”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

11/29/2021

Unplanned Road Trip (Kuantan & KL)

Hari Isnin lepas bos panggil jumpa dia, dia suruh pergi mesorat. Aku ok je, ingat dekat2 sekali nun di Kuantan haha. Terus called Husband tanya nak ikut tak, sebab kalau nak ikut dia kena ambil cuti 3 hari. Dia cakap nak ikut haha sanggup tu ambil cuti. Alhamdulillah, dapat driver free haha.

Hari Rabu kami gerak dari rumah dalam 8 lebih, memula nak makan dekat Restoran EJ, Chemor tapi tutup. Korang kalau datang Ipoh boleh try breakfast dekat sini, sodappp. Dia jual kotiau kicap, mee kari, kotiau goreng etc. Isnin dia tutup.

Then pergi New Hollywood, tempat breakfast famous di kalangan orang tempatan dan pelancong di Ipoh. Aku pernah pergi sekali je dulu2, lama dah. Sekali tudiaaa orang beratur macam weekend, so tak payah. Malas aku nak beratur.

Then Suami aku ajak makan Nasi Kerabu area rumah sewa lama kitorang. Aku onz je. Not bad Nasi Kerabu dia tapi pedas namatii. Habis makan kami teruskan perjalanan. Singgah kejap Tapah tapow Starbucks sebagai bekalan hehe. Kami keluar Tg Malim lalu Batang Kali, Genting Highlands, masuk LPT then sampai la Kuantan.

Fav 💛
Vanilla Cream Frap, Caramel Drizzle Upside Down, Hazelnut Syrup, Toffee Nut Crunch

Otw nak ke arah GH, Suami aku dah tak sedap perut. Berapa kali berhenti memerut, dia dah start diarrhea. Sebab Nasi Kerabu ke? Ke sebab virus Colera aku hari tu? Lambat nauu effect nya pun. Lepas Genting Sempah sampai Bentong aku drive sebab Suami aku tak berapa sihat.

Dalam pukul 4 kami sampai Kuantan, stay dekat Swissbell Hotel Kuantan. Bilik luas macam studio. Kolam renang cantik tapi proper swimwear is a must. Makanan pun okayy, not bad. Lif lembab. Haha. 

Time ni Suami aku makin weak, dah muntah bagai. Lepas Asar macam tu kitorang keluar kejap beli ubat and dinner. Tapi aku sorang je dinner, dia tak lalu nak makan. Dinner dekat Ana Ikan Bakar Petai. Tapi tak order pun ikar bakar sebab makan sorang. Order sup tapi tak menepati citarasa aku. Jadi la alas perut.

Esoknya Suami aku dah getting better, Alhamdulillah. Dia melepek je kat bilik sepanjang aku meeting, konon nak mandi kolam la pergi gym la apa pun tak jadi. Aku pulak meeting dari 8.30 pagi sampai 11 malam. Ajenye gila haha.

Petang tu ada masa free dari 4.30pm-8.30pm. Ajak Suami aku jalan2. Kitorang round area Pantai Cempaka dan Pantai Sepat, kawasan perkampungan sikit. Dekat Kuantan orang selalu pergi Teluk Cempedak kan? Itu mainstream sangat, so kitorang pergi pantai yang tak berapa popular. Jumpa kedai makan, Maggi Telur Sotong, Pantai Sepat. Sedapppp. Rezeki. Kitorang order Maggi Telur Sotong, Nasi Goreng Udang dengan Sotong Celup Tepung. Tak habis sebab tukang perabis makanan tak berapa selera lagi hehe. Tapi memang sedap kecuali Sotong Celup Tepung tu tak garing sangat tapi sotongnya fresh. Warung tepi jalan je pun. Hidden gems.

Esoknya breakfast dekat Hotel, lepas tu checkout. Pergi lunch dekat Jaman Tory, jumpa cousin aku yang duduk Kuantan sekali. Lunch sama2. Not bad kedai tu, makanan sedap, ambience cantik, harga berpatutan. U guys can try. Dengar cerita Agong ada bawak ex-PM kita lunch kat situ.

Breakfast @ Hotel





Settle lunch, pergi beli keropok ikan parang untuk Mak then terus gerak ke KL. Kami sambung cuti, nak shopping barang rumah sikit plus Laki aku ada training rugby dekat PJ. 

