28 September 2024
Bang Han Restaurant
Pagi ni breakfast dekat sini.
Ok la, boleh la rasa dia. Boleh consider untuk pergi lagi kalau dah takde tempat lain nak cuba. Satay dia sedap. |
Central Mall Hatyai
Ni tempat wajib pergi, kami sampai mall tak bukak lagi haha. Tunggu kejap dalam kereta. Niat nak cari running shoes yang rare. Jumpaa, lawaaaaa tapi takde sizeee. Sedeyyyy. Didi je beli track suit dengan tempat simpan handphone untuk running. Dah settle pergi makan street foods dekat bawah, tu pun sikit2 je makan.
Hatyai Kitchenware
Ni pun 1st time pergi. Mak nak merasa sekali nohhh 1 plastik besar dia bawak keluar. Didi dah tepuk dahi sebab barang plastik kan ranggah, tak boleh nak squeeze, bonet dah nak penuh haha. Murah katanya haha. Pening Didi layan Mak mertua dia sebab mak sendiri jenis tak membeli sangat haha.
Kat sini aku beli sudip2 kayu je, 4 jenis cost me 390 baht.
Bangbao Halal Food
Untuk lunch kami tapow je makan dalam bilik. Kedai ni cousin aku recommend tapi bagi aku masakan dia sangatlah biasa and agak mahal. Aku order nasi 2, daging masak merah 1, ayam paprik 1 = 250 baht, portion pun sikit. Kalau kat Malaysia bawah RM20 boleh dapat dah. So not coming here again.
Dah kenyang kami pun rehat/ tidur dalam bilik. Tak ke mana pun dah. Petang Didi gigih pergi jogging. Aku tak join sebab dari Khamis aku dah demam sebenarnya tapi on off. Batuk and selsema on sepanjang masa, ada masa suara pun takde.
Ayutthaya Noodle Halal
Malam tu kami makan kat sini. On the way hujan lebat. Tu je la sekali hujan sepanjang kami kat sana. Order kotiau goreng, nasi goreng sotong, maggi celup, tomyam, telur dadar + udang, nasi putih 2 dengan kos 623 baht.
Jangan pergi! Tak berbaloiii. Portion sikit and tak sedappp.
Time ni ada drama sikit, aku nak bayar tengok wallet takdeee. Nasib baik boleh guna QR Pay. Oh sekarang dekat Thailand senang, hampir semua tempat accept QR Pay. Boleh guna TnG or MAE. Exchange rate pun not bad, lebih kurang je dengan convert kat luar. Cuma kalau TnG ada servis caj sikit.
Ayah aku dah merunsing, dia suruh balik hotel cepat2 nak cek wallet aku. Aku relax je, macam biasa walaupun dalam tu ada 2500 baht lagi dengan kad wise huahuahua. Sesampai je hotel dia terus suruh masuk bilik cek and Alhamdulillah adaa 😁
Kali ni memang kami langsung tak ke night market sebab takde apa nak cari.
29 September 2024
Dimsum Chabura Hatyai
0730 kami dah checked out and terus breakfast dekat sini. Orang ramai tapi servis laju. Order roti bakar, roti canai, maggi goreng, sup daging, daging bakar, nasi putih 2, gyoza goreng, pau salted eggs 2, and beberapa jenis dimsum with total cost of 1253 baht.
Berbaloi, sedappp, boleh repeat.
Kim Yong Market
Last pit stop sebelum balik keluar dari Hatyai. Beli pistachio, 500g 230 baht. Memang beli kat kedai tepi2 je sebab Didi and Ayah tak keluar, dorang tunggu tepi jalan dalam kereta. Ayah demam, sian dia.
Sesak kat situ. Tak sampai 15 minit kat sana then terus menuju ke Dannok.
Sepanjang kat sana entah berapa kali kami singgah the legendary 7e dia, entah berapa ratus habis kat 7e je. Kan heaven kalau 7e Malaysia macam tuuu. Dah la murah, banyak barang best2 pulak tuu.
Dannok
Kat sini just singgah beli beras siam sebelum menuju ke border Bukit Kayu Hitam. Sorang entitled beli 5kg beras tapi kami beli 11kg je. Memula ingat nak makan lunch kat sini tapi kenyang sangat lagi.
Border Dannok - Bukit Kayu Hitam
Alhamdulillah rezeki pergi kali ni dekat border takde orangg wehh. Smooth jeeee proses. Dekat imigresen Thailand kena bayar 25 baht. Dekat kastam jangan lupa pulangkan borang kastam kereta tu kalau tak dia declare kereta kita masih dalam Thailand and kena denda 1000baht sehari.
Dekat Imigresen Malaysia pun smooth. Dekat kastam Didi kena banyak soal sikit sebab bonet penuh gila sampai pegawai kastam tanya pergi berapa hari haahaha.Memula dia suruh bongkar then Didi cakap mau seminggu kena berkampung kat situ then dia suruh jalan je haha.
Dah masuk Malaysia paling lega. Lagi lega tak payah isi minyak kereta dekat Thai, mahal oi. Kitorang isi minyak dekat Petronas Changlun. Total minyak sepanjang perjalanan dalam RM100 je. Jimat kann? Hihi
Kami singgah RnR Gurun untuk solat. Sepanjang perjalanan dari Penang ke Perak hujan lebat. Alhamdulillah sampai rumah mak pukul 1700.
Alhamdulillah dipermudahkan segalanya. Dah makin tua ni makin berat nak ambil gambar nak ambil video lepas tu time nak update untuk kenangan menyesal sebab takde sumber haha.
Sekian, untill next life update.
Oh, pakai kad wise tu eh? Uncle nyesal tak apply tu masa kat bangkok hari tu. Gugel cakap kita punya touch & go dah cukup power... sampai sana susah jugak. Bukan semua terima.
ReplyDeleterm 100 untuk petrol? Weaw!
aah, apply Uncle, rate dia okayy. Eh pelik pulak Bangkok ada masalah dengan TnG sebab Hatyai majoriti tempat memang boleh guna.
DeleteHehe wow kan. Perks guna kereta cc rendah walaupun tak berapa power.
pandai Didi jawab..naseb peg tu layankan je...
ReplyDeletesup tu nampak sedap betul
Hehe tu la rezeki Allah permudahkan.
DeleteSup tu sedap cumanya kuat rasa lada hitam bagi yang tak suka lada hitam mungkin tak berapa suka. Sebab bila kt Thai kita expect sup akan masam2 kan hehe
Saya envy, kalo di sana bisa beli barang2 Thailand Karena bawa mobil sendiri. Saya nak beli beras dll, tak mungkin, dah penuh bagasi pesawat 🤣🤣🤣.
ReplyDeleteDimsum chaburi itu legend sangat nampaknya. Banyak yg cerita sedap, termasuk kak Retna waktu itu tulis juga di blog.
haha beli beras naik pesawat nanti harga luggage lagi jadi mahal dari harga tiketnya haha.
DeleteKalau ke sana nanti, wajib try Dimsum Chaburi. Walaupun ramai orang tapi servisnya pantass.
Makanan kat Thailand ni memang sedap la. Berselera makan kat sana ya.....lama tak pergi sana.
ReplyDeleteHehe ye, sedap tapi dah tak semurah dulu :(
DeleteDulu ok harganya....sekarang ni sebab orang kita ramai ke sana agaknya dia naikkan harga....
DeleteYe betul, bila banyak demand berani la dorang
DeleteSaya follow sini :)
ReplyDeleteTerima kasih sudi follow :)
Delete