”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

7/27/2021

Two peaks over the weekend: Bukit Batu Putih, Gopeng & Bukit Batu Suloh, Ulu Kinta

I'm longing the smell of forest for too long. Since Perak dah PPN Fasa 2 dan dibenarkan hiking, aku dengan Suami decide untuk ziarah khazanah alam yang satu tu. Kedua-dua lokasi berdekatan dengan perumahan aku.

Bukit Batu Putih, Gopeng

24/7/2021 - Kami gerak selepas Subuh dengan hanya berbekalkan dua botol air masak. Our 1st time here. Lepas baca review sikit2, katanya easy hike. Ayuh mari kita cuba easy ke tak. Time sampai kami approach orang kampung, tanya boleh naik ke tak? Dia cakap nak naik boleh je tapi jalan dah tak berapa clear sebab dah takde orang jaga sejak PKP. Dia tambah 'kalau tak nampak jalan, patah la balik'.

Sebenarnya kami cuak jugak nak naik sebab dekat sini la kes Acap hilang yang sampai sekarang tak jumpa tu. Plus memikirkan hampir setahun agaknya takde manusia yang terokai bukit ni. Tapi dengan semangat yang tinggi dan jitu, kami tawakal saja kepada Maha Pencipta. Sebelum naik baca doa, sepanjang naik berzikir. Ha tau kau berzikir, selalu memaki je time naik sebab penat haha.

Memang kami berdua je nampak gayanya yang naik hari tu. Memang jalan dah tak berapa celar, penuh daun, ada pokok tumbang, semak samun jangan cerita. Tapi still boleh nampak denai ke arah yang benarrr. I can say it was an easy hike. 

Total distance: 1.85km
Max elevation: 194m

Sampai-sampai view memang superb. Ah leganya. Hilang craving.


Cantik kan view? Worth the climb. Aku je bergambar dekat situ, Suami aku gayat hahaha. Aku pun gayat jugak sebenarnya, tapi demi sekeping kenangan. Kahhhh! Will repeat. Let's?

Bukit Batu Suloh, Ulu Kinta    

25/7/2021 - Disebabkan masih gian nak hiking, esoknya kami plan ke Bukit Batu Suloh pulak dengan 4 orang kawan yang lain. Yang ketuanya kawan pejabat lama Suami aku. Dia dah 2-3 kali naik dah so dia la guide kami. Preparation kali ni lebih sikit sebab tak tahu nak expect apa. Lebihnya bawak tongkat je tapi tak guna pun. Kahhh!

Bukit ni terletak dekat Ulu Kinta, masuk ikut simpang Institut Perguruan. Agak jauh ke dalam lagi sebab entrance dia terletak dekat perkampungan Orang Asli.

2/3 perjalanan pertama adalah senang, bagi aku. 1/3 yang terakhir agak mencabar. Terdapat kawasan yang curam, kena lebih berhati-hati. Aku dengan Suami aku ni time naik okay, time turun je melemahkan jiwa sebab sakit lutut hahaha. Aku dah tua oii. Time turun nak balance kan badan lagi. salah pijak ada yang menggelosor terus ke bawah nanti haha.


Againnnn..... Pemandangan memang superb. Ramai jugak naik sekali dengan kitorang, ada la dalam 15 orang. Ada siap berkelah roti jala dekat atas. haha.

Kat sini ada dua peaks. 1 peak menghadap dam. Nampak tak? Lagi satu menghadap pekan Ipoh. Dari peak 1 ni nak ke peak 2 tak jauh sangat. kejap je, dalam 7 minit je kot.

Cabaran bermula bila nak turun. Kemain curam dan seram wehh haha. Ada tali tapi tak boleh rely sangat sebab entah tahun bila la tali tu diikat. Sekali dah reput ke kan? Haha. Aku banyak rely dengan akar2 kayu. Aku tak suka rely dekat batu sebab tangan aku jenis berpeluh, takut tergelincir tangannya pun adui. Dah pijak, dah pasti stabil baru la kau turunkan badan. Kalau perlu duduk ke merangkak ke silakan, safety first. 


Total distance: 1.66km
Max elevation: 365m

Akan repeat jugak ni. InshaAllah. Aaa jom? Turun nanti boleh sambung mandi sungai. Ahhh heavens. Ya Allah, grants My Husband and I a good health, an abundance flowing of rezq, a fit stamina so we can explore your world more. Dan yang paling utama, kami mohon keampunan dan rayuan untuk hapuskan Covid dari bumiMu ya Allah, supaya kami dapat menikmati kehidupan seperti sedia kala. Aameen.

2 comments:

  1. Aminnn... lawoo ye view.. tp tu lah .. hiking2 ni aku lemah sikit. tak suka sebab penat dia lain macam esok hari boleh jalan kengkang. Memang tak lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kalau dah biasa tak sakit badan dah. boleh start dgn yang sonang2 dulu. Dah sampai atas memang rasa worth tapi time turun memang rasa menyesal balik (kalau aku la) hahaha/

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!