”Ceritera ini dibintangi oleh:
Penulis sebagai Aku/
Suami Penulis sebagai Didi/
Ibu Penulis sebagai Mak/
Bapa Penulis sebagai Ayah/
Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/
Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”
Jumaat lepas balik rumah Mama, sampai pun dah pukul 11pm, Mama pun dah tidur, Abah je atas sejadah lagi. Sampai kitorang terus tidur je sebab dah Isya' siap-siap dekat rumah.
Teluk Batik
Pagi esoknya nak ke Teluk Batik, family aku berkelah dekat sana. Gerak dari rumah Mama pun dah 10am lebih gitu. Sebab nak lunch dekat rumah pakcik aku, kami just beli nasi goreng kampung segera dekat 7e. Beli 1 je kongsi-kongsi, saja nak rasa. Suprisingly sedap oi nasi goreng tu. Sesak-sesak memang boleh makan. Tak ingat berapa RM sebab aku ni jarang tengok harga, pakai bayar je hoho.
Coffee Table by SSF
Sebelum ke Teluk Batik kami singgah SSF nak beli coffee table. Dah ada TV dekat rumah susah pulak takde coffee table nak letak jajan. Jumpa yang kami minat, clearance sale (kononnn) haha.
Simple and nice kan? Kopi Vietnam Saigon + Nutella tu sedap gila. Ketagihhh!
Then kami meneruskan perjalanan, singgah gerai tepi jalan beli kuih sikt dan rojak buah. Alhamdulillah hari tu tak ramai orang dekat Teluk Batik, parking pun banyak. Tak mandi pun, lepak je dekat kerusi yang disewa RM3.
Aku and Husband bawa cousins kami naik boat. RM10 untuk dewasa, RM5 untuk kanak-kanak bawah 10 tahun. Tak jauh pun dia pergi, jadi laaa.
Nak cerita kalau takde rezeki tu memang takde, kuih dan rojak yang kami beli belum sempat makan ada orang majlis kutip masuk dalam tong sampah. Dia ingat sampah, kami letak atas kerusi. 😭
Dalam 2pm lebih gerak ke rumah pakcik aku di Manjung untuk lunch. Makcik aku masak rendang ayam, ikan rebus goreng, sambal bilis tempoyak dengan ulam-ulam. Memang A. Tapi tak tambah sebab nak sambung makan dekat kedai Mama haha. Lepas Asar kami gerak pulang pergi kedai Mama untuk dinner pulak hehe.
Berkebun
Pagi Ahad Suami ajak berkebun lepas Subuh tapi takdirnya hujan pagi tu so sambung tidur adalah pilihan yang lebih tepat haha. Dalam pukul 10am lebih baru gerak. Yela nak redah hujan pun buat apa kalau tak boleh buat apa kan?
Sebelum sampai kebun, sempat singgah rumah makcik aku makan durian. Rajin eh durian berbuah sekarang ni, macam sepanjang masa je ada.
Rezeki. Makan la sampai puas
Then kami ke kebun kejap. Bukan berkebun sangat pun, nok kan suasano je hahaha.
Breathtaking, isn't?
Lepas solat and lunch dekat rumah makcik aku kami pun balik rumah Mama. Mandi semua then gerak ke kedai Mama untuk makan sebelum balik rumah haha. Seronok ek Mertua bukak kedai makan? Order jeee 😝 Oh sebelum tu sempat singgah Padang Koba dekat Kg Gajah nak tengok tempat Mat Kilau berlakon. Mehh takde apa hahaha
Bihun goreng telur mata goyang dengan paprik ayam kicap (Suami order). Tak faham la dah paprik nak suruh letak kicap pulak. Nak apa sebenarnya? Haha
Sampai rumah dalam pukul 9pm. Layan movie kejap then tidur. Sekian.
