”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

2/08/2022

FREMMIN @ Melaka

Time sekolah menengah, kami ada menubuhkan 1 gang yang gengster untuk menghuru harakan sekolah haha. Tak la. Aku ada geng dari form 4, yang kami gelarkan diri kami FREMMIN (initial nama masing2). Kami ni tak la nakal mana, biasa2 je, paling teruk pun ponteng je la lepas tu kena denda solat atas jalan tar kakaka.

Alhamdulillah sekarang semua dah jadi manusia haha, dah beranak pinak pun. Sebab susah sangat nak jumpa, kami plan nak main kutu untuk bercuti. Lama jugak oi kumpul sampai stop kumpul sebab PKP, PKPD bla2 ni sebab takut kalau still kumpul kena pergi London pulak. Duit terkumpul dalam RM5 ribu. Banyak kan? Hahaha.

Jenuh nak merancang. Paling susah nak dapatkan tarikh semua orang, dah dapat tarikh baru decide tempat. Awal bulan 1 kitorang paksa sesama sendiri untuk kosongkan 1 weekend and no changes, kalau tak sampai ada cucu tak terrealisasi impian ni haa haha. Dah decide tarikh kami pun survey tempat.

Memang cadang nak ambil villa yang ada swimming pool untuk kemaslahatan anak2 dan juga mak bapak mereka haha. Memula cari area KL dan Selangor tapi takde yang menepati citarasa. Tetiba berkenan dekat Melaka so we agreed on Villa Atlantis @ A' Famosa Resort. 

Dah nak hampir tarikh kami mula bedakkan kerja, apa kena bawak etc sebab angan2 nya nak masak sendiri haha. Memang penuh 1 bonet kereta mereka. Time dorang bincang ni aku tak sihat, aku cakap bagitau je aku kena bawak apa, nanti aku bawak sebab tak terkejar perbincangan yang begitu bersemangat. Sekali bukak whatsapp, beratus messages, mak pening nak baca so suruh dorang buat conclusion je haha.

Maka hari yang ditunggu pun tiba. Aku dengan Faz paling jauh dari Perak, yang lain duduk KL, Selangor, Melaka, Johor. Aku dan Suami gerak dalam 9.30 pagi, pergi makan etc. Minggu tu kami cuti Khamis Jumaat sambung dari cuti CNY. Sakan naaa. Hari sebelum tu sebok keluar beli barang2 nak bercuti, beli barang untuk main rainbow challenge hehe.

Kami sampai Melaka around 3.30pm, terus pergi lunch dekat Bandar Hilir dulu. Padia weh hari Jumaat pun dah jem. Nak dijadikan rezeki , kami senang dapat parking. Terus pergi lunch dekat Asam Pedas Jr.

Aku nak Asam Pedas Telur Ikan Mayong tapi takde, telur ikan biasa je ada. Takpelah dah itu je rezekinya, Alhamdulillah. Aku suka Asam Pedas sini berbanding yang lain. Ada tempat lain aku pergi tak sedap langsung walaupun viral. Huh

Lepas kenyang pergi beli buah tangan sikit untuk parents dan parents in law. Mahalnya harga barang sekarang, tak masuk akal. Takde siapa control ke? Memang absurd. Suami aku beli asam katok yang sikit sangat RM6. Sebab teringin ambil la jugak. Huhu

Dah membeli aku ajak Suami naik Menara Taming Sari. 

Besar pemadam je kereta2 dekat bawah tu hehe

Then kami terus patah balik untuk check-in. Dalam 6.30pm jugak sampai. Villa tu dekat je dengan Melaka Premium Outlet. Sampai terus siap2 nak BBQ malam tu and ada acara exchange hadiah hehe. Orang yang ditugaskan bawak arang, yang duduk Melaka jadi orang yang kelima sampai. Orang paling jauh sampai dulu oi. Sabar je la hahahhaha. So tunggu dia sampai baru start bakar arang.

Banyak gila makanan, time merancang semua macam piranha haha. Sampai bawa ke breakfast esoknya la makanan2 tu. Dah kenyang kami buat sesi tukar hadiah. Hahaha seronok betul time buka suprise masing2. Aku dapat wireless headphone, Suami dapat sepasang towel tapi dia nak hadiah aku. Apooo haha.

Villa tu ok la, dia ada 10 bilik tapi time kitorang datang dia bukak 8 bilik je, ok la, kami pun 7 keluarga je. Toilet tak bersih sangat tapi yang lain ok. Dia ada sediakan macam2 peralatan untuk memasak tapi mostly kami guna kami punya. Dapur just ada dapur elektrik. Ada peti ais, ada TV, iron, hair dryer. Ada microwave tapi ada makanan busuk dalam tu. Yekkkk. Memang kena complaint la. Swimming pool dia yang portable tu, so kecik je tak puas mandi manda, boleh berendam je tak boleh kuak lentang. Oh yang paling penting takde wifi ye. So bertebaran la anda beraktiviti, tak payah main HP! Haha. Kami sewa dekat AirBNB tapi kalau nak lagi murah cuba cari dekat Booking.com ke Agoda ke. Banyak murah. Silap kami tak cek dekat platform lain.

Ni bilik. Ada 6 bijik siap bilik air.


Dalam rumah ada lagi 4 bilik

Tempat BBQ disediakan

Disebabkan kolam dia kecil, Mira and Eyda sewakan kolam untuk kanak2 yang 11 orang tu bersuka ria. Memang berbaloi sewa, terhibur betul tengok dorang excited. Main tak berhenti. Kita yang penat tengok haha.

Aku sempat la curi2 try main slide tu 2x. Nasib tak pecah hahaha

Malam tu mukadimah je, tak pasang pun air. Dalam pukul 11pm halau semua budak2 tidur dengan bapak2 sekali. Kami mak2 ni bersembang sampai 3 pagi. Hahaha Terima kasih bapak2 sekalian tolong jagakan anak2 dalam bilik. Lepas tu esok mamai sebab dah tua kan, dah jarang stay up bergossip hahaha.

To be continued....

2 comments:

  1. Baru capai pop corn, dah To be continued....

    #SabarJela

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha dah sambung, boleh habiskan popcorn dah

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!