”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

10/18/2021

First time rentas Negeri

Sejak kerajaan bagi rentas Negeri ni nampaknya semua terkinja-kinja nak bercuti. Yela kan, dah berbulan-bulan kena kurung, tak ke kemurungan? Mestilah aku tak ketinggalan nak merancang itu ini tapi aku lebih berahi nak melancong ke luar negara haha. Tapii tu la, balik sini kena kuarantin la pulak. Kalau aku kerja sendiri takde masalah, masalahnya aku kerja untuk rakeyat. Over nau tak datang ofis 2 minggu sebab nak bercuti. So yang tu kita hold dulu lah, bila dah tak payah kuarantin baru kita bergerak, ok? Hehe 

Mak aku yang kaki jalan ni pun dah ajak ke Penang la, KL, Kelantan. Kita layankan je la hehe. Jumaat lepas aku ambil cuti sebab sepatutnya nak ke Perlis, attend majlis nikah anak kepada sepupu Suami. Tapi sebab ada kes area tu, Mama tak berani nak pergi maka kami pun batalkan niat.

Tapi cuti diteruskan dengan jayanya! Haha. Destinasi pertama kami merentas Negeri adalah Cameron Higlands, Pahang (technically I strongly feel that CH is in Perak, sorry Pahang haha tapi sebab acah2 nak rentas Negeri so cakap la CH is located in Pahang). Suami aku suruh kunci jam pukul 2 pagi hari Jumaat tu, nak gerak ke Cameron Highlands katanya, nak berbasikal dekat atas. Amboii tinggi cita2. Hehe. Obediently, aku pun kunci la alarm. Sekaliiiii pukul 6.30 am baru sedar hahhahaha. Dia jeling je aku bangun pagi tu, jeling mengejek. Eh eh salah aku ke? Hahahha. Pandai suruh aku kunci jam dekat handphone aku then the blame will be on me la eh? Banyak cantik hahhaha.

Lepas tu kitorang pun bersiap la nak naik atas. Dalam pukul 11 sampai. Nasib tak gigih bawak basikal, jalan dia tak sesuai untuk berbasikal plus CH panas gila oiiii. Sampai je terus ke Tanah Rata nak keluar duit dan brunch. Lapar gila dari tengah hari semalammnya tak makan. Kitorang makan dekat warung depan Maybank. Time on the way nak turun dah nampak jalan nak menuju ke Kea Farm dah sesak. Adehhh.

Takde arah tujuan pun ke sana. Just nak buang masa sementara tunggu game bola Suami nak main pukul 8.30 malam dekat Tapah. So memula kitorang lepak dekat taman area Tanah Rata tu. Just melayan perasaan. Then gerak ke Ladang Strawberry tapi kami tak pergi pun petik sendiri, just lepak makan waffle. Nyumm.




Dah kenyang, dah layan angin yang malu2 nak menjenguk, dah puas bersembang, kami pun mengumpul kegigihan untuk bergerak ke Kea Farm untuk beli sikit buah tangan untuk family. Perjalanan ke sana aku tidur HAHA dengan perjanjian bila turun nati aku drive. So aku tak pasti jalan jem teruk ke apa sebab bila sedar dah sampai je hahaha. Tapi tak teruk sangat rasanya, masih bergerak walaupun slow, bukanlah berhenti terus.

Dah menghabiskan duit, kami pun mula nak turun melalui jalan Tapah. Time naik lalu Simpang Pulai. Singgah solat di Masjid area Tanah Rata. Ada satu kejadian memalukan time tu. Dengan yakinnya aku masuk ruang solat yang kosong then solat. Dah habis 2 rakaat yang diqasarkan baru aku perasan aku salah kiblat! Hahahahha. Tau pun bila nampak orang lain solat kemudian dari aku. Mesti dorang ingat aku bawak ajaran sesat hahaha. Bodo ye kau ni hahha Adoii. So solat la balik. Sampai kereta cerita dekat Husband, dia cakap dia malu dapat bini macam aku. 😒

Then teruskan perjalanan, sempat singgah lepak minum tea yang mahal namati dekat Bharat Tea. Mahal sebab scenery agaknya. Tapi tu la, memang tak best dah CH sekarang, panass 😣




Breathtaking, isnt it?

Dalam 5.30 pm kami pun mulakan perjalanan turun. Konon nak singgah dekat Lata Iskandar tapi sebab dah nak senja tak jadi la. Just sempat singgah beli buah cocoa dekat Orang Asli. First time rasa. Isi sangat nipis tapi sedap, masam2 manis. Dulu aku ingat buah Cocoa rasa Chocolate hahaha.


