”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

2/22/2022

3rd weekend of February 2022

Last Saturday we went to Permatang Pasir, my Husband got rugby friendly match there. Game started at 3pm and finish around 5pm. The sun was scorching that evening! Nasib menang, berbaloi bakar badan haha. 

Orange is my Husband's team

After that we hunted for food, starving like hell because the last meal that we took was at 10am. I googled the nearest place that offer a delicious meals and out of sudden craving for seafood so I narrow down my searching, taraaa attracted to Adriana Ikan Bakar, just 6km away from our current location.

RM80 (included 1 jug of lemon juice - Mimpi apa Husband aku makan berdua order air 1 jug, tak habis pun). 8/10. Sotong goreng tepung so sedapp.

Bila perut dah kenyang, hati dah girang, jiwa dah tenang, Husband ajak pergi rumah Pakcik dia dekat Seberang Jaya nak bincang sikit hal tanah pusaka arwah tok Husband. Aku dengar je and sampuk sikit sebab aku memang buat hartanah waktu kerja dekat pejabat lawyer 8 tahun lepas tapi banyak dah lupa haha. Now Husband aku pulak kerja bahagian tanah, tu dia semangat nak selesaikan sebab makin lama makin serabut nanti nak cari waris etc. Hukum agama (faraid) jangan dibuat main atau dipandang enteng ye rakan-rakan.

Aku ingat lagi dulu aku pernah handle kes yang 1 keluarga ada 50++ tanah and uncountable waris. Gran pulak dari tahun 1800++ pun ada, tulisan jawi, berpinor mata nak baca haha. Serabut gila nak handle. Orang ni call maki maki, orang ni call mengadu itu ini, orang ni call cakap taknak ambil tahu tapi taknak sign borang penolakan. Wakluuu! Haha

So aku berazam, tak payah la kumpul harta banyak sangat, cukup hidup sudah sebab nanti mati bukan boleh bawak masuk kubur pun, buat direbut waris je, aku pun tak tenteram nanti dalam kubur. Haha. Ada tempat tinggal, keperluan asas hidup sudah memadai, Alhamdulillah. Yang lebih kita enjoy! Haha tapi jangan lupa memberi kepada yang memerlukan, dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.

Ok done. Kitorang gerak balik dalam pukul 10pm lepas kena halau dengan Cik Yeop sebab dia risau kitorang nak drive jauh lagi katanya haha. Around 12pm sampai rumah Mak and tidur.

Esoknya pukul 9am pergi main badminton dengan cousins. Siap buat pertandingan siapa menang dapat set Mc Chicken McD. Aku suka konsep ni, lepas bakar lemak, gain lemak kakaka.

Aku dah saing2 LZJ dah ha hahahaha

Malam tu pulak pakcik aku belanja kami semua makan dekat Hotel Casuarina, Kuala Kangsar sempena birthday isteri kesayangannya hehe. Thank you Paksu, moga murah rezeki. But honestly, makanan dia tak sedap haha. 3/10 je aku boleh bagi. Chicken Chop masin, fries sejuk bedi, ayam goreng pun sejuk. Sadis. 

Sekian coretan kenangan. 

4 comments:

  1. Tapi, zhi pun tak tau ada Casuarina kat Kuala Kangsar. hmmmphh.. ~ Mahal tak agaknya buat wedding kt situ? #eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ada, dekat Bukit Chandan. Oh bab sewa dewan tak tahu la pulak, try reccee. Jangan lupa jemput Zhi ;)

      Delete
  2. Maaf cakap. Bukan sejuk bedi. Tapi sejuk gedi. Kau tak leh macam tuuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha yeteee? Dengar orang cakap bedi, gedi tu bahasa negeri lain kot? Hehe

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!