Masih diberi peluang mengisi Sampai bila pun ku tak pasti Pastinya untuk setiap saat yang tersisa, dihargai mesti Supaya tiada penyesalan bila pergi
Terima kasih sayang untuk tempatku di hati Walau tidak memenuhi tapi mencukupi Semoga senyum kita, tawa kita terus mengisi baki Semoga kasih kita menjejaki firdausi
Dan takkan pernah membenci
Maaf atas segala khilaf, yang tidak sengaja atau disedari Ku janji untuk sentiasa cuba yang terbaik sebagai isteri Terima kasih untuk segala usaha dalam berkongsi rezeki Semoga hubungan suci ini terus dalam keberkatan Ilahi
Alhamdulillah untuk peluang berdua yang penuh seri Alhamdulillah diberi kelapangan dada dengan takdir ini Alhamdulillah dikurniakan keluarga yang memahami Sesungguhnya Allah paling Mengetahui
Hingga sampai saat yang ditakuti Bila nyawa tak lagi di dalam diri Tetaplah terus berjanji Untuk terus hidup bertemankan memori Hingga kita bertemu kembali Di alam abadi
Buat masa ini Terima kasih untuk 3 tahun yang penuh erti
Sempena ulang tahun yang ketiga, meh la aku cerita sikit pasal Laki aku ni. Appreciation post? Nahh. Just random thingy. This post might be long *warning*
Allah has blessed us for 3 years with no child, yet. Yes, I truly believed that no child is also a blessing coz Allah knows best. Alhamdulillah ala kulli haal. We did our best and still doing, yet we're really enjoying our moments together. Tak pernah puas spend masa bersama. Always looking forward to do various of activities together. 😍
Mesti ada yang cakap elehhh baru 3 tahun nak kecoh, tunggu la lagi 2-3 tahun tengok macam mana pergi dia. Jangan begitu makcik pakcik sekalian. Bukan nak kecoh tapi nak appreciate every moments. Tak kisah la setahun ke 2 tahun ke, it's still called moments to be grateful to. Takkan dah basi baru nak appreciate kan? And please don't let it rotten. Sparks your relationship. Aku bersyukur Laki aku ni pak lawak, never a dull moment with him and aku pun kadang2 kepala masuk air jugak. So eloklah bergabong meletop.
Doakan yang baik-baik je ye?
Aku ingat lagi 1st time aku jumpa Laki aku atas urusan kerja. Aku tertarik time tu dengan dia sebab nampak poyo dan berkarisma (berbeza betul dengan dia yang sebenar haha) Acah eh kau Suami? Haha. Laki poyo kau suka ek Beron? Aah aku suka laki sombong dari yang menggeletis. Haha. Aku susah tau nak tertarik dengan orang, he was the 2nd man that attracts me, giteww. Selalunya orang yang tertarik dengan aku HAHAHA rasa nak humban dalam loji pembentungan statement kau ni. Aku pulak orang yang ke berapa yang menarik untuk dia? Entohhh lahhh rokiahhh 😒 but hopefully, the last one.
Tapi perasaan menarik tertarik kau memang da bomb tu terhenti dekat situ. Aku meneruskan hidup dengan skandal-skandal sedia ada HAHAHA. Then we met for 2nd time, time tu pun atas urusan kerja. Tapi time tu aku lari-lari dari dia, tak tau kenapa. Dia cakap dia bengang dengan aku time tu, dia nak sembang dengan aku tapi aku lari.
Then we met for 3rd time. Time ni atas kerja jugak tapi aku attached dengan dia selama 2 hari, the longest among all, previos was 2 hours at most. Dia jadi some sort LO untuk aku. Wahhh LO. Memang ditugaskan ke or memang dia nak menyendeng kat aku ke entahlah 😏
Time bertugas tu aku ada mintak dia tolong pegangkan barang aku kejap sebab aku nak buat something. Rupanya that moment yang buat hati dia berbunga-bunga haha entah apa2 je, pegang barang je pun. Tapi dia cakap tu simbolik yang aku trust dia. Gitu pulak. Aku tak terfikir pun benda tu, bersahaja je aku pass barang tu kat dia time tu sebab dia LO aku kann 😝
Lepas habis kerja tu kami off, macam takde apa-apa berlaku. Sehingga la beberapa hari selepas tu, tiba-tiba dia message aku forward gambar kami tengah bertugas yang diambil oleh fotografer profesional. And never did I know that was the day we started message till now! Never one day off unless one of us unavailable because of work etc.
