”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

6/27/2024

Kuala Terengganu: 4h3M

20 Jun 2024

Patutnya nak gerak hari Jumaat tapi last minute tukar plan gerak hari Khamis sebab Jumaat ada projek besar yang memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi 😝

Kami gerak dalam 9.30am dari Ipoh. Kali ni Didi decide nak lalu jalan Cameron Highlands - Gua Musang. Aku on je sebab yang bawaknya dia, plus boleh singgah makan pagi di Cameron Highlands 😉 Sampai CH dalam pukul 10.45am, lalu jalan Simpang Pulai.

Green View Garden, Cameron Highlands

Makan pagi di sini. Cantik kedainya, ambience pun menenangkan. Ada mini petting zoo, ada ladang strawberries.



Sebelah meja makan kami


Makanan yang kami order. Brunch. Sedap tapi harga agak pricey. Biasalah kan, atas awan haha


Cameron Highlands - Kuala Terengganu

Dalam pukul 12pm kami meneruskan perjalanan. Didn't know what to expect sebab 1st time nak lalu kan. Basically dari Cameron Highlands akan lalu Lojing, Gua Musang, Felda Aren, Tasik Kenyir, Kuala Nerus, Kuala Terengganu.

Jalannya not bad, ada kerosakan (jalan berlubang, bumpy) but minimal. Bagi aku lagi teruk jalan Grik-Jeli yang penuh dengan tampalan. Start dari CH, next gas station adalah dekat Gua Musang so rancang petrol anda sebaiknya. Kalau pakai Diesel jangan lupa apply fleet card kalau layak *tber pesanan masyarakat haha.

Nak lalu jalan ni okay je cuma tak dinasihatkan lalu malam sebab sunyi, gelap dan takde line telefon. Paling kritikal bagi aku dari Lojing - Gua Musang dengan dari Felda Aren - Tasik Kenyir. Kalau siang and konvoi (lebih baik) shouldnt be a prob then. Lalu jalan ni berbanding jalan Grik-Jeli, boleh jimatkan around 60km.

Kami sempat singgah sekejap di Tasik Kenyir, alang2 lalu kan. Cantik tasiknya, saujana mata memandang. 

Pok Nong Sotong Celup Tepung 

Sebab tak lunch, kami agak lapar and decided nak terus ke Pok Nong makan sotong celup tepung. Warung yang wajib kami singgah setiap kali ke KT. Binatang-binatangnya fresh, harganya berpatutan cuma masa menunggu agak lama, biasalah ramai orang kan.

Kami sampai Warung Pok Nong around 5pm.

Pemandangan depan warong Pok Nong. Breathtaking


Arena Boutique Hotel, Kuala Terengganu

Selesai makan kami terus menuju ke hotel. Hotel ni aku booking dengan harga RM117/ night. Pukul 7pm kami sampai hotel. Hotel dia dekat shoplot je tapi sangat2 recommended. Dah la murah. 

Hotelnya luas, bersih. Fasiliti tip top. Jarang hotel murah sediakan iron. Parking pun disediakan. Cukup selesa. Harap lepas ni dia tak naikkan harga. Sebelah hotel ada farmasi, kedai makan, bank. 

Malam tu aku minta izin Didi nak jumpa kawan lama dekat universiti dulu. Namanya Najmi. Bila Didi dengar nama tu dia jerit 'wah begitu slumber anda mohon kebenaran keluar dengan lelaki lain' HAHAHHAHA Najmi tu perempuan lahhh! Najmi sekarang bukak law firm dekat KT.

Didi tak ikut sebab nanti dia awkward bila kami sembang hal yang dia tak tahu so kita biarkan dia berehat dalam bilik. Pukul 10pm baru aku balik bilik haha. Sakan sembang tu pun rasa tak cukup. Yelah, hampir 10 tahun tak jumpa, mana cukup nak buat life update in 2 hours. But still Alhamdulillah for the opportunity. Tu pun impromptu plan.

Malam tu kami dua2 tidur dengan lena selepas seharian di atas jalan.

21 Jun 2024

Hari yang ditunggu-tunggu. Sebenarnya tujuan utama kami ke sini nak mencandat sotong hahaha. Begitu slumber mengambil keputusan tersebut despite me having a seasick haha. Adoi bab buat kerja gila bagilah dekat kami.

Pagi tu kami keluar breakfast dulu, ingat nak pergi makan Nasi Kerabu Warisan Nusantara sekali tutup pulak dah. Frust Didi sebab dia nak makan satay kat situ hihi takde rezeki. Lepas tu kami random je berhenti dekat kedai tepi jalan yang nampak macam ramai orang. Kedai tu tak bernama.

My fav. Nasi lemak ikan tongkol. Kat Ipoh tak jumpa lagi. Dulu kat KL ada jual. Huaaa sedappp. Aku makan 2 bungkus haha

Selesai breakfast kami balik dulu, sambung tidur sebab rancangnya malam nanti taknak tidur. KONONNNN HAHAHA. 

Dalam pukul 12pm kami checked out. Berkumpul dekat Jeti pukul 5pm, ada 5 jam lagi nak kill time. Aku ajak Didi cari keropok keping, nak beli buah tangan sikit untuk kawan2 dan ahli keluarga. 

Aku tak pernah berada di Terengganu pada hari Jumaat, selalunya Sabtu baru sampai. Baru aku tau Terengganu 'mati' pada hari Jumaat dan akan hidup lepas solat Jumaat haha. Ya Allah sunyinya KT pada hari Jumaat. Majority kedai tutup. Kedai yang aku nak beli kepok tu pun tutup, Alhamdulillah rezeki kedai sebelah dia bukak.

Dah selesai beli sementara nak tunggu pukul 5pm, kami decided nak pergi KTCC Mall, sampai sana 1.30pm, sekali tutup jugak! Hahah adoi lepak je la dalam kereta sampai 2.30pm. 

Masuk mall, pergi solat Jama' taqdim dulu then jalan2. Sekarang ni setiap kali travel mesti aku beli buku sebagai kenangan diri sendiri. Di helaian pertama buku aku akan tulis tarikh beli dan dekat mana aku beli hehe. Kali ni pun melawat kedai buku, rembat 3 biji buku, Didi beli sebiji. Dah selesai semua pergi lunch pulak then gerak ke jeti di Seberang Takir. Didi sempat singgah beli apollo untuk memancing. Aku tak tau pejadahnya apollo tu, kek apollo aku tauuu. Apolloooo~~~ Haha

2 comments:

  1. Ya Allah... Rajennya sis pun ikot mencaandat sotong.... Kena share pengalaman nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe InsaAllah soonest will share ;)

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!