”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

1/19/2022

Work on weekend @ KL

Last week adalah minggu yang pernuh dengan anxious feeling for me sebab serabut dengan kerja yang caca marba. Haish malas bebel lebih2, nanti kena penjara pulak 😝

So Khamis lepas kerja aku gerak ke KL dengan colleagues. Berhenti makan dekat Old Town White Coffee, BHP, RNR Tapah sebelum meneruskan perjalanan. Kalau pergi sana aku wajib minum Iced Choc or Mocha Freeze, semdamm namm mamtii.  Sampai Hotel Dorsett KL dalam pukul 11, tu pun jenuh berpusing sebab terlepas simpang. Biasalah Bukit Bintang, hari kerja ke tak kerja ke tetap penuh dengan manusia. 

Ya Allah parking Dorsett macam hanet ye. Mende kau sebut nama Allah lepas tu carut haha. Aku ingat Dorsett Putrajaya je parking haup, Dorsett KL pun sama. Dorsett Putrajaya punya parking pernah menyebabkan kereta kesayangan aku calar bersama-sama calarnya hati aku sebab sempit gila woii. Dorsett KL pun sama! Nak parking kena ambil lajak, dah la parking sikit. Nasib kereta ada camera 360°.

Bilik dia nice, besarrr. Aku bayar RM235 sekali breakfast. Tapi bilik dia banyak cermin, seremmm jugak tidur sorang. Aku tidur bukak ayat Quran malam tu kekeke. Esoknya bangun breakfast. Breakfast dia okay, sedap, banyak jugak pilihan. Aku memang suka breakfast hotel hehe. Dalam 11.45 check out nak pindah hotel pulak untuk event.

Hotel seterusnya belakang Dorsett je, JW Marriot. Kat sini aku stay 2 malam. Hotel ni memang terbaik la, depan Pavillion kot. Bilik besar, dalam bilik ada coffee machine, bilik biasa pun ada bath tub. Makan sedap2 belaka. Memang gemuk duduk sana haha.

Malam last baru berkesempatan lepak2. So malam tu kami jalan area BB tu tengok gelagat orang. Ramai betul cina tengah shopping untuk raya. Menangis tengok dorang beratur punya panjang dekat LV macam beratur nak ambil bubur syura je lagakynya. 

Pergi cari aiskrim Lebanon, kebetulan bos aku kat situ so pow dia la hahaha. Lepas makan aiskrim pergi pulak cari shawarma. Kau tak reti kenyang ke? BB tu dah rasa macam negara Arab, penuh restoran orang Arab. Kitorang pilih shawarma Damascus BBQ. Boleh la. Kalau ada sos mesti lagi umphh. Dasar tekak Melayu, semua nak soss hahaha.

Sedap. I like. The choc is rich tapi colleague aku tak suka pulak

Esoknya sempat jumpa kawan baik yang kerja kat KL sebelum balik. Kami makan dekat Levain Bakery. Aku ambil English Breakfast (around RM25) ya Allah besar gila portion, boleh makan berdua. Tak habis pun. 

Kenyang sampai malam

Sebelum balik sempat teman kawan aku shopping dekat Pavi sambil menghabiskan duit dekat Bath and Body Work yang tengah sale. Kitorang keluar masuk 4x kot hahaha. 

Penuh dengan godaan dan dugaan

Then aku pun gerak balik Perak. Ngantuk gila, aku memang lemah drive tengah hari. So aku berhenti dekat RNR Tg Malim, nap kejap, then baru rasa ok sikit drive sampai rumah. Alhamdulillah sampai dengan selamat. Bahaya drive sorang ni, sedar2 dah 180km/h. Uiii saya pun terkejut, terus saya lepaskan pedal slow2 tanda sayang nyawa. 

Oh btw, kalau korang ada event nak buat dekat JW Marriot, boleh contact PIC bawah ni. Cakap aku kenalkan please, nanti dia bagi diskaun dekat aku 😝 boleh aku honeymoon kat situ haha.

2 comments:

  1. Senarai tempat2 yang di singgah tu semua uncle tak berani masuk....! Huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe masuk je uncle, merasa, tengok2 je hehe

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!