Kami tak declare tak apa tapi dia start caring (buat kerja dalam senyap dia ni), dia start 'jaga' aku macam dia punya 😏, sentiasa ada untuk aku. Memula aku pelik, dah kenapa dia ni? Haha. Walaupun begitu aku tetaplah keluar dengan beberapa orang kawan lelaki ke sana sini, dengan pengetahuan dia. Dia tak halang (he had no reason to deny that at that time) tapi aku dapat rasa dia tak suka but peduli apa aku. Haha. Kawan je kot and kami takde apa-apa pun time tu.
As time goes by, aku tak sedar bila that mutual feeling become stronger and we become more attached. Ups and downs, Oktober 2019, we tied the knot. Alhamdulillah. He's still the man I knew since we first talked informally.
I thank Allah pinjamkan dia untuk aku. Macam2 kami lalui bersama, macam2 kami lalui secara individu but for sure we always support each other. Aku ingat lagi dia pernah cakap aku kelakar sebab tu dia suka kat aku then dia tak bagi aku jadi kelakar dengan orang lain hahah wakluu, ingat kelakar ni boleh control ke? Dari dulu dia takut aku jatuh cinta dekat orang lain. LOL
Dia jarang gila marah tapi sekali dia marah dia tak tinggikan suara pun, dia tengok je aku, takuittttt hahhaha. Dia selalu tanya kalau dia mati, aku kahwin lain tak? Being a rational me, aku takkan taburkan janji2 manis sebab jodoh ni rahsia Allah. Mula la dia merajuk kalau aku cakap macam tu hahaha.
Dia manja, sebab dia anak tunggal kot, nak kena ada je dengan dia selalu. Aku brutal tapi dengan dia aku jadi manja 😻 aku punya manja kau saja boleh rasa, bak kata Fynn Jamal haha. Dia banyak cakap, more than me. Aku banyak dengar je cerita dia. Kitorang selalu lepak luar sebab nak bersembang, ada je topik, mostly created by him. Aku memang dilahirkan untuk jadi pendengar setia rasanya hehe.
Dia penyabar, tak cerewet bab makan, senang dijaga haha. Aku masak apa pun dia bedal je, Alhamdulillah. Tak pernah aku masak dia tak habiskan hehe. Dia tak pernah merungut rumah bersepah ke apa sebab ada masa hari tu aku penat sangat, aku tak lipat baju sehari dua. Bila aku mintak tolong dia buat.
Abang,
Kita tak tahu apa akan jadi masa akan datang. Mungkin kita diuji dengan pemergian salah sorang dari kita, secara hidup atau secara mati. Mungkin kita diuji dengan berubahnya karakter salah sorang dari kita. Mungkin diuji dari faktor luar, mungkin juga diuji dengan kemewahan. Unexpected.
But please know that whatever happens, for the time that Allah lends you to me, I'm beyond grateful. Regret is never in our life's dictionary. Thank you for accept me for who I'm. Thank you for trying your best for us. I know I always test your patience 😗 haha but I know you love me nevertheless haha. I love you too.
May Allah bless our marriage till jannah. Jom kurus balik sama-sama hahahhaa. Doakan yang baik baik untuk kami ye. Thanks. Ameen.
Alhamdulillah untuk cuti Isnin (semalam) sempena Maulidur Rasul. Jangan pernah lupa selawat pada Nabi kesayangan kita ye, tak kira la hari apa pun. Patutnya semua keputeraan 25 Rasul kena bagi cuti la wahahaha.
