”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

7/08/2021

Beriadah semasa PPN Fasa 2

Sejak Malaysia dilanda pening kejap PKP, kejap PKPB, kejap PKPP, kejap PPN Fasa 1,2 sampai doploh. Laps ni apa pulak tak tau. Hidup semua orang pun jadi caca marba macam mana caca marbanya negara dek Covid-19. 

Ada masa aku WFH, ada masa aku kena ke office but mostly ke office especially aku terlibat dalam pengurusan pandemik ni. Meeting memang online tapi dah aku urus setianya, takkan la aku nak suruh big bos aku set-up barang2 teknikal sendiri. Kau berani? Haha.

Tapi kalau time WFH yang kena datang office, aku akan cau selepas kerja selesai. Malas buang masa dekat office lama-lama, mendedahkan diri kepada risiko.

Kalau time WFH, siang2 memang standby je la untuk selesaikan apa2 kerja. Kalau takde kerja layan la movie haha *pengakuan jujur.

Setiap petang aku dengan Suami akan jog 3km. Suami kadang2 5km, kalau dia balik awal dia akan mula dulu. Then aku join. Kalau habis jogging awal dia ajak berbasikal pulak, active rest katanya.

Malam pulak just layan movie or sembang kosong. Hari tu dia buang tebiat, pasang lagu English zaman 80-90 an kot lepas tu ajak aku menari hahhaha. Ala lagu2 batch lagu Sway bagai tu, yang memang layan kalau nak menari. Rasanya bergema 1 taman dengar aku gelak. Aku dah la kayu, mana tau menari. Adoi la haha.

Time weekend sebab tepu sangat mesti kitorang naik kereta round dekat kampung2 berdekatan, tengok sungai, tengok kehijauan bukit bukau. Tak keluar kereta pun. And still dalam radius 10km.

Menuju Puncak

Sejak Perak masuk Fasa 2 PPN ni, semua sukan yang tak bersentuhan dah dibenarkan. Gembira la kami sebab dah boleh berbasikal. Oyeah.

So Suami aku ajak hiking naik basikal. Wohhh, seksa oi. Thats was our 2nd attempt. Yang 1st halfway je turun balik. Yang 2nd ni stamina dah padu sikit gamaknya sebab hari2 jogging kan, berjaya la sampai ke puncak walaupun 1 badan dah rasa numb haha. Ui memang seksa tapi puas haha.

Tapi best bila hikers (jalan kaki) yang lain bagi kata2 semangat siap puji lagi aku kuat haha. Kuat ye? Ha memang kuat, kuat rasa nak give up haha. 


Lama jugak kitorang lepak dekat atas tu sambil sembang2, dua botol air dah nak habis tapi okay la sebab turn tak dahaga, layan angin je haha. Tetiba Suami aku ajak turun lalu jalan off road pulak. Gayat woiii. Haha. Kitorang selalu tengok youtube orang naik mountainbike merentas bukit, nampak macam senang but tobattt oiii haha.

Aku lemah bab selekoh, gayat nak mam. Haha. Selalunya Suami aku depan aku tapi ada satu selekoh tu dia belakang aku. Aku macam biasa berhenti dekat selekoh sebab gerun, tajam ok selekoh dia haha. Lepas tu Suami aku nak try mencelah. Jalan off road memang kecik ye, memuat tayar basikal je. Tetiba macam mana salah perkiraan, dia jatuh tergolek weh. Tergamam aku, 2 tiers ok dia jatuh. Siapa tahu macam mana off road downhill boleh faham kot apa yang aku cuba sampaikan haha.

Cuak siott tengok dia terlipat time terjatuh tu. Risau aku dia tak boleh bangun di pertengahan hutan tu. Aku nak angkat memang tak la, berat dia 2x ganda aku haha. Alhmdulillah dia okay je just calar balar dekat area siku. Basikal pun okay, gear bengkok sikit tapi boleh guna macam biasa. But still kena hantar kedai tu. Baru je time kat atas cakap nak pergi servis basikal, memang wajib servis la.

Dia cakap dia jatuh punggung dulu, so dah malam baru start tak boleh nak bergerak sangat. Aku sapu minyak angin je la, nak urut tak berani especially dekat area belakang kan. Bagi makan panadol extend pun tak berkesan. Tapi lega bila selera makan macam biasa, aku masak paprik ayam 2x tambah haha.

Ajak pergi xray takmau. Degil, kalau aku degil tau bebel haha. Get well soon Sayang! Bila ingat balik nak tergelak pun ada teringat cara dia jatuh. Amboi kau nak gelak, time jadi tau cuak. Haha. Sebelum Isya' berjemaah semalam aku cakap jangan la ngigau jatuh bukit sebab mau aku kena sepak terajang sekali hahaha.

Entahla akan repeat ke tak, takut ada orang trauma. 😝 Bangun pagi baru aku rasa sakit peha haha layankan je la. Habis hiking hari tu kitorang reward diri sendiri dengan steak rib eyes and dry ramen cheese Family Mart. Sedap oi ramen dia, RM6.90 je. Sila pergi cuba. Aku pergi kali kedua baru ada, 1st pergi habis. Suami aku pun approved rasa dia. 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!