”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

7/01/2024

Kuala Terengganu: Mencadat sotong

Kami sampai jeti pukul 5pm. Salin baju semua dulu. Punya semangat siap buat baju tauuu haha. Kami semua 11 orang. 4 lelaki dan selebihnya perempuan. Mesti korang tengah buat kira2 dalam otak berapa perempuan kan. Saja aku tak tulis supaya otak korang berkerja sikit haha.

Dalam 5.30pm kami pun beramai-ramai noney-noney berjalan ke boat kayu. Kami bayar RM194/ sorang untuk trip ni termasuk sewa joran sebab koserr la ye nak pakai sekali nak membeli bagai. Kami dijangka akan sampai jeti balik pagi esoknya jam 8am.

Aku dah siap2 makan ubat mabuk laut, dah seminggu aku berdoa supaya tak mabuk laut. Kawan aku bagi ubat mabuk laut Jepun punya, dia cakap tu yang terbaik 😏

Maka bermulalah perjalanan kami. Perjalanan mengambil masa dalam sejam setengah sebelum tekong turunkan sauh. 3 orang ikut kami, sorang driver, 2 orang tekong. Baik2 semuanya memang jaga kami macam anak dorang. 

Naik je boat kami dihidangkan dengan bihun goreng + keropok goreng + kopi o panas. Tapi aku tak makan pun sebab masih kenyang.

Bersedia untuk berkhidmat
Lalu bawah drawbridge

Dalam perjalanan aku okay lagi, layannn angin, layan suasano. Bila boat bersauh je, dengan ombak yang bergelora aku dah mula tak sedap perut dan kepala. Ha sudahhhh! Aku try makan tapi memang tak boleh masuk, memang rasa nak keluar balik haha. Lepas tu aku baring, pakcik tekong siap sediakan bantal bagi dekat aku haha so thoughtful pakcik.

Dalam 7.15pm masing2 mula turunkan candat. Menunggu dengan sabar. Aku tak ingat pukul berapa 1st sotong naik sebab time tu aku dah bengong haha.

Tetiba pukul 8pm hujan turun selebat-lebatnya. Laut bergelora jangan cakap, ribuuut! Kami yang duduk bahagian depan memang kuyup. Tetiba tekong panggil aku suruh berselindung di dalam 1 ruang kecil, macam bilik tapi bukan bilik. Dalam tu tak boleh diri pun, boleh duduk je tapi berbumbung lah. Tempat dorang simpan life jacket, muat untuk 3 orang duduk/ baring dalam tu. 

Leganya dapat duduk dalam tu. Aku tak tahan sejuk + seasick aduhh memang lemah. Dalam basah kuyup tu aku duduk baring dalam tu sambil sapu minyak angin dekat kepala. Didi gigih tauu, dia tetap mencadat dalam keadaan tu.

Kurang dari 30min aku rasa, hujan pun berhenti. Alhamdulillah. Aku keluar kejap acah2 nak mencadat. Kami pergi musim dah hujung, so memang susah nak dapat, nak banyak kena datang bulan 4. 

Tekong decide nak tukar tempat so kami pun berpindah. Time ni aku dah surrender, aku memang terbaring je dalam bilik kecil tu. Sampai tempat baru lagi teruk air bergelora tapi kat situ lagi senang nak dapat. Bayangkan aku baring pun memang terasa betul bergoyangnya. Type ni pun dapat bayangkan perasaannya haha.

Dalam pukul 10pm kot tekong suruh makan, dia masak ayam masak merah. Semangat semua makan sebab sedap katanya. Aku? Memang tak lerrr derrr. Bayangkan ayam masak merah pun dah nak termuntah. Haha



Kagum aku dengan mereka yang tak mabuk laut ni. Siap ada yang tak tidur tau sepanjang malam tu. Much respect. Didi tidur tapi tidur2 ayam je dia cakap dalam 2 jam gitu. Aku pulak memang tidur je sampai siang haha tak boleh pakai kan? Memang tak la aku pergi dah. Once in a lifetime experience kekdahnya haha. 

22 Jun 2024

Pukul 7 pagi aku dengar tekong cakap siap nak balik dah, leganya akuuu! Haha. Dalam 8.30am Alhamdulillah kami sampai jeti balik.


