”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

9/30/2021

#Short vacay - Pulau Pangkor

Last weekend aku pergi bercuti di Pulau Pangkor dengan kawan baik aku. Thank you Suami izinkan aku berjimba dengan kawan-kawan sekali sekala haha really appreciate it! Kitorang pergi berdua je, 2 hari 1 malam. Aku tak ramai kawan, memang jarang cuti ramai2. Last cuti ramai2 time pergi Krabi dulu, time semua orang masih single ready to mingle. 😜 Sekarang semua dah beranak pinak, so yang available pun makin berkurangan haha.

Yang bestnya time pergi hari tu, Pangkor lengang weh sebab rupanya ramai ingat tak boleh pergi Pangkor macam yang keluar dekat berita, padahal message tu utk yang gelembung pelancongan tu. Orang Perak yang dah cukup 14 hari lepas 2nd dose boleh je pergi. Yang tak bestnya, banyak kedai makan tutup.

Kitorang gerak dari rumah aku dalam pukul 11 pagi. Sampai jeti Marina pukul 12.45t/hari. Feri 1.15pm. Sekarang feri limited, kalau beli online ada 3 masa je dalam sehari. Aku memang beli online je, digalakkan pun. Perjalanan dalam 10 minit je rasanya. Harga tiket RM7/way/person. 


Sampai2 je terus sewa skuter uolsss. Lama tak merempit. RM40/sehari. Ok la. Dulu aku pergi RM50, time pandemik tak wujud lagi. Kitorang terus check in time tu around pukul 2, walaupun dalam webiste cakap check in pukul 3 tapi sebab bilik available dia bagi je. Yeayy.

Kitorang sewa dekat Avi Pangkor Beach Resort, RM180/ semalam. Berbaloi bagi aku sebab harga siap untuk breakfas for two. Breakfast dia tak banyak sangat pilihan tapi sedap2. Memang kenyang. Bilik luas, selesa, bersih. Cuma swimming pool dia tak bersih sangat. 

Lepas check-in terus rempit cari makanan, lapar namatiii. Oh, hotel tu dekat Pasir Bogak, kitorang rempit sampai Teluk Nipah baru jumpa makanan. Nasib la ada 1 kedai yang bukak. Aku makan Nasi Goreng Ayam, kawan aku makan Nasi Ayam. Not bad, habis licin, ke sebab dua2 tengah kebulur. Habis makan sempat singgah beberapa kali di persisiran pantai nak bergambar. Gigih ye manusia berdua ni tangkap gambar di bawah terik mentari pada pukul 3.30ptg hahaha but we enjoyed it.



Lepas dah melengas bergambar tengah panas rembang kami pun balik hotel, nak rehat kejap, solat bagai. Petang tu keluar merempti lagi. Pergi shopping dulu dekat duty-free. Pilihan tak sebanyak Langkawi but okay la, harga lebih kurang Langkawi. Nak beli periuk bagai tak jadi sebab malas ngangkut, tunggu pergi dengan Suami nanti haha.

Habis shopping cekelat, singgah bilik simpan barang then merempit ke Teluk Nipah untuk dinner. Sebelum dinner sempat menikmati sunset. SubhanAllah, indah sungguh ciptaan Allah (aku) hahahha.



Lepas tu kitorang pergi dinner dekat satu2 nya kedai masakan Thai yang bukak malam tu. Last aku pergi Pangkor DIsember 2019, bukan main meriah malam2 dekat Teluk Nipah. Sekarang hanya bertemankan bunyi unggas dan cengkerik. Huh rindu kehidupan sebelum pandemik. Besarnya bencana yang menimpa dunia sekarang. Marilah kita sama2 perbaiki diri. *tiberr serius haha.


Nama Kedai ni Mijuen. Sedap jugak, not bad. Hilang craving nak makan masakan Thai. Total ni RM80. Ok la kan. Dalam pukul 8 kitorang pun merempit balik ke Hotel. MashaAllah sunyi gila jalan dari Teluk Nipah ke Hotel. Memang rempit habis aku bawak walaupun jalan nya ibarat ular kena palu. Seram jugak la  bila berdua je atas jalan yang sunyi dan gelap. Kadang2 ada terserempak dengan motor lain, lega rasanya haha. Alhamdulillah selamat sampai hotel. Mandi, solat, upload gambar dalam IG (wajib 😝) then we had our beauty and refreshment sleep after a long day, ready for tomorrow hehe. 

Pagi esoknya lepas Subuh terus pergi breakfast. Semangat yee kalau bab makan! We enjoyed our sweet time having breakfast. Lama dah woi tak breakfast dekat hotel. Ahhh the feeling. After dah makan semua benda yang dihidangkan, kitorang pun seberang jalan menuju ke tepian pantai untuk celupkan badan dalam laut.


Habis mandi laut pergi pulak terjun kolam walaupun kolam tu berkeladak hahahhaha. Then masuk bilik untuk siap2 checkout. Huaaa nak balik dah. Tak mbohhhhh! Haha. Sebelum balik sempat OOTD dekat perkarangan hotel yang kehijauan, still di bawah terik mentari haha.

Lepas checkout terus ke Jeti. Feri pukul 1245pm. Sempat lagi sekali menyopping wehh. Dasar perempuan. Total aku habis beli chocolates RM160. Gilo apo hahaha. Lepas tu pulangkan motor and naik feri menuju ke Jeti Marina.

Sebelum balik sempat singgah Lumut beli ikan bilis yang Mak pesan. Then pergi makan Nasi Ayam Bakar Tapah Road dekat Lumut tu jugak. Ya Allah nasi ayam paling sedap aku pernah makan lepas Nasi Ayam yang mak aku buat. Kalau korang pergi Lumut, sila la ye cuba Nasi Ayam.



Sekian saja percutian kali ini. Sehingga bertemu kembali di percutian akan datang. 


6 comments:

  1. Terima kasih update tentang Pangkor..Elok lah rasanya batalkan niat nak kesana.. sbb macam sendu saja.. Nak bercuti ni tp tak tau pulak lagi nak kemana.. sigh~ take care nad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tapi kalau kau perlukan ketenangan, okay je Zhi. Mendamaikan bila layan bunyi ombak tanpa ada bunyi lain hehe

      Delete
  2. Percaya tak? Uncle tak pernah sampai pangkor! Malunya!

    nanti uncle usahakan sampai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha please at least come once in a lifetime, just please dont expect it as Redang etc la hehe. Plus, sekrang pangkor Pulau Bebas Cukai. Boleh bawa orang rumah shopping Corelle. Eh promote pulak hehe.

      But please hold for now, katanya pelancong meningkat mendadak sekarang. Staf safe uncle and family ;)

      Delete
  3. pernah duduk kat Teluk Dalam..air laut dia tak best. tak bersih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu saya pergi air ok, better than before sebab dah lama orang tak datang kot hehe

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!