”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

6/19/2024

Ride ke KL: 2h1m

Minggu lepas kami buat gila ride ke KL menggunakan iniiiii

Haha kerja gila 298km/ way naik yang berkuasa 160 je, patah pinggang, sakit pungkoq haha

Bangun Subuh tu terus siap2 sebab kalau sambung tidur alamatnya memang atas katil sampai pagi Isnin la jawabnya. Dalam 8am lebih kami gerak, santai2 je.

1st stop - RnR Tapah. Breakfast. Didi bawak paling laju 120km/h. Dia keluar tol Tanjung Malim, lalu jalan belakang pulak. Alhamdulillah cuaca ok je, tak panas sangat. Aku la paling okay sebab nyorok belakang Didi, masukkan tangan dalam poket jaket Didi sebab taknak tangan makin hitam haha.

Rupanya muat je baju aku dengan Didi untuk overnight guna beg besar tu je. Didi dah warning, kau jangan nak bawak luggage pulak! Haha.

Ajomm. Satria baja hitam nak menakluk KL

Sebab terlampau santai kan, Didi masuk Kampung Kalumpang  nak tengok sungai. Cantik kampung tu, tenang je suasana dia. Lepas tu time lalu simpang nak masuk Fraser Hill, Didi jerit tanya aku kat belakang;

'Jom naik Fraser Hill nak?'

'Berapa km?', aku tanya balik

'60km one way'

Erkk. But I let him decides  sebab nak bawaknya dia haha. Tengok dia tak masuk pun. 

Then lalu simpang Batang Kali, tengok dia belok kiri. Hnfffff

Tetiba sampai Genting Highland! Haha. Larat ek kau motor?

Memang datang untuk lalu je. Berhenti bergambar 5 minit lepas tu turun ikut Gombak 😑


Gila ini worang haha

Otw turun aku tertidur atas motor HAHA. Sedar sebab Didi tampar tangan aku, time tu aku peluk dia, mesti dia rasa pelukan aku makin longgar haha. Nasib, kalau tak mau sedar2 dalam longkang. Aku cakap kat Didi lepas ni nak beli arm rest supaya kalau tertidur pun ada penghadang. Haha.

Kami checked-in dekat Stay with Bintang, Bukit Bintang. Around 2pm time tu and Alhamdulillah ada bilik available boleh terus check-in. Didi suka hotel ni sebab tengah bandar, jalan kaki je untuk access shopping mall and kedai-kedai makan. Tapi sini memang sesak la malam2 orang berliburan dan bermabukan. Rate per night pun reasonable and ada tempat untuk parking. 

Pemandangan dari bilik. Time ni dah start mendung

Sebab bawa baju limited, tak boleh nak mandi kulam

Sebenarnya tujuan utama ke sini nak makan Woodfire haha. Time ni perut dah lapar gila, around 4pm dah, dah la pagi tadi light breakfast je. Tengok2 hujan pulak. Waduh dah siap berstokin time tu ready nak keluar. Tunggu la dalam 15 minit kot, Alhamdulillah hujan reda.

Kami menuju Woodfire Sentul yang paling dekat dengan hotel. On the way nak ke sana hujan lebat yakmat pulak, impak maksisma mestilah dekat Didi, he's my human shield hihi. Kami terpaksa berteduh bawah flyover dekat lebuh raya DUKE sebab kalau go memang kuyup la. Kami pulak tak pakai jaket time tu konon town touring je tak payah jaket hah padan muka haha. 

Lama jugak bertapa bawah tu, 30 minit ada tapi hujan tak reda-reda. Time tu nak sampai dah, 3km lagi. Hujan dah reda sikit, Didi ajak redah. Ajommm. Dulu time duduk KL selalu berangan nak pusing KL naik motor. Alhamdulillah Allah makbulkan walaupun dah tak duduk KL dah! Haha. Seriau tau naik motor dalam bandar Metropolitan, sempit nak mencelah antara kereta2 tu. Aku trauma sebab kaki pernah langgar road curb, bengkak ooo, sakit gila. 

Selamat sampai dengan Didi berkeadaan kuyup. Haha sian member. Nasib jenis baju kalau basah tak nampak. Masuk dalam kedai sejuk pulak, adoii sian. Nasib dia jenis tahan sejuk, kalau aku nangis dah haha

Worth it tapi cawangan TTDI punya lagi juicy

Dah habis makan aku tanya Didi larat ke tak, dia kata okay je, so kami ke TRX. Nak ke TRX naik motor kau kena search Exchange 106 - Motorcycle Parking sebab kalau search biasa dia bagi ke parking yang motor tak boleh masuk. Dari Exchange 106 ni berpusing jugak nak cari Mall dia, tapi senang je sebenarnya, 1st time kan hehe. Banyak je signboard.

Jalan2 cuci mata je kat sini.



Ajak Didi pergi MPH paling besar kat Malaysia katanya. Sempat grab 2 buku. Dari segi selection buku aku rasa sama je dengan kedai yang lain. Nasib tak pergi hari Ahad sebab Ahad tu ada penulis viral 'Teme' datang situ, memang sesak dengan peminat dia.  

Lepas tu ajak Didi try cookies ni sebab selalu tengok kawan aku beli

Memang sedap gila! Paling sedap Triple Choc tu. End taste dia voilaaa! Sekeping RM9 tak silap

Dah kenyang dan kenyang lagi, kami pun balik bilik. Bagi Didi rest, dia cakap badan dia rasa nak demam. Ah sudahhh. Mana taknya kejap kena panas kejap kena sejuk kejap kena hujan. Hayyaa. Tak sedar diri dah tua nak buat perangai macam orang muda 😝

Malam tu just tidur je, konon nak ronda Bukit Bintang tengok orang busking tapi tak jadi sebab badan dah penat.

