”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

8/10/2025

My Veronica

Hi hi! Lama kan aku menyepi? As usual, alasan yang sama, busy 😝 Didi dah merentan bila aku nak update blog haha, dia cakap bila stress nak baca blog aku tapi takde update, bertambah stress dia hahaha. Ok, marilah kita update serba sedikit apa yang jadi dalam hidup lately.

Aku sebenarnya ada niat nak beli scooter, pakai untuk basahan nak pergi kedai Acheh bagai, nak keluar ronda malam2. Motor Didi, si Jericho tu besar sangat nak bawak keluar dekat2. Dulu aku dah hampir nak ambil Benelli Panarea 125, dah pergi tengok dah dekat kedai tapi ada masalah sikit time tu, tak jadi beli.

Ada jugak pujuk Didi nak beli Vespa tapi dia tak bagi, tak berbaloi katanya. Apa yang tak berbaloi aku pun tak tau, aku memang sejenis tengok paras rupa je haha.

Then banyak pulak masuk FYP aku pasal motor ni, lawaaaaa, Allah jatuh cinta. Biasalah kannn benda kalau kita dah tengok, tu je lah yang masuk FYP. Tunjuk dekat Didi dia pun kata lawaaaa.

Korang ingat tak kes Jericho tak boleh start dekat Behrang tu and Isnin tu kami ambil cuti uruskan dia. Hari yang sama kami pergilah saja ushar2 motor idaman aku tu. Kebetulan ada kedai dia dekat Simpang Pulai. Saja nak cari awek untuk Jericho sebab rasanya buat hal tu sebab kesepian haha.

Belek punya belek siap tess drive, tau2 letak duit booking RM100 haha. Order kaler latte, dia cakap 4 bulan baru sampai. Takpelah, bukan nak guna rush punn.

Lepas 3 minggu SA whastapp cakap ada ready stok warna matcha, nak tak dia tanya. Tu memang 2nd choice kami, lepas bincang dengan Didi kasi on lahhh! Haha. Didi pergi uruskan bayaran deposit untuk daftar bagai.

Makanya tanggal 26 Jun 2025, hadirlah si Veronica di dalam hidup kami haha, awek si Jericho. Hihi

Memula aku bawak agak kekok sebab ye la aku dah lama oi tak merempit. Tapi sekarang tidak lagi, aku dah jadi minah rempit balik hahaha.

Veronica ni agak tinggi, aku tongkat 1 kaki kene jengket sikit.  Dia yang tinggi ke aku yang pendek? Haha.

Review dah pakai sebulan lebih ni, dia menang bab body la. Memang comel dooh. Suspension agak keras, kalau naik atas line kuning tu jelas terasa gedak geduknya haha. Tanya pengguna lain dorang cakap nanti makin lama makin lembut. We'll see.

Hari tu ada masuk bengkel sehari sebab ada time susah nak start. Rupanya ada fius longgar. Haishh la motor dah cun, ada jugak problemnya. Takpelah, all is good now.

Ada masa aku bawak pergi office, dah redah hujan panas ribut dah dengan dia. Time aku bawak la hujan lebat pun, kuyupp haha. Time aku bawak kereta elok terang benderang hari haha.

Kalau nak lepak malam2 sekarang ni memang bawak si V ni je lahh. Jadi passeger tak sedap sangat sebab belakang dia lebar and seat dia side belakang macam rasa nak jatuh ke belakang kalau duduk haha. Kene betul2 rapat dengan Didi kalau aku jadi penumpang. Mungkin sebab faktor Didi pun besar hahaha.

Thank you Allah for this rezeki. Thank you Didi support hehe. Dia janji nak bagi aku bawak jauh tapi masih tinggal janji, entah bila nak tepati haha. Setakat ni memang pusing sekitar Ipoh je lahh.

Mine 💕 250cc

Dua-dua comel kan? Kan? Kan!? *paksa* hahaha. Helmet pun comel, dapat free hehe. Worth RM450.

jimat minyak kereta bawak V pergi kerja

pergi hi tea dekat dalam taman kami hehe

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!