Lately terdetik nak beli laptop baru coz laptop lama is outdated already, masih intel-3 kot sekarang kan dah 7 if I'm not mistaken. Ceyy sembang macam pakar IT pakar ekonomi jaguh sukan dan juga jutawan. Haha. Kau tak payah bagi banyak alasan la, cakap je la kau nak laptop baru haha. Walhal laptop lama tu function well je lagi.
Cakap pasal laptop, teringat kepada seorang rakan maya yang aku kenal melalui blog ni satu ketika dulu. I'm not sure whether he still reading mine or not. Dulu apa2 bab IT memang aku rujuk dia, even header blog ni pun by him. Last laptop aku beli pun atas his recommendation. Dulu aku nak format hard disk ke apa entah, dia jugak ajar. Tetiba kami lost contact here, sebab memang tak pernah communicate melalui medium lain pun. Oh pernah chat dekat satu apps ni aku tak ingat dah apa, macam whatsapp tapi google version kot. Ada ke eh? Haha. He's a kind soul, hope he's doing well somewhere out there. Kawan yang baik kita kena appreciate walaupun tak contact dah hehe.
Ok back to my intention. Aku ada laptop start sambung belajar dekat uni la and total 3 kot sampai la yang last ni, Acer. Tetiba dah berkerjaya ni rasa nak try macbook pulak hehe saja gatai sebab aku dah involve dalam ecosistem apple, I have ipad mini and iphone.
Lama jugak aku study the pros and cons here and there, baca review orang and konklusinya 50/50. Siap tanya chat gpt tauu haha. Siap ada tanya kedai, dah pergi machines bagai nak test, dah hampir nak checked out tapi tak jadi haha. Berbelah bagi betul masa tu.
Aku memang aim nak ambil yang paling murah yang masih relevant iaitu M1 chip. Baru nak try malas la nak ambil yang mahal terus, lagipun aku memang nak guna yang basic je which is microsoft. Kalau microsoft sebenarnya lebih sinonim dengan windows kan? Tapi tu la, I want what I want haha.
Nak jadikan rezeki 1 hari tu aku nampak ada orang nak letgo M1 dia yang baru 2 cycle and still under warranty untill Jan 2026 with good bargain. Aku terus whatsapp dia minta details semua. Bincang dengan Didi dia bagi green light untuk aku decide sendiri sebab dia tak tau sangat pasal macbook ni.
Setelah fikir itu ini, aku pun seal the deal. Dengan tawakal pada Allah aku transfer ke stranger some big amount of money la kan. And Alhamdulillah, seller memang jujur orangnya. Aku deal 16 Julai, esoknya sampai ke tangan aku and memang macam baru. Aku syak seller memang buat hiasan je agaknya haha.
So far pakai memang aku happy dengan decision aku. Senang gila nak airdrop docs dari iphone ke macbook and vice versa. Battery tahan lama, kalau pergi mesyuarat tu battery tinggal suku pun tak payah risau. Agak ringan untuk dikendong ke mana2. Interface nampak elegan and corporate gituhhh haha. Nak kendalikan pun senang, memula je kekok sikit. Cuma aku kene beli adapter sebab lubang dia ada dua je and both type c. Aku memerlukan usb dan hdmi untuk presentation. Aku beli adapter jenama ugreen and working well.
Konklusinya aku tak menyesal beli, perfomance on top for me as for now. Cuma ada satu software office aku tak sure compatible ke tak. Kalau compatible lagi Alhamdulillahhhh.
Thank you Allah for this rezq.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!