, bawak 160km/h dah rasa goyang.
Aku suka safety features dia, memang A. So aku expect dia banyak laburkan duit dekat safety sebab tu body dia ringan. Korang boleh baca brochure dia, aku nak terangkan pun tak reti sangat tapi all work wonders. Paling suka camera dia 360°.
Feature cruise dia pun mendamaikan jiwa especially travel time PKP tak banyak kereta dekat highway. Hari tu aku balik dari KL, aku cruise 130/km h boleh kata all the way, relax sungguh rasa. Tapi pakai cruise ni tak boleh leka, mata kena alert lebih. Lagi satu aku suka kerusi dia. Dia claim seats dia zero gravity hence kurang penat kalau long journey. Yes, it's. Proven.
Ada touchsceen display yang boleh connect dengan Apple Carplay. Sorry android. Dia punya google maps macam gila sikit, kalau lalu bawah flyover tetiba dia jadi merepek haha. Ala lupa nak mengadu bab ni time service hari tu. Aku suka microphone untuk hands free call sebab jelas. Time aku gayut dengan Laki aku memang tak pakai earphones dah. Kalau myvi dulu suara akan bunyi jauh dan pecah2. Yang ni terbaik. Laki aku cakap rasa bercakap guna earphones.
Sun shield dia panjang kemain, memang helok berlindung dari cahaya matahri. Tapi keburukannya time nak tutup kau akan hilang pemandangan beberapa saat siap kena ketepikan muka haha.
Tu je kot review setakat ni. Laki aku lagi sayang kereta ni dari aku. Dia yang jaga, dia yang basuhkan tiap 2 minggu. Macam2 jenis sabun dia belikan haha. Baguss senang hidup aku, bawak je. K lah, apa2 nanti aku update lagi. Tadaa!
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!