”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

9/09/2024

Panel interview Kerajaan

Lama tak update, alasan biasa: busyyy. Wakakaka. Aku jarang kan cerita pasal kerja dekat sini? Hari ni rasa nak share sikit, kot2 boleh jadi panduan sesiapa yang memerlukan di masa hadapan. 

Last week aku berpeluang jadi panel interview untuk jawatan PMR.

Untuk yang tak tahu, dalam kerajaan, jawatan yang dilantik adalah berdasarkan kelayakan akademik.

PMR/ PT3 = Gred 11

SPM = Gred 19

STPM/ Diploma = Gred 29

Degree = Gred 41

Ni semua adalah gred lantikan. Nak bezakan gred lantikan dengan gred kenaikan pangkat, gred lantikan akan bernombor ganjil manakala gred kenaikan pangkat akan bernombor genap.

Mulai tahun hadapan, takkan ada dah gred lantikan bagi PMR sebab PMR/PT3 pun dah tak wujud. So minimum qualification nak masuk kerajaan lepas ni adalah SPM.

Nak masuk kerajaan sekarang tak sesenang dulu. Dulu lantikan 41 je ada macam2 ujian, sekarang gred 11 pun kena melalui banyak tapisan disebabkan lambakan pemohon.

Tapisan pulak berdasarkan keperluan jawatan. Ada yang perlukan ujian bertulis, ada yang memerlukan ujian psikometrik, ada yang perlukan ujian fizikal, ada yang perlukan ujian memandu, ada yang perlukan BMI normal.

Aku just nak share pandangan aku sebagai panel interview, what we expect from the candidates.

Kebiasannya, interview adalah stage terakhir. Senang cakap interview ni just nak tapis personaliti je sebab yang lain korang dah lulus pun semua tapisan sebelum stage inverview ni.

So, bila datang interview tu:

1. Pakai la kemas2.

1st impression sangat penting ye. Bagi jawatan gred 11/19 datang pakai kemeja, tak pakai tie pun takpe. Pastikan baju bergosok! Rambut disikat rapi. Jawatan 29/41 datang pulak kenalah pakai lounge suite, baru nampak lebih berkarisma nak jadi seorang pegawai.

Ni masuk2 baju obvious sangat baru keluar plastik, bergaris tajam lagi lipatannya. Nak bagitau baju baru beli pun agak2 la haha.

2. Sijil dalam file

Susun sijil dalam clear folder file yang boleh diselak. Janganlah letak dalam envelope. Put some effort. Lagipun file tu boleh pakai sampai mati kot unless terbakar lah.

3. Study

Study sikit berkenaan jawatan yang korang mohon, study sikit latar belakang jabatan/ agensi yang korang mohon, study hal ehwal negeri yang korang mohon, study hal ehwal semasa sikit.

Ni tanya semua jawapannya 'Maaf puan, saya tak tahu', waduhhh2 kok bisa aku bantuinn?

Hari tu aku jadi panel interview untuk jawatan Pengawal Keselamatan. Soalan aku 'Semasa buat rondaan, awak terjumpa ular dalam kawasan bangunan, apa tindakan awak?'

Dengan yakin dia jawab 'Saya lari selamatkan diri dulu'

HAHAHAHAHAHA memang aku tergelak. Aduiii. Walaupun mungkin betul itu tindakan reflect kau semasa kejadian tapi semasa interview bagi la jawapan yang akan meyakinkan panel sikit, contohnya

'Saya akan ambil jarak selamat dan memerhati ular tersebut supaya kalau dia lari pun saya tahu dia ke arah mana dan saya akan telefon APM/ BOMBA untuk bantuan'

Kan sedap sikit dengar, ada la nampak nilai tanggungjawab tu.

Ada setengah tu, kita bantu nak trigger jawapan tapi masih tak boleh jawab. Mungkin nervous pun ye. So kalau tau itu kelemahannya, praktis more sebelum interview, buat mock interview dengan kawan2 ke adik beradik ke.

Panel ni memang nak tolong korang dapat kerja, tapi kalau korang tak tolong diri sendiri how?

4. Eye contact

Make some eye contact with panels. Jangan la asyik tengok kasut tu sampai macam nak tembus ke tingkat bawah. Show some confident but dont over confident. 

Tunjukkan sikap yang kau boleh mendengar arahan tapi dalam masa yang sama tegas dalam menjalankan amanah. Show some of your values, jangan jaja cerita kesian semata sebab kami lantik bukan based on empathy. Kami faham some struggles, we do take that into consideration but that's not the main point.

Kalau jaja cerita kesian je tapi semua jawapan tak boleh nak jawab, how we wanna help? Benda ni kena win2 situation supaya kita sama2 memudahkan kerja masing2 di masa hadapan.

Ramai je time interview cakap gedegang sana sini, sanggup di posting ke mana saja, tup2 bila kita hantar jauh sikit mula buat drama air mata, guna YB kawasan masuk campur hal posting. Hayyaaa.

Ok dah malas nak bebel. Semoga posting ni ada sikit manfaat untuk yang membaca. Sekian. *kemas2 fail, diri, keluar dari bilik sambil flip tudung

8 comments:

  1. nak dapat kerja puan...semua pun sanggup...hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal. kalau ada masalah kita faham, yang saje taknak keluar dari comfort zone ni yg kita tak layan hehe

      Delete
  2. Jangan la eye contact je... nak extra mark kena la kenyit-kenyit.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenyit mata saya terus fail kan *garang haha

      Delete
  3. satu panduan yang berguna sangat ini terutama untuk anak saya nakti...mana tahu ada rezeki dapat rezeki kerja kerajaan

    ReplyDelete
  4. Tips di atas berguna utk semua jenis interview. Penampilan rapi memang buat kesan pertama JD positif kan. Saya tahu di beberapa perusahaan, terlebih startup atau yg berbau teknologi, mereka tak pentingkan penampilan, tp kalo nak kerja di govt atau perusahan yg berfokus pada jasa atau customer service, tampil rapi penting. Saya pun malas kalo nak terima orang yg tak pandai berbusana baik saat interview.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. kita sebenarnya nak tengok effort nak kerja tu sebab ramai je lagi dekat luar sana yang desperate for the work, so takkan kita simply2 nak lantik yang tak serius.

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!