”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

10/07/2024

Ayah's Family Day

Weekend lepas kami buat Family Day. Buat dekat2 je, tak boleh nak jama' pun haha. Kami sewa 1 kawasan dekat Air Kuning, Taiping. Saje seronok2 berkumpul, masak sama2 (emak2 je haha), habiskan semua masakan mak2 (tak sempat sejuk haha), bersukaneka, mandi kolam, berkaraoke.

Ayah ada 12 beradik tapi yang ada rezeki berkumpul 6 beradik je yang lain ada hal masing2. Yang 6 keluarga pun kecoh dah, kalau semua ada mau kami kena halau dari kampung tu. 

Kawasan chalet tu paling hujung dekat dengan kawasan kepala sawit. Hampir sepanjang masa hujan tapi tak mengganggu aktiviti kami sebab ada satu tempat makan2 disediakan. Bebudak pulak tak kisah hujan ke tak, tetap berkubang dalam kolam, bibir dah nak biru baru naik.

Sampai petang tu Mak aku masakkan asam laksa, ada yang goreng nugget, ada yang belikan satay. Malam kami makan sardin dengan ayam goreng. Breakfast pulak ada nasi goreng, ayam goreng, nasi lemak, fries. Ke laut lah dietku haha.

Setiap keluarga kena pilih 1 warna dan kena pakai baju ikut tema and sediakan hadiah bernilai RM30 mengikut tema warna jugak. Keluarga aku bertemakan warna coklat.

Malam tu kami main sukaneka dan tukar2 hadiah, memang meriah. Sebab kawasan tu hujung kampung kami pun berkaroake sampai 1 pagi haha. Didi pun bukan main berkaroake, makcik aku panggil dia artis, bangga la tu 😏

Hari Ahad kami checked out dalam pukul 1230, sempat ber OOTD tepi kolam and macam biasa yang perempuan je kecoh, family aku yang laki memang tak suka bergambar 😒 nak ajak bergambar macam nak ajak bergaduh, so lantak kome haha. 

Rupanya ada kejadian yang kami tak tahu, ada sorang ahli keluarga kami ternampak 'sesuatu' dekat sungai tepi chalet tu. Ahli keluarga kami yang tu memang ada 'kelebihan' sikit. Alhamdulillah 'benda' tu tak kacau kami yang lain atau baby-baby yang ada. 

So kesimpulannya, nak ke tempat macam tu, beringatlah, jangan hingke (seronok) sangat. Kami memang lupa diri, dah masuk maghrib pun main lagi and berkaraoke sampai pagi buta. Huhu.

Chalet tu best je, ada beberapa jenis bilik. Kami ramai so memang sewa 1 kawasan. Ada 2 swimming pool yang tak besar mana tapi boleh la. Family aku ambil bilik studio, 1 queen bed 1 single bed. Tuala disediakan. Persekitaran bersih.

13 comments:

  1. Aiseh.. Baru nak tanya spot kat mana Air Kuning tu, sebab rumah MIL dekat Kamunting je...
    Terus tak jadi... Hahaha.. Seram pulak titew...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe benda tu kat mana2 ada tapi sebab kita tak nampak je. Tempat tu okay, we had fun and kami yg muda2 ni tau cerita pun bila dah balik rumah hehe

      Delete
    2. yup..betl tu, benda tu ad aje kat mana2...hihihi

      Delete
  2. Total of DOBLAS? Wow! Bayangkan kalau semua hadir... memang lumayan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha memang gegak gempitaa kalau semua ada. Cuma kalau bercuti kat luar memang takkan cukup korum sebab sorang pakcik saya OKU, so dia akan tinggal and akan ada 1-2 beradik gilir2 jaga dia.

      Delete
  3. Nasib baik 'benda' tu tak kacau ya....seram juga tu.

    ReplyDelete
  4. Cantik nampak kolamnya. Seronok berkumpul ramai2, lain kali kena selit aktiviti solat berjemaah baru lari lintang pukang 'benda' tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok kolamnya untuk budak2, menarik. Betul juga idea tuu. TQ

      Delete
  5. Jumlah saudara ayah sama dengan mama saya nih. Mama saya anak bungsu dari 12 saudara 😄. Kadang terpikir macam mana orang dulu bisa kuat sangat mempunyai anak sampai belasan yaa.

    Tempat2 manapun biasanya memang ada penunggu, tergantung baik atau tak 🤭. Bersyukur saya tak ada kemampuan macam itu. Tapi dulu saya punya asisten yg bisa melihat.

    Kecoh rumah dibuat dia, pas baru masuk rumah saya, lalu melihat Macam2 🤣🤣🤣. Di kamar mandi lah, di lantai 2, di ruangan membasuh pakaian 😂😂.

    Saya yang tadinya memang tak tahu apa2, sejak dia cerita siapa saja makhluk yg menumpang di rumah saya, langsung takut 😅. Tapi dipikir2, selama ini pun mereka tak pernah ganggu. Jadi ya sudahlah. Biarkan saja 🤭😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kan, mesti meriah kalau semua berkumpul.

      Ye betul, benda tu hidup sekali dengan kita cuma ya untung hijab kita tidak terbuka, kalau terbuka tak aman hidup rasanya.

      Delete
  6. Ermmm, sebab tu la belum tergerak hati lagi nak camping bermalam. Sebab seramm. Hihihi. Lagi ada anak kecik kan. Tunggu Sofea besar sikit la nampaknya 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah betul, elok tunggu bebudak besar sikit. Kawan saya anak umur 2 tahun dia start bawak, ALhamdulillah so far okay

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!