Weekend @ KL
Semalam hanya duduk di rumah, kemas rumah. Sabtu dan Ahad aku ke KL, konon nak melawat sepupu baru tapi Mak tak berani nak pergi sebab dia selsema takut jangkit ke baby so instead kami ke Kenanga dengan Sogo HAHAHA aku rasa aku kena scam la dengan Mak.
Oh dekat Kenanga aku dipaksa beli baju sebab nak cukupkan kuota 'borong' supaya dapat sale 20%. Aku beli sepasang baju kerja dan pagi tadi Husband puji baju tu cantik. Berbaloi beli, boleh beli lagi! Haha.
Kemas Rumah
Hari Isnin dimulakan dengan bangun pagi, kemas katil, buka langsir dan tingkap bilik. Oh segarnyaa suasana pagi bila ada angin luar masuk. Jarang dapat suasana macam ni sebab selalunya matahari belum menyinar dah keluar rumah untuk bertebaran mencari rezeki.
Then aku masukkan baju dalam mesin. Vacuum dan mop rumah aku dah buat hari yang sebelum sebelumnya.
Aku turun bawah buka langsir sliding door dan bukak sliding door bagi udara segar masuk. Aku on TV, on sound bar, bukak youtube cari lagu Hollywood tahun aku masih remaja yang boleh buat layan. Contoh: Shakira, Rihanna, Beyonce, Ed Sheran, Snoop Dogg, Eminem dan seangkatan dengannya. Bila la kau nak bukak alunan al Quran 😑
Kari Kambing
Then diffuse essential oil bau citrus. Segarrrr. Lalu aku ke dapur nak sediakan bahan memasak. Semalam aku decide nak masak kari kambing daging korban yang dapat dulu. Lama oi tak masak kari, but Alhamdulillah menjadi cuma memula terlebih santan tapi berjaya di alter. Hehe. Then aku goreng papadom, makan dengan nasi panas letak kicap. Bommm! Kebabom pergi dia haha.
Cerita Hantu Debunk
Dah kenyang kami pun terbaring kekanyangan sambil layan cerita Debunk dekat Youtube. Cerita hantu lawak bodoh lakonan Sharifah Sakinah dengan Wan Cai. Aku yang ajak Suami layan sebab tengok video cerita tu dekat tiktok macam kelakar tapi sayangnya bila tengok cerita full tak kelakar mana pun. Slow Ceritanya. So tak sampai separuh pun kami layan.
Rak Buku
Sempena aku acah-acah minat membaca ni dan amount buku yang meningkat di atas kepala katil, aku pun beli rak buku di Shopee tapi yang pasangnya mestilah Suami aku haha. Sambil dia pasang aku tidur. Sungguh harmoni rumah tangga kami hahaha. Bagus rak buku ni, berat dan kukuh. Harga reasonable.
Thank you sayangg for your effort. Dia dah bagi greenlight untuk beli perhiasan hihi.
Riadah petang
Dalam 5.30pm Suami ajak berpeluh. Kami pun jogging 2.3km + brisk walk dalam 2km sambil sembang perancangan masa hadapan dengan Suami. Love moment like this 💞. Lama sebenarnya aku tak berpeluh, Suami je konsisten sebab dia nak bina badan sampai ada roti bun dekat perut katanya haha. Aku sentiasa support dia *sambil makan roti bun inti kaya.
Jadi la hehe. Suami terpaksa la ikut pace aku. Aku lah orang yang selalu menjahanamkan diet dia hahaha.
Saloma Steamboat dan Grill
Malamnya dengan senang hati pergi dinner dengan parents and adik aku dekat Saloma sebab dah bakar kalori siap-siap petang tu haha apa punya fesyen la hidup kau ni haha.
Harga dewasa RM29/person. Reccommended ! Perapan dia semua sedap. Makanan dia pun sedap. Tomyam dia ceroi sikit tapi ada paste tomyam dorang sediakan untuk alter. Ada nasi goreng, laksa, ABC, spageti, aiskrim, fries, bihun singapore etc. Semua berasa. Kedai ni dekat Tg. Rambutan, Perak.
