”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

4/07/2025

Aidilfitri 1446H

Cerita Ramadan dah settle sekarang jom cerita pasal Syawal pulak. Setelah 5 tahun pindah Perak, ni pertama kali raya aku tak payah kerja on 1st Syawal, Alhamdulillah hehe. So tahun ni berkesempatan beraya dekat rumah Mama, selama ni aku raya dekat rumah Mak sebab jarak yang lebih dekat nak ke tempat kerja.

Malam raya Mama dah siap masak Rendang daging yang marvellouss! Sebelum tidur aku sempat gosokkan semua baju raya kami untuk pakai di esok hari. Kan sunat pagi raya pakai pakaian yang cantik2 dan berwangi-wangian tapi tidak berlebihan.

Lepas Subuh terus mandi sunat hari raya then bersiap. Sebelum solat raya sempatlah menjamah sesenduk nasi dengan rendang Mama. Makan sebelum solat hari raya pun sunnah. 

lemang yang aku kerjakan semalam pair dengan rendang daging Mama 🤤
Comel tak kami? 😍

Kemudian kami gerak ke masjid untuk solat hari raya. Habis solat kami bersalaman dengan jemaah yang lain, ada 3-4 orang kawan Mama yang 1st time jumpa aku puji aku 'cantik menantu Mama' hihi terpaksa tahan bangga sebab takut kain koyak hahahah. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Masuk kereta cerita dekat Didi, nampak la muka dia tak puas hati haha elehh orang puji bini patutnya bangga haha.

Macam biasa tiap kali raya mesti Mama suruh aku pakai gelang dia. Jadilah mami jarum jap haha

Lepas tu kami terus ziarah kubur arwah tok Didi yang aku tak sempat jumpa. Lepas tu kami beraya di rumah opah Didi, makan mee kari. Dah kenyang aku ajak Didi photoshoot dengan Mama and Abah sekali dalam kebun sawit belakang rumah opah.

at Didi's Opah

Al fatihah Atok

Settle semua kami pun gerak dari rumah opah pergi beraya rumah opah saudara Didi. Opah tu ada datang time kami nikah dulu tapi aku tak perasan, dia tegur 'eh dulu macam besar sikit, sekarang dah makin kecikk'. Opah, sebenarnya dulu saya lagi kecik dari sekarang haha So aku anggap la aku memang makin kurus walaupun hakikatnya aku je yang tau *jeling penimbang.

Kemudian balik rumah, tidur haha. Eid nap is the best nap everrr.

Sempat pekena air fav sebelum sampai rumah. 

Petang tu aku balik Kuale tapi sempat singgah rumah Opah aku  untuk beraya. Tujuan utama adalah nak makan laksa haha.

Dah kenyang balik rumah Mak pulak. Tahun ni takde gambar raya dengan family aku yang proper pakai baju raya sebab time aku sampai dah malam, semua dah tukar pakai baju tidur. Haha. Aku pergi la salam raya dengan Mak and Ayah pakai baju tidur haha.

Alhamdulillah kampung dekat2, boleh beraya hari pertama dengan dua2 side.

Esoknya macam biasa, rumah aku akan diserbu oleh sepupu2 Ayah. Dari pukul 11am-6pm orang datang tak berhenti. Sebab tu tanah pusaka, adik beradik ayah pun semua berkumpul kat situ, hari tu jugak adik  beradik Mak datang beraya. Memang begitulah lazimnya setiap tahun. Penattt! Tapi happy. Bila semua dah balik rindu sangat suasana tu yang hanya dapat setahun sekali.

Sian Mak hari kedua memang dia masak dari pagi ke petang. Orang taknak masakan orang lain, nak Mak yang masak jugak. Aku tolong bab kemas je lah.

The Legendary Daging Malbari by my Mom 💖

Hari ketiga kami beraya dekat rumah abang sulung Ayah di Pengkalan Hulu. Pakcik aku masakkan sup ekor, talipia 3 rasa, ayam masak black pepper ya Allah marvellous gila sebab dah jemu makan rendang. Oh tahun ni tak merasa rendang campur Mak yang legendary, Mak ada simpan untuk aku tapi dah basi pulak. Huaa sedih takde rezeki.

Balik dari Pengkalan Hulu kami terus ke rumah Opah aku sebab semalamnya Opah aku jatuhh. Aduhhaii orang tua tu memang tak reti duduk diam. Umur dah 85, gigih lagi nak buat kerja berat. Time kejadian dia nak angkat tray2 yang berat nak simpan dalam almari, sekali tersadung kakinya dekat bendul dapur. Bengkak lutut, dahi and mata, besar pulak tu. Makcik aku cakap time jatuh tu bunyinya macam guruh, kuat betul. Allahu. Terus makcik aku bawak ke klinik. Opah, opah. Alhamdulillah she's getting better now.

Hari Jumaat sepatutnya Abah dengan Mama nak singgah beraya rumah Mak sambil nak hantar sup daging. Abah dengan Mama baru balik kenduri dari Kedah and tau menantunya suka sup daging, gigih nak hantar. Aku tak bagi sebab tau penat layan jem, malam pulak tu, Abah matanya bukan nampak sangat.

