”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

11/23/2021

Colera

Khamis lepas aku terkena serangan yang tak sempat ditepis. Pagi tu aku dah mula diarrhea tapi ingat biasa je. Lepas lunch lagi sekali diarrhea dan perut mula rasa tak selesa. Pukul 3 lebih aku muntah dekat office. Terus whatsapp boss mintak nak keluar awal. Granted. Alhamdulillah. Thank you boss.

Aku nak balik rumah Mak *anak manja, sakit cari Mak haha. Tapi aku dah tak larat. Aku singgah rumah aku. Tak sempat sampai rumah aku muntah lagi sekali tepi jalan. Gila betul perasaan tu. Peluh dingin membasahi dahi *tetiba ayat nak puitis haha.

Alhamdulillah selamat sampai rumah. Terus baring tapi entah berapa ratus kali *over aku terpaksa bangun ke tandas untuk muntah dan diarrhea, sekali gus yee! Sekali gus! Jimat masaa hahahhaa 😂 Ya Allah tapi lembik gila time tu. Tak larat rasanya nak balik rumah Mak tapi rumah aku tu ada Choc je, ubat semua kat mana aku tak tahu. *rumah tak siap kemas lagi.

Suami aku called suruh balik, dia teman. Aku pun balik la dalam keadaan sengsara. Lama betul rasanya perjalanan hari tu. Sebelum sampai rumah sempat aku berhenti muntah tepi jalan. Nasib sempat bukak pintu, kalau tak mesti tersembur dalam kereta. Yikess. Tak boleh bawa berbincang yee benda ni.

Sampai rumah aku bergegas masuk toilet tapi tersembur dekat pintu toilet. Nasib senang basuh. Then aku mandi semua, terus melepet. Solat pun duduk. Rasa nak solat baring tapi macam nak mati sangat rupanya. Aku minta Ayah belikan air 100+ time dia nak balik dari Masjid tu. Then aku makan buah yang aku mintak Mak letak garam sikit. Aku makan sambil baring ye. Memang tak larat betul. Time tu aku dah start muntah hijau. 

Dari aku sampai rumah sampai esok paginya aku memang melepek je. Pagi esoknya Suami bawak aku ke klinik. Doctor cakap maybe virus Colera sebab sekarang kes tu tengah naik. Aku bukan kena food poisoning sebab bukan sebab aku sorang yang kena, aku jangkit dari family makcik aku. Dapat la MC 1 hari, nasib dah Jumaat.

Sabtu Ahad aku getting better, cuma tak selera makan and terkena serangan sakit dada. Sakit gila. Terus check oxygen, takut Covid pulak. Alhamdulillah oxygen okay. Aku syak angin sebab tak makan kan. So aku youtube cara hilangkan angin dekat dada. Ada satu ustaz tu ajar, Alhamdulillah menjadi. Semalam baru sihat betul. Alhamdulillah. Kifarah dosa ni. Nasib Suami aku tak jangkit. Dia diarrhea kejap je tapi tu normal untuk dia bahahahha. 

4 comments:

  1. Alhamdulillah nadia dah kembali sihat.
    Takut plak bila kene sakit tu ya.. non stop muntah sampai hijau bagai..
    Harap family semua sihat hendaknya.

    Salam kenalan (^_^)

    ReplyDelete
  2. I feel you...

    Memang seksa dugaan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu kan. Alhamdulillah dah ok, kifarah dosa ni :D

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!