On the way balik, temgok semua dah tak serupa orang haha
Hasil. Alhamdulillah dapat dalam 10kg, jadilah dari takde. Tekong cakap minggu tu memang majoriti boat dapat lebih kurang ni je. Lepas timbang buat pembahagian harta faraid. Tekong siap sediakan ais. Aku dengan Didi bawak iced box macam nak isi sotong 15kg HAHAHA

Tips mencadat

Pergh bagi tips macam pro haha

  • makan ubat mabuk laut kalau ada mabuk laut. Membantu walaupun still mabuk tapi tak seteruk tak makan
  • ruang sempit dan beralun so solat better duduk. Risau solat diri tetiba bangun dari rukuk dah ada sebelah coral 😂
  • toilet disediakan dengan hanya 1 lubang. Lawa toilet sebab nampak air biru je kat bawah haha. Siapa port depan toilet selalu dapat sotong besar2 😝

Then tekong darat ajak pergi breakfast dah termasuk dalam pakej. Kami breakfast dekat 1 warung kampung sebelah jeti tu. Makan nasi dagang + keropok lekor. Cara dia serve memang kampung2 ye, macam makan dekat rumah orang haha. Keropok lekor dia memang sedap!


Lepas tu kami pun berpisah ke haluan masing2 dengan janji nak repeat tahun depan bulan 4 (except me. lol). Aku dengan Didi singgah Masjid Seberang Takir untuk mandi dan salin baju. Nak check in lambat lagi, time tu around 10am baru. 

Then kami ke KTCC Mall (again) untuk lunch and kill time sementara nak tunggu masa check in.

Felda Residence

Kami checked-in sini pulak. Pergi hotel dalam 240pm and Alhamdulillah boleh terus checked-in. Hotel dia biasa je. 3 stars, hotel lama tapi yang penting water pressure laju haha. 

Sampai je terus tidur wehhh! Walaupun aku dah tidur semalam tapi memang tak lena pun sebab aku dengar je semua yang terjadi keliling aku sepanjang malam haha.

Restoran Katana

Dekat pukul 7pm baru terjaga. Allahuu haha. Lepas Maghrib kami pergi cari makan. Didi nak makan ikan bakar, kami google je. Jumpa kedai nama Katana. Review nampak ok, hentam je lah.

sotong goreng tepung dia sedap. Ikan bakar biasa2 je bagi aku

24 Jun 2024

Hari balik. Book hotel sampai Isnin tapi terpaksa balik hari ni sebab Isnin Didi ada meeting yang tak boleh elak. Dia kan orang penting office, takde dia memang tak jalan la office tu haha 😒

Restoran Singgang Budu

Sebenarnya hari ni aku ada site visit office. Pandai kan aku arrange? Bercanda + berkerja haha. Aku dengan colleagues lunch dekat kedai makan Singgang Budu. Sedap. Ramai orang tapi kedainya besar dan banyak pilihan makanan.

Bos aku paksa rasa sotong pulut, first time rasa. Aku tak sangka rasa macam bubur haha. Then aku tapow kan Didi lunch. Kalau korang pergi situ sila beli roti paung dia, sedap gilaaa. Tu pun aku 1st time makan.

Lepas dah solat jama' taqdim semua kami pun checked-out. Didi teman aku pergi last site visit. Pukul 4pm kami gerak balik Perak ikut jalan yang sama. As long kau boleh sampai CH around senja kira ok dah tu. Jangan ada dekat tengah2 hutan tu time gelap.

Alhamdulillah kami sampai CH pukul 8pm. Aku tidur sebab sakit kepala haha. Sian Didi drive sorang tapi dia memang tak bagi aku drive pun. Didi cakap nak turuan dari CH ke Simpang Pulai tu jemmm!

Alhamdulillah sampai rumah 10pm. Didi terus masak maggi sotong yee haha. Masak 1 je buat raso2. 

Ya Allah fresh gila sotong. Gigit tu rasa rangupp! Dengan manis dia lagi Haha

2 comments:

  1. Uncle rasa mencandat / memancing ni si not for me lah... mencabar kesabaran betul... Takpelah, biar Nad je mencandat... Tapi kalau bagi uncle fin... uncle akan terjun menyelam dengan senang hati....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dah tak pergi kot mencadat ni, kita mencadat kat pasar je la Uncle haha.
      Jom jom pergi dive hehe

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!