”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

9/06/2025

Betong - Pattani - Hatyai

Haha repeat lagi lalu jalan ni, kali ni dah kali ketiga aku dengan Didi buat roadtrip ni. Memula berdua, then dengan Mak Ayah, kali ni bawa Mama Abah pulak.

Persiapan sebelum semua aku settle kan, as always. Beli insurans, book hotel, beli e-sim, semualah. Tiap kali suruh Didi cari hotel mesti dia cakap aku lagi pandai cari, eleh malas la tu haha.

Pergi kali ni, 2 hari sebelum pergi baru kelam kabut uruskan semua asbab aku memang sibuk betul dekat office sekarang ni, nak ngintai medsoc pun tak sempat. 

Sekarang nak masuk Thai wajib isi Thailand Digitial Arrival Card (TDAC), seawal 3 hari sebelum sampai. Isi online, senang je and simpan dalam phone, tak perlu print and it's FOC.

Mama Abah datang rumah kami and kami gerak dari Ipoh selepas Subuh 14 Ogos 2025, menuju ke Pengkalan Hulu. Singgah makan pagi di warung roti canai tepi jalan di jalan besar Lenggong - Gerik. 

Sampai P. Hulu isi minyak kasi penuh dulu then terus menuju ke border. Tak ramai orang sebab hari Khamis kan, semua urusan smooth je, Alhamdulillah. Kami makan tengah hari di Bentong dalam pukul 1130 am waktu Thai.



Kedai Viral haha

Sedap. Standard makanan thai lah. Nothing extraordinary.

Sempat beli 2 ulas durian Thai, Mama teringin. 40baht. Sedap jugak, tak berapa manis tapi berlemak

Perut dah kenyang kami meneruskan perjalanan ke Pattani, aku tidur hahaha. Then half way kami berhenti dekat some sort of their RnR sebelah tasik. Lawaa pemandangan dekat situ. Pergi kali ni aku tak ambil banyak gambar pun sebab dah biasa pergi agaknya, rasa macam balik kampung sendiri. Aceyyy hahaha

Kami singgah dekat satu cafe antara Betong dengan Yala. Didi yang ajak, aku baru bangun tidur terpisat-pisat Didi terus suruh google sebab dia pernah nampak orang post. Dalam blur2 tu aku cari, nasib jumpa haha







Ini cafenya, nama SILA. Lawa gilaaa cafe ni, kagum saya. Dengan kemas dan bersihnya. Cafe tu macam out of nowhere tau. Berani dia bukak cafe kat situ sebab aku rasa jarang2 orang lalu situ and penduduk sekitar pun tak padat. Pastries dia sedap, air dia kawww. Harga dia standard harga cafe la yee, jangan ingat semua kat Thailand murah jeee. Haha

Dah kenyang kami teruskan perjalanan ke Pattani. Hujan pun menemani perjalanan kami. Lagi sejam nak sampai Pattani, Didi suruh aku take over drive sebab dia mengantuk. Jalan situ tak busy, jalan cantik so memang safe untuk drive kat sana. 

Alhamdulillah dalam 3.30pm kami sampai Pattani. Kami sewa homestay The Stay Inn, 3 bilik. Homestay baru memang superbb. Besar, bersih, lengkap fasiliti. Puas hati cuma jalan depan rumah agak kecil, muat parking 1 kereta je la. 1 malam RM220. Berbaloi. 

Lepas solat semua kami ke Green Market Pattani. Night market ni sumpah best sebab semua halal tak payah nak risau, murahh and of course sedappp. Banyak pilihan sampai tak tahu nak beli yang mana. 

yang ni tak kene dengan tekak aku



Lepas night market aku ajak Didi singgah 1 kedai baju ni, baju bundle tapi semua bersih sangat and banyak pilihan. 89baht je sehelai. Sebab kesuntukan masa and segan nak shopping depan Mama banyak-banyak haha aku grab 3 je. Mama aku ni jenis jimat tauu, dapat menantu pulak berpegang pada prinsip rezeki tu sentiasa ada haaa hahaha. Depan Mama kita cover-cover la sikit walaupun dia masak dah dengan perangai aku haha. Sorry, aku lupa nama kedai tu, tapi kalau green market sebelah kiri kau, straight  je sampai ada roundabout, ambil pukul 6 then straight je sampai another roundbout, kedai dia hujung2 dah dekat dengan roundbout and belah kiri. Faham tak? Nak aku lukis tak? Hahaha

Cantik kan?

Canti jugak kan? 

Time tu Abah sakit gigi, sian dia sampai nampak bengkak pipi, so kami singgah farmasi kejap beli ubat and Alhamdulillah makan sekali je ubat tu Abah nampak lega banyak. Sebelum balik homestay kami sempat singgah kedai Durian Family Chamil Sayang, bungkus aiskrim durian, Mama teringin. Sedapp.

