”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

7/22/2024

Perjalanan hidupku

Pagi ini terasa nyaman. Mungkinkah ada perkhabaran gembira? Macam hari2 sebelum ni, bermula jam 10 pagi aku dah megah menayangkan diri kepada khalayak ramai. Memang jelas terasa pancaran sinar dari lampu2 kalimantang yang bergermelapan, dipadankan dengan badanku yang berkilat lagi gagah.

Tik tok tik tok, hari ni hari minggu, dari jam 10 pagi tadi hingga sekarang dah menjelang tengah hari, berpusu-pusu orang lalu di hadapan aku dan rakan2. Ada yang melihat aku dari jauh, ada yang hanya menjeling, ada yang datang dekat tapi sebentar cuma sebelum berlalu pergi dan ada yang tak pandang langsung! Rudeeee.😤

Dalam pukul 2pm, dari jauh aku nampak sepasang lelaki dan perempuan menuju ke arah aku. Mereka dilihat bagai merpati dua sejoli, berpegangan tangan dan sedang bergurau senda ketika menghampiri aku dan rakan2. Aku kapannn Ya Allah?? Dari sinar mata dorang, nampak dorang berminat. Ada peluang ni. 

Si lelaki bertanya itu dan ini kepada si penjual. Kawan di kanan aku ditarik keluar dan diletak atas kotak khas berkain baldu. Si lelaki memperagakan kawan aku, muka kawan aku jelas terpancul riak bangga. Kemudian si lelaki tu meletakkan kembali kawan aku ke atas kotak baldu itu dan terpancar sedikit kekecewaan di wajah kawan aku.

Kemudian, si lelaki menunjuk ke arah aku. Si penjual tersenyum luas sambil mengambil aku dari dalam cermin dan menyatakan 'ini design paling latest, paling tahan lasak, ada solar caj'. Aku membuat muka bangga tapi cuba kurangkan supaya tak timbulkan rasa iri di hati kawan2 yang lain. 

Si lelaki mencuba aku dan nampak mukanya lebih berpuas hati. Si lelaki bertanya pendapat si perempuan di sebelahnya. Si perempuan menyatakan bahawa aku lebih handsome dan ringan tapi agak mahal untuk dimiliki. Si lelaki terjeda sekejap, seolah2 memikir baik dan buruknya.

Sementara tunggu si lelaki untuk buat keputusan, aku sempat berzikir untuk aku dipilih sebab aku dah penat nak tayangkan body aku di khalayak ramai, sudah sampai rasanya waktu untuk aku menjadi eksklusif hanya untuk pemilik sebenarku.

Setelah beberapa minit berfikir, si lelaki bersetuju untuk meminang aku. Bukan kepalang gembiranya aku sambil mengucap syukur pada Ilahi (aku Islam hokeyy). Selepas bayaran dibuat, maka selesailah akad dan sahlah aku menjadi hak milik mutlak pemilik baruku.

Aku terus dipakai, dihayunkan ke sana sini dengan penuh bangga, aku pun turut berasa bangga. Aku dibelek sehabis mungkin sampai si perempuan pun merajuk kerana perhatian dah berkurangan terhadapnya. Ada masa si lelaki tak sedar si perempuan memanggilnya kerana begitu asyik dengan kecantikan aku 😒

Oleh yang demikian, aku berazam akan berkhidmat sehabis baik untuk tuan baruku.

Suunto Vertical Solar Titanium

8 comments:

  1. tahniah, telah berjodoh....ahahahaha...

    ReplyDelete
  2. Cheh! ingat berita gembira dah nak bertiga..hehehehe..apa2 tahniah Cik Cuunto (eh! betul ker namanya..kalau salah cakap kat dia sis mintak maaf)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha belum, doakan yee. takpe, dia memang pemaaf jamnya hahahah

      Delete
  3. Hahahaha baguuuus cara mendeskripsikan produknya kak 😄😄👍. Sempat heran sedikit, tapi saya JD paham POV nya dari si produk itu 🤭😄. Jadi terbeli oleh suami lah yaa 😁. Baguuus bentuk jam nya 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah yaa TERbeli hahaha. TQ Kak Fanny

      Delete
  4. Jeles betul dengan orang pandai menulis ni... Huh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah mana ada pandai, merapik je niii

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!