Pagi esoknya memang Didi dah start demam. Ayyo. Kami checked out awal sebab taknak ride dalam panas. Sebelum keluar KL pergi breakfast dekat NZ Curry House Wangsa Maju, tempat favourite kami brekafast time duduk KL dulu lepas hiking Bukit Dinding. Hihi rindunya moments tu.

Hilang gian haha

Dah isi perut kami pun pulang ke sarang. Ada berhenti dekat RnR Hulu Bernam sebab Didi tak larat. Sian dia, aku nak bawak dia tak bagi 😝

Sementara tunggu Didi rehat

Alhamdulillah sampai rumah around 1230pm, singgah farmasi beli ubat Didi. Sampai je aku suruh dia mandi, makan ubat dan tidur. Bangun tidur dua2 lapar, Didi masakkan ayam kicap dengan telur. Eh siapa yang demam ni? Haha.

Esoknya Didi cuti sebab panas badan dia, aku pulak tak boleh cuti sebab ada kerja luar. Sebenarnya aku dah migrain dari Sabtu, Ahad dah ok sikit. Hari ni migrain teruk and ada simptoms nak kena food poisoning.

Selasa aku muntah2. Rabu sampai Sabtu cirit birit. Didi pun sama. Entah apa salah makan. But Alhamdulillah, all is well now.

So, kerja gila apa seterusnya? Haha

Nah, lanje video sikit ehehe.

14 comments:

  1. bestnya laki bini sekepala boleh ride gila macam ni.. hehee.. saya buat ride gila macam ni zaman bujang je la.. dari pinang sampai KL naik moto tapi 12 jam! sbb keluar simpang pulai, naik cameron, lalu ikut felda sungai koyan, lpas tu naik fraser, batang kali, naik pulak genting, lepas tu baru ke KL ikut gombak. 12 jam atas moto. hahaha.. lepas tu esoknya sambung ke negeri sembilan sbb tujuan ride memang nak ke kenduri kat sana. balik terus demam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha lagi jauh penang-KL. kalau superbike ok la lagi kann hehe. haha sama dengan husband saya, balik terus demam. urat terkejut agaknya

      Delete
  2. wah...seronoknya ride berdua...kena tunggu anak-anak beso sikit..baru boleh berdua gitu...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi sikit je lagi tu nak boleh dah

      Delete
  3. Sementara muda buat lah kerja gila cam ni....
    Esok dah tua ada lah benda nak borak memmory lane....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kan Uncle. Dah tua nanti boleh brag kat anak cucu haha

      Delete
  4. Aghhhhh seruuuu sangat bacanya 😄😄. Tapi tak best part yg demam, semoga cepat sembuh untuk Didi ya 👍😄.

    Tapi memang naik motor ke destinasj jauh seperti ini kata suami saya seruuu. Dia beberapa kali ajak saya naik motor ke Solo , kampung halaman dia, saya langsung tolak 🤣🤣.

    Naik mobil saja 7 jam lewat highway, naik motor 12 jam, tak boleh lewat highway. Di Indonesia hanya mobil yg boleh lewat Tol. Maaaf, saya pilih naik pesawat saja 🤣

    Jadi kami hanya yg dekat2 saja, masih dalam kawasan Jakarta lah kalo naik motor. Atau pas di Bali, sewa motor, Krn jammed nya parah kalo bawa mobil.

    Saya pun selalu mengantuk kalo naik motor. Tapi biasanya Raka tahu Krn helm saya membentur helm dia, jadi dia tahu saya pasti tertidur 😅. Mungkin hrs pasang box di belakang jadi kalo pun tertidur tak kuatir jatuh 😄

    KL sedang musim hujan rasanya ya kak? Saya nak kesana akhir june, rasanya kalo hujan terus bisa kacau beberapa itinerary yg dibuat 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi Tq Fanny, Didi dah sembuh tapi macam nak demam balik ayyo haha

      haha kalau 12 jam saya pun tolak.

      Saya ke Bali hari tu pun sewa motor, seronokkk jalan2 di Ubud, tenang saja naik motor.

      Haha motor kami memang ada box, kalau tak saya pun dah jatuh haha.

      Sekarang peralihan monsun, jadinya cuaca tidak menentu. Tapi selalunya yang meteorologi jangka itu selalunya tepat.

      Delete
  5. Sampai begitu penangan Woodfire eh . haha Kat Johor ni Woodfire dekat je dengan rumah tp jarang betul makan sebab burger dia besar sangat selalu tak habis makan sebab rasa penuh sangat perut.. (-_-") .. Tp rasanya Woodfire ni kedai burger paling sedap penah makan.

    BTW, ride mcm tu best kan. Dulu penah buat tp memang kalau lama2 naik motor sakit betul pinggang dibuatnya. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha memang besar, sekali makan tersandar tapi puas sebab sedap hehe.

      haha sekali sekala best, kalau hari2 mau patah pinggang haha. Camne la orang boleh ride ke Krabi bagai haha

      Delete
  6. syok buat keje giler last minit macam ni..
    Suka gak naik moto tapi hubby xnak stop naik lepas kawin..hehe
    pernah buat keje giler tiba mlm tu hubby ajak pi langkawi naik kete la tp last minit ajak pi langkawi mlm tu gak. Pi berdua xde masalah la kan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tu la, bestt buat kerja gila sekali sekala
      hubby risaukan keselamatan la tu hehe
      haha giler sangat tu, nak cuba lah hahaha

      Delete
  7. alolo comelnya hehehe

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!