”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

10/01/2024

Betong - Pattani - Hatyai

27 September 2024

Perjalanan ke Sempadan Perak - Thailand

Seawal 0545 kami dah keluar rumah. Kami berhenti solat jemaah Subuh di Masjid Kati. Isi minyak RM50 di Petronas Lenggong. Meneruskan perjalanan dan berhenti makan pagi di sebuah kedai makan bersebelahan Masjid Grik.



Kemudian kami terus ke Pengkalan Hulu, isi minyak kasi penuh (+RM21.74). singgah sebentar dekat rumah pakcik aku, dalam 30 minit je, courtesy sebab dah melalui territory dia haha.

Pengkalan Hulu atas bukit, nak ke sana macam ke Cameron Highland

Oh kali ni pergi bawa my parents and adik perempuan aku

Sempadan Perak - Thailand

Dalam 0915 kami sampai ke Imigresen Pengkalan Hulu, Perak, drive thru je cek passport dan terus ke Imigresen & Kastam Betong, Thailand. Sampai sana pergi isi borang2 semua dulu, ada kaunter yang orang ambil upah isi borang. RM25 untuk 1 kereta + 5 passengers.

Dah settle isi borang pergi cop passport and bagi 1 borang dekat imigresen, 1 lagi borang kita simpan. Settle imigresen kita ke kastam pulak. Pastikan bawa geran ori kereta + owner ada sekali, bawa insurans kereta. Dorang akan sediakan 2 borang yang owner kena sign. 1 borang dorang simpan, 1 borang kita WAJIB bagi dekat kastam Thailand masa nak keluar nanti. 


Alhamdulillah proses sangat smooth je, orang pun takde. Kami meneruskan perjalanan menuju ke Pattani. 

Sebenarnya agak makan masa nak ke Hatyai melalui Betong sebab bukan highway. Tapi jalan dekat Thailand sangat cantik and seronok tengok perkampungan di negara lain. Dekat Thailand, kalau jalan rosak, dia korek habis jalan tu dan turap semula, bukan macam kita tampal sana sini. Kat sana takde langsung jalan bertampal dan hampir takde jalan berlubang ye. 

Kedai Makan Santai Budaya, Yala

Dari Betong nak sampai ke sini dalam 93km mengambil masa hampir 2 jam. Kami decide makan dekat sini hasil jumpa video dekat Tiktok haha.

955 baht untuk 5 orang makan. Aku bagi rating untuk rasa 4/5. Portion tak generous sangat. Kedai ni bertemakan Melayu klasik, pelayan boleh berbahasa Melayu. Ada surau dan tandas disediakan. Berbanding Malaysia, tandas-tandas di Thailand memang tak berjaga.

Central Mosque Pattani

Dah kenyang kami meneruskan perjalanan ke Pattani. Kami terus ke Central Mosque Pattani nak solat. Perjalanan 81km, mengambil masa lebih kurang sejam suku. 

Cantik masjidnya tapi sayang tandas dan tempat ambil wudu' tak berjaga

Time kami sampai Pattani tegah sibuk sebab esoknya Raja Siam nak datang sana. Preparation dorang memang tip top. Aku ingat kita dah titp top dah kalau bab raja2 ni tapi compare dengan dorang, dorang punya preparation tu 3x ganda kita kot. Penduduk tempatan bagitau yang esoknya 1 kedai pun tak dibenarkan beroperasi di Pekan Pattani tu dan semua jalan akan ditutup.

Perghh aku buat keputusan yang bijak bila last minute aku tukar plan tak jadi tidur Pattani. Plan asal nak tidur Pattani 1 malam Hatyai 1 malam tapi aku ubah jadi 2 malam di Hatyai dan hanya singgah sekejap di Pattani.

Barang-barang di Pattani lebih murah berbanding di Hatyai. Mak aku ajak datang lagi haha. Adoi Mak aku memborong sepanjang kami kat sana, penuh weh 1 bonet kereta siap ada kena letak kat depan. Membebel Ayah haha.

Pattani Sweet Salt

Sementara nak tunggu night market dia buka, kami melencong ke tempat penghasilan garam di Pattani. Takde apa pun kat sana. 

Adik aku ada beli scrub badan garam kat sana tapi bau kapur barus haha. Aku cakap dekat dia elok la pakai sekali sekala untuk mengingatkan pada kematian haha. Mak aku beli garam untuk masak sikit and garam untuk basuh ikan sikit haha. 

Ikan masin tenggiri. Tak beli pun sebab jauh lagi perjalanan. Harga antara 750 baht - 1150 baht. Mahal ek?

Green Market, Pattani

Kami sampai tepat-tepat time pasar ni baru nak bukak, pukul 1600. Kalau datang sini korang wajib datang night market ni. Makanan semua halal and murah gilaaaa wehh. Ya Allah rasa nak beli semua. Range harga dalam 20baht - 30 baht je semuaa. Gilaa! Memang tak dapat kat tempat lain.

Nasi Padkrapao + telur mata = 25 baht
Maggi goreng + telur mata = 25 baht
Ayam susu = 10 baht
Cucuk2 = 10 baht/ secucuk
Sotong kering 1 lidi panjang = 20 baht

Time aku pergi hari tu RM1 = 7.7 baht lebih kurang. Aku rasa sini murah sebab kawasan perkampungan and sebelah universiti so harga pun harga students la. 

Blue Orchids Hotel, Hatyai

Dah memborong makanan penuh tangan kiri kanan, kami pun menuju ke Hatyai. Perjalanan dalam 111km, mengambil masa dalam 1 jam 30 minit kalau tak jem. Kami bergerak pukul 1700.

Yang aku perasan, langit bumi Thai memang cantik, formation awan-awannya memang menarik. Alhamdulillah sepanjang perjalanan di sana, cuaca sangat bagi kerjasama. 



Sampai je Hatyai jem terus, memula google maps bagi jalan pintas masuk kawasan Universiti Songkhla sekali sampai pagar exit tu dah tutup pun sebab dah senja. Terpaksa keluar balik. Kawasan universiti dorang sangat cantik, dikelilingi banyak pokok dan bangunan semua berkonsepkan modern luxury. Tenang je lalu kawasan universiti tu, dekat Pattani pun ada lalu and berkonsepkan yang sama. 

Kami checked-in dalam pukul 1930. Harga 1 malam RM100 untuk double bed. Parents and adik aku ambil triple beds harga RM110/ malam. Hotel tu agak secluded sikit tapi sebab kami bawa kereta sendiri so takde masalah. Ada parking disediakan, ada gym ada swimming pool. Bilik ok, plug universal, ada water heater. Takde iron, nasib aku bawa sendiri travel iron. Katil keras haha. Aku bagi rate 3.5/5.

Sampai je, mandi, solat, makan bekalan yang tapow tadi and terus lena.What a long journey. Padahal Didi je yang drive sebab dia tak percaya aku drive dekat tempat orang haha. Kali ni aku baik, sepanjang perjalanan tak tidur, teman dia hehe.

Esok and lusa kita sambung di next part. 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!