Setahun aku pakai Apple Watch then gatal nak try pakai Garmin pulak, ni semua salah Laki aku menghasut haha. Hari tu ada rezeki lebih sikit, aku pun ambil la Garmin Venu SQ sebab aku suka jam bermuka petak tapi aku tak suka orang bermuka-muka *tberr.
Disebabkan pandemik yang tak settle2 lagi ni, aku pun beli dekat Shopee je. Nama kedai perfect365shoppe. Preferred+ shop by shopee and trusted. Aku ambil yang Venu SQ Music, RM1,160 dapat banyak gila free gifts walaupun ada yang tak berguna sangat tapi stilll siapa tak suka barang free woi hahaha.
From my personal view, nak compare Apple Watch yang aku pakai setahun dengan Garmin yang aku baru pakai sebulan, aku lagi suka Garmin atas sebab2 berikut:
Berat
Garmin ringan dari Apple Watch. Rasa tak pakai apa dekat tangan.
Ketahanan Bateri
Garmin punya bateri boleh tahan 2-3 hari walaupun selalu on GPS, kalau tak on boleh tahan dekat 4-5 hari. Apple tak on GPS pun sehari dah habis battery.
Apps
Garmin ada apps sendiri yang boleh cope dengan pelbagai data and aktiviti2 kita. Macam Apple aku tak suka sangat apps Health dia, susah nak baca. Time guna Apple dulu aku download 3rd party apps tapi dia takde features yang aku nak, kalau ada kena beli. Koserrr, aku kan cheapskate haha (sanggup beli jam dari beli apps, mende kau ni hahaha) And one more thing yang aku perasan, Apple punya GPS tak accurate sangat.
Music
Venu SQ boleh simpan lagu dalam jam! 3.6gb yang boleh muatkan lebih kurang 500 lagu. Ha muntah kau dengar. So tak payah bawak handphone pun kau boleh menikmati lagu raggae sambil bersenam hehe.
Tapi kalau kau nak lebihkan lifestyle boleh ambil Apple Watch. Ni aku compare dengan yang Series 3 tau, yang Series 6 maybe lebih padu dari Garmin sebab harga lagi mencekik darah kan. We compare an apple to an apple (epal buah bukan brand haha) la kan, tak adil nak compare epal dengan harumanis.
Dari segi paparan screen memang Apple menang la, macam tengok handphone screen dia. And kelebihan Apple boleh angkat call and bercakap dekat jam, boleh reply text. Garmin hanya boleh dapat notifications.
Macam tu ke harga dia?
ReplyDeletetapi padan lah denga qualiti dia kan?
aah. Kalau yg without music boleh dapat dalam 800/ hehe. for me it's worth it ;)
Delete