Kali kedua aku ke Terengganu tahun ni, yang 1st pergi candat sotong, kali ni Didi ada tournament rugby touch tapi bukan sebagai player, just coach. Sebab nak pergi yang ni la aku tak ikut Mak Ayah yang last 2 weeks.
Jumaat hari tu kami both ambil cuti, gerak pun dekat pukul 10am. Santai2 je, no rush. Kami berhenti brunch dekat Gerik. Ajak kawan aku yang kerja sana makan sekali, bukan main lama tak jumpa dia, sibuk mengalahkan Dato Bandar Kota Metrpolitan haha.
Sempat la lepak dengan dia sampai pukul 1pm then kami gerak ke Terengganu, singgah Zus dulu beli ubat tahan ngantuk hehe.
Sampai Bukit Bunga singgah Eco beli jajan untuk tournament esoknya. Then kami terus ke Pantai Penarik nak dinner. Sampai pun dah nak senja. Makan goreng tepung dengan nasi ayam beli 1 share berdua.
![]() |
Not bad, sedap |
Dah kenyang, Alhamdulillah kami terus ke hotel. Sampai dalam 8.30pm. Lama kan perjalanan? Sebab banyak berhenti hehe.
Kami stay dekat The Rise Room. Tengah2 pekan Kuala Terengganu, walking distance dengan kedai-kedai makan viral. 2 malam RM225. Self check in and check out, bilik bersih, no lift and very limited parking space. Dia macam rumah kedai je. Overall, ok la. Parking boleh park dekat kawasan majlis, kena bayar and kena menapak sikit, tak jauh pun.
Esoknya lepas Subuh aku hantar Didi ke padang, tournament dekat SMK Teknik Jalan Lapangan Kapal Terbang. Then aku pergi jogging 4km dekat Seberang Takir. Syokk ye jogging tepi laut, what a view. Memula ingat nak buat 5km tapi sakit perut pulakkk.
Terus balik bilik and order grab je Nasi Dagang. Dah mandi dah kenyang, makan tidur la kejap. Bangun tidur baca buku jap lepas tu solat and keluar. Niat di hati nak cari roti paung tapi 3 kedai aku pergi semua tutup! Kiciwa! Takde rezeki. Rasa marah pun ada sebab dekat Google cakap buka.
![]() |
Grab. Okay, nice. Order dekat Warisan Nasi Dagang Tok. Kali ni pun tak sempat nak pergi Nasi Dagang Atas Tol |
Last sekali aku makan samyang je dekat eMart haha. Dah settle semua aku pun ke padang, nak pick-up Didi. 3 jam jugak la kat situ sambil tunggu tournamnet habis. Team Didi champion kategori IPT. Yeayyy congrats baby!
![]() |
Layan samyang sambil baca buku, killing time |
Then kami terus gerak pergi makan, aku suggest 1 kedai ni The Syrup vs Soda. Ingat sempat nak pergi celop tepun Pok Nong, tak sempat, I was sad 😞. Rupanya kedai Syrup Soda betul2 depan bilik hotel aku je wehh. Heaven betul, park dekat bilik, seberang jalan je sampai. Recommended kedai ni, sedapp and portion besar namatiii. Nasi goreng dia seriously boleh kongsi bertiga. Patutla kami keluar kedai je tudiaa orang beratur punya panjang tunggu giliran. Servis pun laju kedai ni. Berbaloi datang. Dia rehat 7pm-8pm so nak datang malam pastikan 8pm dah pacak depan kedai hehe.
Esoknya lepas Subuh terus siap untuk check out. Nak pergi breakfast Nasi Kerabu Suerasa tapi takde rezeki jugak, tutup! Huhu. Then randomly je singgah Warung Nasi Dagang Vintage. Nasi Dagang dia sedap, nasi lemak ikan dia biasa2 je.
![]() |
Kenyang sampai ke petang. Alhamdulillah |
Settle makan singgah Pasar Payang kejap cari keropok sikit nak bawak bagi budak2 ofis makan. Then pergi cari satar dekat Keropok Lekor Tokku, Mak pesan tapi takde yang dah siap, beli yang frozen je. Yang frozen tak sesedap yang siap bakar kat kedai.
Nak ke arah Kelantan kami tak lalu persisiran pantai. lalu jalan lagi 1 yang lagi dekat, konon nak beli satar dekat satu kedai ni, pun tutup. Apa la nasib pergi kali ni banyak kedai tutup. Huhu takde rezeki.
Sempat singgah beli kopi dekat Nasken Coffee, Setiu. Kedai kopi ni aku nampak ada dekat Pantai Timur je buat masa ni. Aku beli Fresh Espresso Orang Juice, sedapppp! Tapi Didi tak boleh terima *nasib baik* hahahha. Then dia beli Air Nipah dekat tepi jalan, sumpah tak sedap, rasa stokin haha.
![]() |
Sedappp |
Alhamdulillah kami sampai rumah Mak pukul 5pm. Lepas Maghrib baru balik Ipoh.
I love roadtrip, banyak masa untuk sembang, bergurau senda, karok dan headbanging bersama. Haha. Till our next roadtrip 💓
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!