Sekian hidup aku sebagai housewife seharian. Seronok rupanya hidup macam tu sekali sekala. Untuk jadi full time housewife masih belum terlintas di sanubari ku. I love being a successful career woman. Gituhh haha. Pagi tadi bangun panaskan kari kambing, bakar roti canai segera untuk bekal ke office maka itulah tanda bermulanya kembali rutin seperti hari-hari biasa. Kbye.
Sabtu lepas Mak ajak pergi Padang Besar naik komuter, was my 1st time and her 2nd time. Ayah suka naik train, thats why haha.
Tiket dan Masa Train
Jadual perjalanan Komuter Utara korang boleh semak dekat link yang aku bagi tu untuk rancang perjalanan. Komuter Utara ni bermula dari Padang Rengas, Perak dan berakhir di Padang Besar, Perlis.
Harga tiket, return, dewasa. Untuk warga emas, OKU, pesara dan kanak-kanak harga lain.
Perjalanan
Perjalanan ambil masa dalam 4 jam termasuk pertukaran train. Train dari PR hanya sampai ke Butterworth je and kena tukar train lain untuk ke PB. Sampai Bukit Mertajam akan ada announcement untuk tukar train tapi kami tak turun dekat situ sebab ramai orang. Kami turun dekat Bukit Tengah lebih aman dan damai dan senang dapat seat. *tips*
Waiting time tak lama sangat tapi sempat la makan sepinggan nasi dan ke tandas haha. Oh Komuter ni free seating ye, nasib la kalau kena diri. Suami aku sebagai orang yang budiman, dekat 2 jam jugak dia diri sebab bagi duduk dekat warga emas. Hihi. Nak tukar train kena tukar platform, kena mendaki tangga yang tinggi, tak semua train station ada lif yang berfungsi. Apooo? Sian orang-orang tua la yang sakit lutut bagai tu.
Secenery sepanjang perjalanan memang cantik, hijau je, saujana mata memandang. Lalu gunung-ganang, tasik. Malas pulak aku nak upload video, korang pergi merasa sendiri la. Haha. Tapi kalau kena diri 2 jam dah tak menarik jadinya. Haha.
Padang Besar
Sampai je Padang Besar kau kena ambil Grab / kereta sapu untuk ke Arked. Jangan percaya google maps yang cakap 1km sampai Padang Besar, itu Padang Besar Thailand haha. Nak ke Arked dalam 4km. Berkicap oi kalau nak jalan, sampai-sampai je kena patah balik untuk naik train balik pulak haha. Harga 1 kereta dengan 4 penumpang RM10 sehala. Kalau naik Alza etc RM15 sehala. Kaya deme nohhh. Sehari boleh dapat beratus haha rezeki mereka.
Ikutkan dulu ada laluan jalan kaki dalam 1km dari stesyen ke Arked tapi KTM tutup sebab ada kes penyeludupan PATI time tu lalu short cut. Tapi nak bukak balik tahun depan katanya.
Orang punya la ramai weh tapi rezeki kami pergi cuaca redup. Alhamdulillah. Aku dengan husband terus pergi kedai makan. Kami makan dekat kedai No 9 sebab daging bakar dia seakan-akan memanggil-manggil untuk dijamah.
Memang sedappp ui daging bakar kedai tu. Serius sedapp gila! Kami makan 2 pinggan. 1 pinggan RM10, kuantitinya dikit tapi rasanya padu. Aku order Kerabu Maggi pun sedap. Suami order Nasi Ayam Thai, Ayam dia sedap, nasi dia rasa herba. Ayah order Nasi Paprik, biasa-biasa je. Tapi kalau korang pergi kedai no. 9 sila order daging bakar.
Dah kenyang kami pun pusing Arked.