Tup tup memang takde rezeki hari tu, Abah terlepas simpang nak masuk tol Kuale. Aku cakap takpelah, takde rezeki. Aku suruh balik terus je, Abah cakap Mama dah merajuk sebab tak sampai hajatnya nak bagi aku makan sup tu. Haha alolo takpe, tu namanya takde rezeki.

Tengok esoknya Abah dengan Mama sampai jugak rumah Mak bawak sup daging siap Mama buat air asam baru sebab yang ambil dekat kenduri dah basi. Huaaa I love my parents in law so much (mesti ada orang jeles sebab Mama sayang aku lebih dari dia 😝 syian dia dah tak berapa jadi yang tunggal haha) Sanggup tu datang jauh-jauh semata nak bagi menantu hantu ni makan sup daging haha. Kebetulan hari tu Mak pun ada masak laksa, favourite Mama.

Ya Allah memang sedap gila weh sup daging tu cecah air asam. 2x aku tambah. Mama bawak banyakk pulak tu, habis 1 family aku dapat makan, semua cakap sedapp sangat sebab daging fresh. Daging kobauuu. Teringat sampai sekarang nikmatnya. Alhamdulillah. Kalau Allah dah cakap itu rezekinya, akan dapat jugak samada cepat atau lambat je.

So tu jelah rasanya raya aku tahun ni. Hari Ahad adalah hari mengenang nasib yang Isnin dah nak start kerja balik, life resume as usual. Sedihhhhh. Rindu semuaaa. Rindu vibes Ramadan, vibes malam raya, vibes hari raya pertama-ketiga. Lambat lagi nak Ramadan balik. Semoga semuanya baik2 je untuk kita bertemu lagi di Ramadan dan Syawal yang akan datangg. InshAllah. Ameen.

Semalam Mak masak mee kari + sambal kerang. Sedappp gila!

Ni pun semalam. Kuah kacang + daging dengan sambal tumis ikan bilis yang digoreng. Kalau ikut nafsu rasa nak makan 20x. Sedapp sangat semua masakan Mak. Approved by all people, not only me. hehe

Leba-Run

10 comments:

  1. salam Aidilfitri sis Nadia..
    mak masak memang sedap...linda pun berleba-run atas jalan raya je..
    dari taiping - sabak bernam, naseb dah ada WCE sekarang, jimat sikit masa, kalau dulu kena lalu trong, segari, pantai remis, berchenta betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe WCE memang penyelamat, biar mahal sikit tolnya janji fikiran aman hehe. Wah 1 Manjung pusing tu, kampung saya dekat Ayer Tawar

      Delete
  2. Abah, mama, mak, ayah...
    Challenging jugak nak faham ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abah Mama - in laws
      Mak Ayah - my parents hehe

      Delete
  3. Selamat Hari Raya Nadia....Maaf zahir batin jika ada comment yang menguris jiwa dalam blog.
    Kami ingat tahun ni dapat beraya di Kuale..sekali paksu and the geng rombongan cikkiah bertolak ke Turki raya ke-8 sooo..yang di Kuale dan Tepen semua beraya di Key Ell...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita kak
      Alaa, kalau tak boleh datang beraya. Kuale kat mana tu? Saya Kota Lama Kiri
      Ohh tahun ni orang kuale beraya di bandor la yeee hihi

      Delete
    2. Kuale di Pekan Kati (seberang Balai Polis) dan Kg Bendang Ujib (1 km dari Pekan hala Kuale). Di Kota Lama Kiri belakang masjid lama seberang sungai kecik belah kanan kampung arwah opah. Situ rasanya ada lg adik beradik/sepupu/anak sedara opah yg tinggal..

      Delete
    3. yang Kota Lama Kiri tu dah dekat jugak dengan rumah saya tu. Kalau datang kuale roger la ye hehe

      Delete
  4. Waah chageee😍😍😍. Tapi skr dah buka di JKT. Cuma jauh dari rumah saya hahahah. Rindu nak minum ini.

    Makanan lebarannya nampak enaaak semua nad 🤤. Drooling sangat saya lihatnya . Sup daging kerbau tuh Asti sedap. Kerbau agak susah dagingnya di sini. Ada beberapa daerah dj Jawa yg pakai kerbau drpd sapi. Tp kalo di JKT memang sapi LBH banyak.

    Bersyukur sangat kalo rumah orangtua dan mertua dekat. JD tiap lebaran bisa sekaligus didatangi 😍. Kalo macam saya, papa mama di Medan , memang 2 tahun sekali pun blm tentu ketemu 😅. Tiket kesana astaghfirullah. Makanya saya tak bisa pulang kalok lebaran. Nanti june baru mudik ke Medan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chagee sedap kan? Hehe Lagipun saya sekarang dah tak tahan dengan coffee, maka tea jadi pilihan utama.

      Hihi Alhamdulillah sedapp semuanya. Saya tak reti nak bezakan kerbau dan sapi kalau dah jadi daging, makan je semua haha

      Wahh Medan! Ada teringin nak ke Medan tapi masih belum sampai rezekinya. Medan lawa sangatt pemandangannya. InshaAllah one day akan ke sana.

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!