Esoknya pagi kami keluar breakfast dulu. Kat Pattani time kami pergi banyak tengah buat construction jalan memang bersimpang siur jalan jadinya, google maps pun tak update. On the way nak kedai hujan, kami pergi bertiga je, Abah taknak ikut. Kami makan dekat De'puyud Pattani. Biasa-biasa je makanan dia.

Nasi Kerabu. Lain sikit dari yang biasa aku makan. Yang ni takde lauk and ada lada hitam. Selalu aku makan dengan telur masin instead telur rebus. And sos dia tu macam tak kena haha banyak nau komen. Overall ok la, biasa2 je. 

Hujan pagi tuu. Nyaman jee suasana

Lepas check out kami gerak ke Hatyai. Sebelum check in makan lunch dekat Banlay Seafood Hatyai. Recommended kedai ni, sedappp gila tomyam dia wehhh. Mama pun cakap sedap. Kami order macam2, lobster, ketam, oh lagi 1 udang masak asam jawa dia pun sedappp sangat. Teringat-ingat. Berbaloi makan kat sini.





Kali ni tidur dekat hotel The Terrace Khlong Toei. Jauh sikit tapi sebab naik kereta so tak kisah and paling penting ada parking. Bilik ok, luass. Malam tu pergi Central Festival, aku macam biasa nak cari toiletries sikit dekat Boots. Dekat boots aku beli body spray Ted Baker, saja beli sebab ada kawan pesan jugak. Wangi woihhh, melekat kat badan sampai ke petang. Murah pulak tu. Didi konon nak cari running shoes tapi takde yang berkenan.

Esoknya dah hari balik. Lepas check out kami makan dekat Tamrab Muslim Restaurant. Makan maggi celup tapi biasa2 je pulak rasanya kali ni, pergi sebelum ni sedapp. Mungkin kali ni tak sedap sebab tukang buatnya tak reti senyum 😏.

Lepas makan pergi Kim Yong Market, ada orang pesan barang. Lepas tu pergi Makro pun sebab ada orang pesan barang plus aku nak cari tumblr Makro yang viral tu hihi. We must join the hype babe! *tberr. Then pergi Hatyai Kitchenware, Mama beli barang kedai sikit.

199 baht! Besar and berbaloi gila. Air tahan sejuk lamaaa.

25 baht, beli dekat luar Makro. Legaa gila dapat minum air kelapa fresh


Bawang goreng Thai. Must buy! Memang sedap. 10kg aku beli nak buat tabur keliling rumah haha

Kalau korang makan wasabi kena beli ni, sedappp. 

Lepas dah habiskan duit, kitorang pun pergi lunch sebelum menuju ke Danok untuk pulang ke tanah air. Kitorang lunch dekat Ka Yoh Jao Kao Halal Restaurant. Dah kenyang, burpp Alhamdulillah, maka kami pun gerak balik. Sempat singgah 7e, menghabiskan sisa Thai Baht.

Borong dekat 7e

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dekat border, kereta pun tak banyak kami keluar hari Sabtu. Tapi minggu tu memang Hatyai aman pun, tak ramai pelancong mungkin sebab bukan cuti sekolah.

Kami sampai rumah jam 11pm, singgah solat la makan la. Till next time Hatyai!

*Benda ni ada dalam draft aku dah 2 minggu, ada masa aku update sikit2. Huaa busynya kehidupan sekarang sampai aku cakap dekat Didi entah2 blog ni nanti terbelangkai begitu saja. Nak melawat blog kekawan pun tak sempat. I'm forced to be workaholic now haha. So aku memang update just for the sake untuk simpan kenangan. This where my heart is, a little secluded compared to other platforms. It's public but still have some privacy within. Ehee. 

2 comments:

  1. Kalau rumah saya dekat perbatasan hatyai, mungkin tiap Minggu dah kesana 😂😂😂. Tiap baca tulisan teman2 sukaaaa lah, kuliner sedaaap , banyak barang murah.

    Snack kacang wasabi tuh sedaaaappppp, pernah coba juga. Tapi memang saya jenis yg suka dengan wasabi 😄😄.

    Sila cafe ini sempat saya baca juga, di blog siapaa yaa... Blogger Malaysia juga. Lupa pula. Memang cantiiik kan tempatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe Fanny kena cari masa juga ke sana cuma tipsnya sebelum pergi kena pastiklan Malaysia tidak cuti sekolah atau cuti umum. Kalau tak boleh bikin mood spoil haha.

      Makanan dekat sana murah and kalau harganya standard pun, rasanya pasti wow. Saya pun peminat wasabi, baru dalam setahun ni timbul minat pada wasabi haha.

      ya cafe nya aman, di tengah2 hutan haha. Saya dengan Didi sampai bincang apa strategi owner buka cafe di situ yang obviousnya jarang orang lalu. haha

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!