Holaaa. *tiberr. Saja nak share dengan korang pengalaman aku membeli dan menggunakan Ipad. Aku dah lama teringin nak pakai sebab nampak begitu versatile ambil note guna ipad *padahal kau guna main game township*. Aku mintak kat Suami nak beli tapi dia tak izinkan, dari tahun 2020 aku mintak. I was eyeing on Ipad Air actually *sniff sniff*
Tahun ni, dalam bulan 11 tetiba Suami aku cakap yang dia nampak bos dia ambil note guna Ipad, sungguh style, katanya. Aku apa lagi terus mengecek tanya nak beli boleh tak? Lagipun time tu ada promotion Apple Education, dapat la murah sikit. Susah ye Apple nak bagi diskaun or turunkan harga.
Kecekan aku berjaya, Suami benarkan beli. Oyeahhh. Terus beli immediately sebab takut dia berubah fikiran haha. Ikutkan nafsu nak beli Ipad Air tapi beza harga almost 1k. Aku tengok youtube pros and cons dia and decided go for Ipad 9th Gen je sebab aku bukanlah pelukis grafik nak yang canggih, aku hanyalah pelukis orang lidi kaki tinggi sebelah haha.
Aku order on 13 Nov 2021. Aku nak beli sekali pencil dia tapi ingat nak beli dekat Shopee je tapi Suami suruh ambil Apple Pencil terus sebab jaminan kualiti, alang2 katanya. So aku order Apple Pencil 1st Gen on 15 Nov 2021. Dua2 ada harga diskaun. Alhamdulillah rezeki.
On 18 Nov 2021 aku dah terima Apple Pencil. Laju kan? Pos dari Singapore kot. Apple guna perkhidmatan DHL, I can say it's secured. Tapi apalah guna pencil kalau Ipad nya takde. Penantian itu satu penyeksaan ye haha.
Akhirnya on 19 Dis sampai la Ipad yang ditunggu-tunggu tapi time tu aku kat Kelantan, rasa nak terbang balik pergi ambil *over hahaha.
So setekat ni dah hampir 2 bulan pakai and I can say I'm a satisfied customer. Aku buat Ipad tu sebagai note taker, planner, tengok Netflix, main game hehe. Bagi aku it's a good investment. Aku siap beli apps Microsoft untuk memudahkan kerja. Dia tak se compatible laptop kalau nak buat kerja heavy, but it helps.
Pergi mesyuarat ambil minit guna Ipad je. Senang nak search tak perlu selak sana sini. Untuk note kerja aku guna apps OneNote. Untuk planner aku guna apps Planner and Trello, untuk merasa jadi artis aku guna apps SketchBook, untuk note personal aku guna apps Notability. Semua apps yang free *cheapskate
Lagi satu aku suka Ipad sebab aku boleh baca ebooks aku dekat screen yang lebih besar, baca kat handphone kecik sangat and bila bunyi noti terus bukak lepas tu terus tak sambung membaca, terus melagho bukak medsoc. Dasarrrrr haha.
Sejak aku beli Ipad aku dah masuk ebook kedua dah, kalau tak entah bila nak habiskan, aku beli ebooks tu dah bertahun kot kakaka.
Aku beli screen protector yang paper like, sedap menulis tapi tu la, nampak messy sebab ada tinggalkan kesan finger prints etc. Casing and screen protector aku beli dekat Shopee je. Dah tengok aku pakai, Suami pun nak beli katanya. Suka tiruu hahaha. Bagi aku memang recomended untuk orang yang berkerja. Sekian, done racun.
apple pen tu orang kata bagus untuk lukis2 eh?
ReplyDeleteaah ramai cakap macam tu, stroke cantik katanya. Saya guna untuk menulis je, bestt hehe. melukis tu lambert lagii haha
Deletetahniah ada ipad..
ReplyDeletesaya beli tablet murah jer untuk kerja rutin dan medsos.
tiada kepuasan membeli walaupun murah
TQ :D
DeleteHehe takpe yang biasa pun okay janji berfungsi. :D
Setakat ni belum perlu lagi. Kalau perlu nanti, hmmmm TERPAKSA beli. (alasan) Okay thanks for the review. take care Okay.
ReplyDeletehehe sama la, TERPAKSA juga ni :P Take care too Zhi <3
Delete