”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

8/23/2024

Takluk: Lahad Datu

Semalam aku dapat jemputan untuk tengok cerita Takluk: Lahad Datu. Jemputan rasmi ye, pergi pun pakai baju batik 😂 Hall tu kecik je, memuatkan 150 orang je kot. Yang ramai datang adalah anggota-anggota PDRM. Ini salah satu program sempena bulan kemerdekaan. Baguslah inisiatif ni, siapa je tak seronok tengok movie free kan? Haha. Serius aku baru tau kewujudan movie ni semalam bila dijemput.

Lepas kahwin aku tak pernah rasanya tengok wayang tanpa Didi, semalam 1st time, sentap kejap member hehe. Bukan sengaja ye, kerjaaa hehe.

Tayangan bermula jam 3 pm. Aku sampai sana jam 1.30 pm. Awal kan? Sebab lapar and bercadang nak grab bagel Jalepeno Coffee Beans, my all time fav. Makan pun dalam kereta je sementara pukul 2pm. Pukul 2pm naik atas sebab ada pendaftaran bagai then mingle around dengan kawan2 yang kenal sebelum masuk hall dalam pukul 2.45pm.

Sebelum tayangan siap ada nyanyi lagu Negaraku dengan lagu Negeri Perak tau. Kau ada? Haha dalam wayang semalam semua jemputan khas, didominasi oleh PDRM ada jugak ATM dan lain2, 90% lelaki dalan 10% je perempuan. Paling best siap dapat air dengan pop corn free sekali. Tapi aku tak makan pop corn sebab tengah diet. Acece.

Tayangan start pukul 3pm habis dalam 5.15pm. Bagi aku cerita tu best! Korang kena tengok. Aku memang suka cerita gitu. Banyak fokus pada pertempuran, memang rasa sakit hati sangat dengan militan ni. Aku bagi 4 bintang. Dengarnya ada sambungan nanti sebab ceritanya memang tergantung and sambungan nanti, pihak tentera pulak akan masuk campur. Tak sabarrr. Harap dijemput lagi untuk tengok movie free. Kekeke.

Habis je tayangan aku niat nak ke Watson beli barang sikit. On the way ke sana terserempak pulak dengan booth Montigo. Huaaaa comelnya warna2 dia. Dalam hati aku terus berkata 'apa kata beli untuk reward diri sendiri?' haha reward sempena apa pun aku tak pasti, alasan semata. Setiap bulan pun ada reward diri sendiri, kadang2 2-3x 😂 Takde achievement pun tapi berpegang pada prinsip 'love yourself first and always' kakaka.

Eh tapi Selasa hari tu I got great news, promotion aku diluluskan dan disahkan. Alhamdulillah. So kita anggap Montigo ni as a reward untuk tu la ye? Kihkihkih. Takde siapa nak reward, kita reward diri sendiri la kan, ape ada hal hahah. Semalam beli, hari ni baru Didi tahu hihi lagi.

Comel kannnn? 400ml je lebih kurang. Kecik, senang nak bawak ke mesyuarat etc. Ambil yang ni sebab ni je ada straw and pemegang. Ada warranty 2 tahun. 💕

Kerja keras lagi Beron supaya sentiasa boleh reward diri sendiri. Lol

8 comments:

  1. Dah tengok dah ok lah ceritanya. Bab memenggal kepala tu scary.

    ReplyDelete
  2. Alah... sikit nau review cerita ni... Bagi la spoiler sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sebab nak suruh pergi tengok sendiri Uncle

      Delete
  3. Oh JD ceritanya ending menggantung Krn akan ada yg kedua ya kak?

    Saya cuma berharap nanti filmnya masuk Netflix lah. Skr nih lagi tonton juga film malbat yg THN lalu ada. Senaaang sangat Krn masuk ke Netflix. Akhirnya saya bisa tonton 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah endingnya tergantung. Kisah tu berdasarkan kisah benar, so yang ni part Polis, next nanti part tentera ambil alih kes tu.

      Netflix Malaysia sama ya dengan Indonesia? Kalau sama, mau suggest Sheriff Narko Integriti. Besttt!

      Delete
  4. Tak rasa nak tengok cerita ni, tapi sis sedang menunggu entry baru dari Puan Beron....hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok la siss, bestt hehe. Mungkin entry baru menjelma bila Takluk 2 keluar haha

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!