We're approaching towards the end of the year, cepat kan masa berlalu? Makin hujung tahun ni makin sibuk pulak hidup aku. Marilah kita update sikit2 buat kenangan di hari tua.
16/12/24
Unit lama aku buat farewell party untuk aku. Alhamdulillah makanan sedap2, dapat hadiah mahal pulak tu. Alahai, segan saya.
Tercekik aku bila google harganya haha |
Ni pun sama. Alahai rezeki jumpa orang baik2 dalam hidup |
Terharu gila bila dapat hadiah sebab memang jarang dapat hadiah, sekali dapat nohhh semua hat premium. Alhamdulillahhhh.
Hari ni memang hari bertuah, helmet baru pun sampai hari yang sama hehe.
Handsome tak? Hehe |
Petang ni aku dengan Didi ride ke Kamunting nak uruskan hal motor lama. Dah 2x ke Taiping naik motor, dua2 kali hujan lebat hahaha dankeee. Kuyuppp tapi we just enjoy every moment hehe.
😂 |
18 - 20/12/24
Aku ada meeting di Double Tree Hilton, Manjung. Aku 1st time ke sana and tak sangka hotelnya masuk ke dalam dengan jalan bersimpang siur dan berbukit. Siapa duduk hotel tu memang sekali masuk tak keluar-keluar dah aku rasa selain time check out sebab jauh dari semua benda. So pergi sana better ambil pakej makan seharian terus.
Hotelnya cantik tapi bangunannya pening bersimpang siur. 2x aku sesat nak cari dining hall dengan meeting room haha. Makanan sedap, pemilihan makanan ok la tapi sebab namanya Hilton, I expect more but ok laaa haha.
Another downside is hotel tu banyak lalat haha. Ni bukan salah hotel tapi salah kawasan sekeliling yang ada ladang ayam and ladang kelapa sawit yang guna baja tahi ayam hoho. Kau pernah pergi hotel yang sediakan pemukul lalat dalam bilik? Haha
Environment memang superb, dikelilingi laut.
Penuh dengan krismas deco |
21/12/24
Pagi ni kami ride ke arah rumah Mama sebab nak balik kejap tengok Mama, katanya kaki sakit susah nak berjalan.
Sebelum sampai singgah makan tengah hari and belikan Mama bubur. Lepas lunch boleh pulak hujan lebat haha, so kami lepak kejap dekat kedai makan tu sementara tunggu hujan reda sebelum terus ke rumah Mama.
Nampak Mama tak berapa larat, Didi urutkan kaki Mama and belikan knee support untuk Mama, harap Mama cepat sembuh.
Sebelum balik sempat makan kat kedai Mama sebelum gerak. Kami masuk WCE, lalu Kg Seberang Perak and tembus dekat Bota untuk balik ke Ipoh. Haha takde kerja kan? On the way tu lalu tempat cantik sawah padi, berhenti kejap layan view.
Ride ni best bila santai2 je. Nampak view lawa berhenti, rasa bosan berhenti makan, rasa lenguh berhenti rehat haha.
Bismillah. Bosan bila ride ni tak boleh sembang, nasib Didi dah order Bluetooth intercom. Tak sabar nak melalak sampai Didi stress haha. |
Kedai popular orang beli bubur di Perak. Di Titi Gantong. |
Berhenti layan view |
Alhamdulillah 730pm sampai rumah. Lepas Maghrib terus gerak balik rumah Mak pulak.
22/12/24
Hari ni ada Family Day office dekat Bukit Merah Laketown Resort. Baru masuk dah join family day siap dapat manis2, tuala dengan RM50. Ahli lama lagi lumayan manis2 nya hehe Alhamdulillah rezeki. Office baru ni punya cabutan bertuah bukan kaleng2 ye, hadiah semua ratus2, grand prize siap emas tapi seperti biasa nama aku jarang2 lah tercabut untuk bertuah ni hahaha.
Orang punya ramai sampai aku dengan Didi tak dapat sewa pelampung. So kami main dalam pool besar je. Sebab ramai sangat orang and panas kami decide balik awal. Pukul 1pm kami chow dah. Katil di rumah memanggil-manggil haha. Sebelum balik sempat makan nasi ayam yang urus setia sediakan.
Nasi ayam tak berbau begitu juga dengan malang haha. Rupanya nasi ayam tu ada yang tak elok, tak pasti ayamnya ke or nasi je dan bab bertuah aku jarang kena tapi bab food poisoning aku lah juara! Hahaha. Half yang pergi tu kena diarrhea, ceritanya hari Isnin tu ramailah MC. Aduhh kesian. Aku ambil EL je malas keluar. Haihhh tragedi hujung tahun betul haha.
Malas nak ke klinik, kita makan je lah ubat yang ada dekat rumah. Alhamdulillah hari ni dah ok. |
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!