”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

2/09/2022

FREMMIN @ Melaka #2

Hari ni dimulakan dengan kami Laki Bini bangun pukul 10 pagi, time ni bebudak dah kecut berendam dalam pool haha. Breakfast makan leftover semalam je and ada tambahan spagethi yang sedap. Habis makan kami main rainbow challenge. Takde gambar, ada video je, maleh upload haha. Tapi memang fun main benda tu, sakit tekak aku gelak.

Dah habis main tu kitorang main sukaneka. Anak2 main selipar tempurung, mak pak main baling belon air then bapak2 main tendang bola lepas kena pusing 10x. Haha we really had fun! Memang kecoh. Kebetulan depan villa ada kawasan lapang berumput, hah jackpot!

Dah penat main sambung pulak mandi manda. Anak2 mandi dekat pelampung air, mak2 conquer pool, bapak2 hanya melepak depan tv haha. Tengah hari tu kitorang order je lunch. Alhamdulillah sedap2 masakannya. Kawan aku order, tak tahu kat mana dia order.

Dah kenyang, hati pun girang aku pergi tidur while others pergi Melaka Premium Outlet. Lepas Maghrib kitorang prepare untuk buat Oden. Mir tersalah beli paste, dia beli dipping sauce, patutla pelik rasanya hahaha. Terpaksa la Eyda dan Syuk keluar cari paste, nasib jumpa.

Malam tu tak buat apa pun, just chill makan2 and sembang2. Para suami pulak ambil turn bergossip, sembang sampai 3 pagi jugak oi. Lawan tokey nampak haha. Mak2 yang ada anak kecik bengkek je kena jaga anak. Mak2 pun bagi la peluang, semalam korang dah mengilai sampai 3 pagi haha. 

Syukur weh para suami ni boleh geng sebab cuak jugak kalau semua krikk2 kan. Dah geng siap plan nak pergi camping sama2. Amboi2 diaaaa.

Esoknya breakfast mushroom soap dengan roti dan pelbagai fast food dalam peti ais yang perlu dihabiskan haha. Dah siap2 semua, sebelum check out kami bergambar dengan tema biru putih. Aduh letih nak suruh anak2 bergambar, macam2 ragam dan peel. Haha memang terhibur tengok keletah masing yang tantrum, yang takde perasaan, yang taknak terlibat haha. Bukan anak kau boleh la terhibur, cuba anak kau mau jadi singa hahaha.

Mak2 seperti biasa sangat seronok berposing tanpa mempedulikan anak2 yang sedang tantrum haha. Bapak2 la memujuk anak2 bagi memastikan para isteri berpuas hati dengan shot gambar yang ke 1000x. Hahaha.

Pukul 12 check out terus pergi lunch dekat Mai Salai dekat Pedas Linggi. Memang pedas betul masakan dia haha. Dah kenyang kami pun bersurai. Sedihhhhh, rasa nak sambung cuti haha. Sampai sekarang tak boleh move on dengan keseronokan hujung minggu. Feel relived from outside world for a while. Alhamdulillah Ya Rabb atas peluang dan kesempatan ini. Semoga ukhwah kami semua Kau berkati hingga ke SyurgaMu.

Yang tak boleh bla, Suami aku pun tak boleh move on. Seronok la tu jumpa kawan2 boleh masuk air. Pagi tadi tetiba cakap 'rindu la Melaka'. Hihi. Aku of course happy bila dia boleh masuk dengan kawan2 yang matters to me. Thank you Sayang for being you.

Till next trip lovess!

2 comments:

  1. Part 1 banyak gambar.... part 2 langsung tak belanja gambar...

    Takpe... janji sambung....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe hari seterusnya banyak ambil video. Berat nak paste dekat sini.

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!