Jumaat lepas aku dengan Didi cuti, nak pergi merisik sesuatu untuk Didi dekat Gurun, Kedah. Sesuatu yee bukan seseorang. Haippp! Biasaaa diaaa tuuu!
Kami gerak dalam pukul 9am, janji dengan orang tu sebelum pukul 12pm. Terus shoot ke sana je, singgah Shell RnR Alor Pongsu beli ayam korea, sedappp. Tempat wajib kami singgah kalau ke utara, dulu dia jual ayam goreng pun sedap, sekarang ayam korea.
Dekat Tol Sungai Dua ada accident, meninggal, myvi. Eh bukan myvi yang meninggal, pemandu yang meninggal. Myvi total lost. Ada masuk berita malam tu, muda lagi budaknya, baru dapat lesen huhu. Innalillah.
Sampai sana belek punya belek, sembang punya sembang, tawar menawar wang hantaran, deal's on. Tapi kena datang esoknya pulak sebab hari Jumaat Kedah cuti so kedai pun banyak tutup.
Kami tak decide pun nak tidur sana, sebenarnya terlupa yang Kedah cuti Jumaat hehe. So sebab last minute, kami book hotel Oyo je dekat Sungai Petani. Waktu awal lagi so bagi membuang masa, kami ke Sunway Carnival Mall, jalan-jalan cuci mata. Kat sana just makan waffle + aiskrim inside scoop. Sedapp.
Lepas tu patah balik ke SP nak check in. Bilik dia okay la untuk harga RM80/malam. Ada lif bilik bersih semua, so ok la tu nak tidur je. Petang tu kami jogging pusing pusat bandar SP, dapat la 5km.
On the way balik hotel terjumpa food court, terus berhenti makan sebab memang tak makan proper lagi dari pagi. Order Nasi Goreng Ayam dengan sup campur. Tak kena dengan selera aku, manisss.
Didi cakap kalau nak makan tempat lain, malam keluar lagi sebab tu dikira lunch hehe. Tapi dah makan pun dekat pukul 7pm memang tak dah la nak keluar, perut masih kenyang.
So malam tu kami rehat je dekat bilik. Didi tak boleh lena sebab tak sabar nak tunggu tibanya hari esok 😝
Pagi esok dalam pukul 9am kami dah checked out dan menuju ke Gurun. Dah sampai, settle wang hantaran, sijil dan documentation bagai maka berpindahlah hak milik kepada Didi. Suka la tewww, salah satu impian jadi kenyataan. Senyum sampai pungkoq hahaha.
Then kami decide nak ke Pendang makan bihun sup utaghaa. Surrr. Memula nak order nasi sekali orang kedai tertinggal nasi dekat rumah hahaha boleh eh gitu? Didi cakap, mintak kat jiran tak boleh? Hahaha. Takde rezeki kami nak makan nasi dengan sup urat ketingg. Hmm dapnyaaa.
Dah kenyang kami gerak balik rumah. Didi nak simpan harta karun dia, taknak tunjuk kat Mama lagi takut kena marah ahahha tau takut. Kami singgah RnR Gunung Semanggol untuk solat then terus shoot ke rumah. Alhamdulillah sampai rumah dalam pukul 3pm.
Kami terus gerak balik rumah Mama. Aku dah 3 bulan tak balik rumah Mama, harap Mama ingat lagi muka menantu dia ni hahaha.
Lama tak balik sampai naik la benda ni haha |
Sampai Ayer Tawar terus pergi makan kat kedai Mama, menu biasa, nasi goreng daging + ayam gorengg. Lamanya tak rasa. Lepas tu sembang-sembang dengan Mama, Didi slow-slow bagitau apa dia beli and of course kena bebel. Kena bebel gitu je lah, anak kesayangan kan, dengar je lah kena bebel haha. Konon nak rahsia tapi budak tu mana reti berahsia dengan Mama 😂
Kedai Mama berhadapan dengan Klinik Kesihatan, time kami sampai Mama cerita kawan dia jatuh and ada ambulans nak bawak pergi Hospital. Kemudian Abah balik cakap tak jadi ke hospital sebab dah sedar. Kawan Mama tu order bihun goreng and tea o ais. Dah siap Abah pergi hantar.
Dalam 15minit lepas Abah hantar tetiba ada orang datang kedai cakap kawan Mama tu dah meninggal. Semua yang kat kedai terkejut sebab kan baru lepas sedar, siap order makan maksudnya ok lah. Budak tu cakap sempat dia jamah sesuap bihun tu sebelum kena attack balik. Dorang buat CPR tapi tak berjaya. Allahu. Innalillah.
Esoknya dalam pukul 11am kami dah balik rumah. Didi dah rindu gefren baru dia 😏 Sampai rumah, basuh kain, solat semua Didi ajak keluar. Aku decide nak ke Taiping makan yong tau fuu. Dalam pukul 3pm kami gerak. Dekat PLUS Kuala Kangsar - Changkat Jering lagi sekali kami bertembung dengan motor yang kemalangan, meninggal jugak. Tiga hari berturut turut nampak orang meninggal. Semoga roh mereka semua dicucuri rahmat. Ameen.
Gatal pergi raintown time musim-musim hujan ni, sampai je Taiping hujan lebat, kami berteduh dekat Masjid sampai Asar. Lepas solat jemaah Asar hujan pun dah renyai kami pergi makan. Habis makan terus shoot ke Aeon Kinta City, Ipoh pulak aku nak beli barang sikit.
On the way balik hujan selebatnya, kuyupppp! Hahaha padan muka.
Mesti korang dah agak kan Didi beli apa?
Nak tengok?
Ok pejam mata sebelah dulu hahaha.
Ok boleh buka dua-dua mata .....
Taraaa!!
Ye dia beli motor idaman. Upgrade dari ADV160 ke XADV 750 V1. Memang puas hati dia cakap sebab owner lama dah make up cun-cun. Dah tak payah nak buat apa dah, kata kooo. We'll see 😏 |
So balik dari Gurun dia bawak motor, aku bawak kereta. Kitorang siap singgah Benelli Penang konon aku nak beli scooter buat jalan santai-santai tapi fikir balik malas la, bukan selalu pakai pun. |
Nak cantikkan cerita, malam sebelum kami ke Kedah tu, motor ni pun terjual. Kawan Didi beli. |
Sekarang dia sibuk nak beli helmet la intercom la jaket la gloves la 😒 Semoga Didi dan aku sentiasa dilindungi dan selamat sepanjang kami ride bersama-sama nanti. Ni dah banyak tempat berangan nak pergi, entah jadi ke tak hahaha. Jangan jadi macam motor lama dah, terperuk je dalam rumah. Alhamdulillah atas pinjaman ini Ya Rabb, semoga membawa keberkatan.
seronok tu dapat idaman kalbu...
ReplyDeletelama jugak tak lalu ayer tawar setelah hgwah WCE siap...
Hehe Alhamdulillah.
DeleteKe mana tu lalu ayer tawar? Hehe
Akak dah agak dah bab tukar nama dan semua documentation tu akak dah tau ni mesti beli motor...cantik la...nasib la cik abg akak tu x reti bawak moto...kalau tak...nak gak peluk2 ronda JJCM kan
ReplyDeleteHehe Tq Kak. Takpe kak, dalam kete boleh pegang2 tangann hehe. Naik motor kena banyak pit stop luruskan pinggang haha
Delete