Adoi dah berminggu pergi baru nak update haha. Sorry hakak sangat busy lately a.k.a buat2 busy sampai Didi bising bila dia bukak page ni aku tak update apa2. Yeee dialah pembaca setia blogku, peminat kipas susah mati aku and yee aku update ni semata-mata untuk dia walapun apa yang aku update ni dia dah tau dah pun coz he was with me all the time! Haha. Very clingy that one hehe.
11 Oktober 2024
Macam biasa tahunn ni kami ambil cuti memang untuk berkhemah je. Aku sebenarnya dah lupa kronologi kehidpuan aku time tu, kita update sikit2 je la eh buat ghaso-ghaso, janji ada glimpse of memory here kalau tak nanti aku lupa haha.
Lepas Subuh kami siap2 terus gerak, singgah Mid Valley makan nasi ulam dekat Sepiring. Perut lapar, sedap gilaaa la. Oh baru teringat ke sana sebab nak tukar duit juga. Nak ke mana pulak tuu? Nanti cerita kat entri lain.
Dah kenyang teruskan perjalanan ke campsite. Jalan sampai ke sana memang cantik je. Masuk2 memang rasa best sangat suasana kat sana. Kami ambil private campsite, boleh muat 2-3 khemah, ada gazebo yang sangat besar, ada plug points, ada private toilet (paling heavennn), ada private car parks.
Campsite paling best setakat ni. RM240/ night. Berbaloii. Direct access to river and menapak dalam 75m ke pool.
Campsite ni macam cafe viral jugak, memanjang penuh, kami booking dari sebelum raya rasanya. Berbaloiii!
Petang tu terus terjun pool. Malam tu bakar kambing dengan masak nasi goreng kampung. Lepas tu main kad. Hujan tapi tak lebat sangat. Sejukkk tidur.
12 Oktober 2024
Bangun pagi aku sediakan english breakfast (sebab paling senang) haha. Buat scrambled eggs, french toast, goreng sosej + nugget, baked beans and mushroom soup. Kenyanggg Alhamdulillah. Lepas tu mandi sungai, Didi set up hammock and dia bantai tidur sejam jugak dalam tu. Mana tak lena, duduk tepi sungai dengan cuaca redup2 lepas hujan, memang A la nak mengerohh.
Lunch kawan aku masakkan paes patin tempoyak dengan sambal kentang bilis, sedappp. Petang pulak kami makan nugget dengan cekodok pisang. Mandi sungai and pool on repeat.
Tengah kami main kad kawan kami yang duduk dekat Cyber datang melawat. Patutnya dia join tapi sebab tetiba ada baby 3 months, tak jadi join. Kami pun melepak, bersembang sampai la pukul 8pm kawan aku tu nak balik dah. Time tu hujan, agak lebat. Kami suruh balik cepat sebab risaukan ada baby kat tempat2 gitu.
10 minit lepas dia gerak tengok eh patah balik? Rupanya tak boleh keluar wehhhh sebab air naikk. Campsite kami berbukit sikit so nak keluar kena lalu titi, ha kat situ tak boleh lalu sebab titi dah hapuss. Ayyokk.
Sian dorang dengan tak bawa apa barang pun. Kami pun sambung lepak dalam khemah. Alhamdulillah dalam pukul 11pm air dah surut and dorang pun selamat pulang.
13 Oktober 2024
Esoknya lepas Subuh aku dengan Didi dah bersiap bungkus khemah semua. Dalam pukul 9 kami gerak keluar, kawan aku stay lama sikit. Kami pergi dobi baju2 dulu, pergi breakfast and pergi Mitsui sebelum Didi hantar aku ke KLIA.
Aku dumb semua gambar kat bawah ni la eh, kalau nak tengok video, klik sini hehe
Cantik kan lampu unicorn aku? Hehe |
Swimming pool |
Pasang 1 hammock kat gazebo. Tandas bercantum dengan gazebo. |
Parking sebelah khemah so tak semua barang kami bawa turun, ada yang ambil dekat bonet je bila nak guna. Senang kan? |
akak pun peminat jugak...akak pun tertunggu2 entry terbaru....hiks...
ReplyDeleteAlamak malu kita hihi. TQ sudi baca kita merepek haha
DeleteKita pun peminat juga..
ReplyDeletehihi TQ anon
Deletebila masa pula akak jadi anon..rupanya tak tekan google akaun..hehehehe
Deletehihi saya baru ingat apa peminat misteri haha
DeleteSaya beberapa kali balik ke blog kak nad. Hari ini happy lihat ada 2 cerita baru 💃💃😄.
ReplyDeleteSerunyaaa camping 😍😍. Masih belum kesampaian saya nak camping ini. Adaaa aja yg buat batal.
Camping di saat hujan, macam ngeri2 tapi menarik 😄. Seram kalo tanda sampai roboh kak 😅. Best memang kalo dapat parking Deket dengan tenda. Tak payah keluarkan semua barang
Hehe kak fanny cuba la camping di sana, boleh share pengalaman. Saya tengok di indonesia, ramai Malaysians akan camping di atas gunung tapi hanya bawa diri, makanan dan kelengkapan khemah lain agen akan uruskan. Bagus bangett, cuma sediakan ongkosnya haha.
Delete1. Signage Rumah Kebun tu dia guna font ITC Bradley Hand Bold.
ReplyDelete2. Bunyi macam aktiviti makan lagi banyak dari yg lain?
1. Wow adakah uncle hafal semua jenis tulisann?
Delete2. Haha betul Uncle, hiduplah untuk makan! *angkat sepanduk hahaha