Murah oi lagi murah dari Terengganu. Aku beli untuk buat baju pejabat tapi kain Husband yang pilihkan hihi
Beli jersey tiruan untuk pakai harian. Sejuk kainnya. Suami suka aku pakai jersey, entah kenapa haha
Then kami beli beberapa benda lagi sebelum cari tempat duduk untuk rehat semantara tunggu Mak aku habiskan urusan shopping dia. Sambil menunggu sambil makan lokching haha. Makan je kerjanya nasib perut tak meragam.
Kami ambil train balik pukul 3.30pm dan sampai PR balik dalam pukul 7pm.
Kalau korang nak merasa ke PB naik train boleh la cuba naik Komuter Utara ni sebab tiket ETS mahalll! Tapi naik kereta lebih convenience bagi aku hihi.
Hari Khamis lepas aku pergi kerja macam biasa, 7.30am dah sampai ofis, cemerlang as always hahaha. Buat kerja itu ini dalam 8.30am aku rasa perut tak sedap, tak sedap yang aku tahu bakal membinasakan diri.
Memula ingat boleh bertahan tapi dalam pukul 9.00am aku decide nak ke klinik. Time ni dah berkali diarrhea dah. Sampai klinik sebelum jumpa Dr pun sempat ke toilet dulu. Badan makin lembik sebab banyak air keluar.
Aku masuk jumpa Dr, Dr cek semua dia cakap usus aku bunyi teruk haha. 1st time aku cek diarrhea Dr letak stetoskop dekat perut, selama ni Dr percaya je kalau aku cakap aku kena diarrhea, terus bagi ubat je. Dr bagi aku MC sehari and kalau makan ubat pun tak jalan dia suruh datang balik untuk drip.
Aku pun balik rumah. Aku tidur dekat sofa living hall je sebab tak larat nak naik atas. Sampai je rumah aku dah start muntah pulak. Seksa gila, habis tarik 1 badan. Aku tak stop diarrhea and muntah, minum seteguk pun keluar balik.
Aku tak makan ubat lagi time tu sebab perut kosong, aku ada gatsrik so taknak menambah kombo penyakit. Paling tak boleh bla aku boleh termuntah time tidur. Time tidur wehhh! Tetiba tersembur je, nasib sempat tahan dengan tangan. Pelik2 je badan aku ni berfungsi haha.
Zohor aku gagahkan jugak naik atas nak solat semua. Aku solat duduk statik je sebab nak rukuk pun rasa nak muntah. Then aku sambung tidur dekat atas. Kebetulan Suami aku balik awal, aku minta tolong dia belikan porridge Marrybrown.
Tapi nak makan pun tak selera. Aku tengok Suami aku bukan main selera makan dari satu menu ke satu menu pun aku rasa nak muntah. Elok je baru makan berapa suap porridge, aku keluarkan balik. Suami aku sampai takut dengar aku muntah. Memang aku lembik betul dah time tu.
Aku gigihkan jugak makan ubat. Then aku tidur je sampai esoknya. Tak makan tak apa tapi Alhamdulillah ubat tu membantu, dengan izin Allah.
Esok aku pergi kerja macam biasa tapi tak makan sebab fobia haha. Time tu biasa perut ada lagi tapi better. Maybe aku jangkit dari Suami sebab sebelum tu dia pun diarrhea tapi tak sampai muntah. And menambah perisa malam sebelum tu aku makan nasi ayam geprek dekat Ipoh Night Market. Makan pulak dengan benda berangin macam terung dengan kobis haha. Cari pasal kau tanggung lah!
Hari Jumaat, Sabtu perut aku ngam bagi kerjasama. Sabtu aku pergi makan Kerabu Maggi hahaha bengong ye seorang Nadia ni, tak reti ambil pengajaran hidup. Tup Ahad aku kena diarrhea balik tapi tak lama and tak muntah. Isnin sihat seperti sedia kala. Alhamdulillah.
2 kali kena tahun ni bhaiii. Allah nak ampunkan dosa la tuuu.