On the way turun aku kena motion sickness tapi tak teruk sangat la, so janji tinggal janji, Husband aku je yang drive sampai ke bawah Haha. Sorry sayang. Aku tidur je haha. Sampai bawah solat semua, terus ke padang, Suami aku ada friendly match. First time aku tengok dia main bola, selama ni main rugby je. Pukul 11 macam tu baru game habis. Habis tu terus balik rumah, tidur. Balik tu aku offer nak drive, Suami cakap takpe dia drive. Oyeahh haha. Tapi kali ni aku teman dia drive sampai rumah, tak tidur hehe.


Pagi lepas Subuh, terus siap nak balik rumah Mak, dah janji nak pergi berkelah. Sebelum tu sempat singgah rumah baru, nak tengok progress kerja. Katanya minggu ni boleh siap, minggu depan dah boleh pasang kabinet. Semoga berjalan lancar Ya Allah.

Sampai rumah Mak terus gerak ke Ulu Kenas. Lama woii tak berkelah beramai-ramai sambil makan lunch. Mak bawak bekal nasi. Ahh masyuk betul makan sambil kaki celup dalam sungai hehe.



Memang seronok budak2 tu mandi, tak ingat dunia. Habis kecut semua berendam 3 jam haha. Puas hati walaupun agak ramai orang sebab kawasan yang bawah Pejabat Hutan masih ditutup. Amende la. Bukak je la, semua dah bukak kot sekarang.

Then balik rumah, berehat. Petang tu aku jumpa kawan aku Ros setelah 10 bulan tak jumpa. Rindu oii. Time tu Husband aku tidur, malas aku kacau dia tapi izin kena mintak. Sebab nampak lena sangat aku pun kejut dengan penuh kelembutan, selalu aku terjun je atas dia untuk kejut haha.

'Abang, Ayang nak pergi jumpa Ros kejap eh?'

Dengan mamai dia jawab, 'Kenapa nak pergi sorang2?'

Aik dia ni nak ikut ke aku bergosip? Terbantut la nak gossip pasal dia hahaha gurau2. Aku diam sekejap.

Then dia tanya lagi 'Kenapa sekarang?'

Aku pun jawab 'Sebab Ros nak balik Melaka dah esok'

'Dekat mana?'

'Kedai Laksa dekat BHP je'

Aku pelik tau sebab dia jarang nak tanya beria and cara dia tanya macam tak puas hati.

Then dia pulak macam musykil 'Kedai laksa?'

Rupa-rupanyaaaa........! Dia ingat aku nak pergi beli berus! Hahahhahaha. Macam gila aku gelak. Sebab memang kitorang ada cakap nak beli berus untuk cuci rumah nanti. Lepas tu dia sentap la ingat aku nak pergi sroang-sorang, dah tak nak ajak dia teman hahahha. Adoi laa. 

So aku pun lepak dengan Ros sampai 6.30 petang. Hilang rinduuu. Entah bila jumpa lagi.

Esoknya lepas Zohor kami balik sebab nak singgah rumah lagi sekali, nak tengok progress. Then Husband ajak lepak Aeon. Aku on je. Jalan2 takde arah tuju then lepak Coffee Bean.


Dah 6 lebih aku ajak balik sebab tak Asar lagi. Then Husband ajak solat dekat situ je sebab dia taknak balik lagi, tak puas lagi la tu nak lepak dengan aku. Nampak sangat aku fun hahahahha. Dah selesai semua baru balik, sebelum sampai rumah singgah dinner dekat kedai tomyam. Di manakah janji-janji manis mu taknak makan malam? Kahkahkah.

Sampai je rumah yang tengah berkecah sebab nak pindah terus gosok baju, mandi, solat then tidur. Selesai. A well spent weekend. Alhamdulillah. 💓

Korang pergi mana tu?

6 comments:

  1. Janji janji manismu semua ke laut... hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tepat sekali. ke daut paling dalamm. Gelap dan penuh misteri haha

      Delete
  2. Rentas negeri belum lagi. Cuma rentas daerah je. Itu pun rasa takut takut macam nak rentas negara pulak. dia punya degupan jantung tu masa rentas daerah macam aku bawa dadah je...padahal bawak anak pergi padang mainan je...nampak sangatlah aku ni lama gile duduk terperap dalam rumah je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. lepas ni boleh cuba2 rentas negeri plk. mungkin rasa macam tengah buat pemerdagangan manusia haha.

      Delete
  3. Last makan koko mentah ni masa sekolah rendah. Masa tu kat kampung ada sebarang pokok koko. Balik lagi sekali mati dah pokoknya kene panah petir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe saya dah tua baru kenal buah koko :D

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!