Checked-in dekat Sunway Putra Hotel. Aku suka Hotel ni sebab bawah dia Mall, apa2 memang senang, nak makan ke apa. Lepas rest kejap pergi tengok wayang, cerita James Bond, No Time To Die. 1st time tengok wayang lepas pandemik ni. Tak ramai pun orang, dalam 10 orang je. Seating arrangement; kosong 1 seat selepas setiap 2 seats. Lama oi cerita ni, dekat 3 jam. Malas nak spoil tapi last tu sedih laa walaupun cerita tu macam menipu, James tu kalis peluru ke apa? Haha.

Pagi esok lepas breakfast dekat hotel, naik LRT pergi Sogo haha sebab malas nak cari parking. Tujuan utama nak pergi Bath and Body Works je sebab ada sale buy 3 free 3. Lepas tu bayar pulak dengan apps Pace, dapat diskaun lagi RM30. Wohooo happy wooo. Haha. Aku ambil 3 body mist, 1 body cream. Laki aku ambil 1 body mist, 1 shower gel yang boleh pakai seluruh badan, memang sesuai untuk laki. haha. Total RM208 je weh. Murah ke murah? Then pergi cari seluar aku and baju kerja Suami. Tak ronda habis pun sebab Suami aku tak berapa larat lagi. 

Settle semua terus pergi ambil kereta dekat Sunway Putra, pergi checked-in pulak dekat Crystal Crown, PJ  sebab nak dekat dengan tempat training Laki aku nanti. Amboi hotel hopping. Teruk sikit la service hotel ni, hotel lama kan. Bilik ok la, besar. Sesuai la dengan harga. Tapi kalau nak repeat lagi memang tak la kot.

Lepas Asar ke Ikea Damansara pulak. nak beli pinggan mangkok bagai untuk rumah baru. Kitorang beli cermin besar nak gantung dekat dining hall, cuak jugak takut tak muat kereta, Alhamdulillah muat. Ada 2-3 barang yang aku nak dah habis stok. Sedih. Perlu ke Ikea Penang pulak ke? Eh? Haha. Suami aku particular jugak bab deco2 ni, so apa2 memang kena tanya pendapat dia dulu. Hehe.

Dah habis duit kitorang pergi dinner dekat Jbiril, SS15. Tempat paling favourite aku untuk makan butter chicken. Suami aku makan 2 pinggan woi, selera dah ok la tu. Balas dendam ke apa? Haha. Habis makan sempat singgah Decathlon PJ sebab baru pukul 9 time tu. Pusing sana sampai la dorang halau haha.

Esoknya pagi2 dah checked-out, terus pergi padang. Sementara Suami aku training, sempat aku pergi breakfast dengan kawan baik. Sekejap je jumpa, tak puass! Kitorang breakfast dekat Broom Artisan Bakery. Kalau korang suka pastries, boleh pergi situ, lawa cafe dia. 






Elok je habis makan, dia pun pulangkan aku kembali ke pangkuan Suami yang jugak baru habis training. Then kitorang pergi mendobi baju dari Rabu, senang balik dah tak payah fikir nak mendobi. Siap dobi sebab takde benda nak buat gatai pergi Central i-City Mall, Shah Alam. First time pergi. Besar mall nya, macam2 jenis restoran ada, ada Sogo jugak tapi tak sebest KL. Aku rasa Sogo KL ni pakai pelaris la haha. 

Tak buat apa pun dekat sana, jalan2 je makan aiskrim Baskin Robbin. Pukul 2 gerak balik Ipoh. Jem teruk dekat Tg Malim - Behrang sebab ada accident, dengan hujan lebatnya. Pukul 6.30pm Alhamdulillah sampai Ipoh. Dinner dekat Anjung Dinda Atas Tubir. Not recommened, tomyam rasa guna kiub tomyam Maggi. Hoho.

Sampai rumah, lipat baju bagai then terus tidur. Penat oi sakan berjalan haha. To many road trips together again 💓

4 comments:

  1. best juga luang masa bersama begini..

    saya juga jenis tak tahan makan pedas ..

    perut memang cepat meragam

    untuk elak risiko makan buah lagi baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tu la, rezeki tak terjangka.

      Wah bagusnya boleh makan buah je. Kami ni tahu perut jenis meragam tapi tetap nak puaskan selera tekak haha

      Delete
  2. Iye.... Jebon tu dekat 3 jam tu... Uncle pun dah hilang fokus... Nak ZZzzzzz (maklomlah orang tua)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha Saya memula tengok pening jugak la sebab tak berapa faham, then baru faham. Cerita ni ada elemen hindustan sikit kan? Tu yang 3 jam agaknya. Nasib takde lagu je haha

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!