Rabu lepas aku teman Suami appointment di HAT KL. Kami bergerak Selasa petang. Sampai je terus checked in di Expressionz Proffesional Suites Kuala Lumpur, sebelah bangunan BERNAMA. Kami book bilik tu melaui Air BNB. View dia cantik mengadap KLCC and ada infinity pool mengadap KLCC tapi nak mandi sana kena bayar RM10/orang sebab dia nak limitkan orang. Ada pulak macam tu management nya. 😕 Kami tak pergi pun, membazir je.
Malam tu aku ajak Suami ke Suraya Seafood Kg Baru yang viral tu. Sebab hari kerja takde la kena beratur and servis laju. Boleh la tak de la wow sangat. Aku order tomyam ayam, kerabu sotong. Sotong dia fresh tapi tomyam dia manis padiaaa. Then aku makan latok. 1st time makan, sedapp benda tu. Yang sedap sambal dia tu je, latok tu makan kosong masin weh haha.
Makan ratah and jadi ulam makan dengan nasi
Suami tak berapa sihat time tu so kami terus balik bilik. Esoknya dia pergi appointment sorang, aku terbongkang tidur dalam bilik haha. Eh kata nak teman? Teman memandu je kakakaka.
Dia balik pukul 10 lebih bawak Nasi Kerabu as breakfast. Sedap! Dia beli dekat cafe HAT KL. Nasi banyak tapi aku mampu habiskan huahuahua.
Sebelum balik dia ajak lepak MidValley. Suka nau Suami aku pergi MV. Sesuatu sangat, mesti selalu dating kat sana dulu 😏 Merasa la aku pergi DIY paling besar dekat Malaysia haha. Orang lain masuk MV bawak paper bag jenama-jenama terkenal, aku dengan bangga hayun paper bag DIY ke sana sini (tapi most of the time Suami yang bawak) haha. Mustahil la masuk DIY tak beli apa-apa kan? Haha
Then kami merayap lagi. Suami ajak makan dekat Snowflake. 1st time makan dekat sana. Ambil Best Seller Cold. Uihhhh memang sedap wehhh. Berebut makan dengan Suami sebab order 1 mangkok je sebab lepas tu dah cakap nak beli Taco Mexican haha. Makan je kerja kauu!
Nampak macam tak sedap kan? Tapi sedap gilosss haha
Lepas tapow taco kami pun nak ke parking lot. Lalu jalan lain, tak tahu kenapa lalu jalan bersimpang siur. Then lalu depan AEON Big dalam MV tu, ternampak pulak offer TV sebesar alam depan tu. Aku pandang Laki aku, Laki aku pandang aku sebab kami memang tengah cari TV.
Dah setahun pindah rumah baru ada rezeki lebih nak cari TV. Kami nak cari Android TV sebab boleh download apps guna google store tapi yang promo tu Smart TV. Bila tanya dekat SA dia cakap ada 1 TV jenama Philips yang harga lebih kurang tapi Android TV.
Hape lagi, pergi tengok, belek2 sikit terus ambil haha. Siap dapat voucher RM100 lagi. Bergelak ketawa la aku dengan Suami sebab kami suka buat benda tak plan. Plan lain, jadi lain haha. Time nak load dalam kereta tu berpeluh jugak la sebab memang ngam2 sui je weh masuk kereta sedan aku. Kalau ambil inchi besar sikit alamatnya kena ikat TV atas bumbung kereta la bawak balik haha.
Dah berjaya kami terus ke Decathlon paling besar dekat Malaysia katanya, Decathlon Shah Alam. Misi perjalanan kali ni memang nak pergi semua tempat paling besar dalam Malaysia haha. Dalam perjalanan makan Taco Mexican tu. Padat isinya, ada Turkey rice ada mashed potatoe ada ayam, memang kenyang gila.
Sama je dengan Decathlon PJ
Kat sini cari barang budak office pesan, dorang tengah gila swimming haha. Aku beli goggle ada power, beli swimming cap dengan legging je. Bila ntah nak pergi swimming haha.
Then balik. Singgah dinner dekat Ipoh Night Market dan esoknya aku kena diarrhea. Tu cerita next post.