Manusia memang tak pernah lari dari nafsu, sentiasa rasa nak updgrade walaupun takde keperluan pun *ha tau pun kauuu! Haha.
Aku dah lama teringin pakai SUV, tak ingat dari bila. Aku tak berapa suka kereta sedan tapi entah kenapa aku beli kereta sedan hari tu haha. Kenapa kau tanya? Sebab kau tak mampu beli SUV! Hahaha.
Aku tukar dari Myvi ke sedan time tu sebab mainly niatnya nak bagi parents kami selesa bila kami bawa berjalan jauh sikit. Myvi tu pun aku tak jual, Didi sambung bayar. Time tu Didi pakai Axia buat berulang 140km sehari, Axia tu adik aku pulak sambung bayar. Axia tu pun dah jual, adik aku beli Vios Dugong, kegemaran remaja purba katanya. Demo kenei bareyy haha
Baru2 ni kan X50 baru keluar. Ya Allah berkenan betul rasanya, hari-hari tengok tapi tengok je la sebab tahu kereta sekarang tinggi lagi loan plus time covid hari tu aku ada ambil moratorium. Aku hanya mampu berdoa semoga Allah makbulkan impian aku ketika itu haha.
Walaupun kereta sekarang dah mula menunjukkan perangai-perangai rebel dia, tapi kena redho haha. Aku beli kereta tu time 2021.
Didi pulak sejenis kuat meracun tu Mama resah je kalau kami dibiarkan berdua, banyak benda kuban-kuban yang kami boleh buat bersama. Kami begitu support each other dalam untuk upgrade life or menjahanamkan life kami sendiri HAHAHA.
Ada satu hari Didi forwardkan aku 1 video kereta ni, SUV tapi bukan X50. Tengok video seminit tu memang cun, aku just jawab Onz dalam niat bergurau sebab sedar diri keadaan semasa haha. Tu je, no further action taken.
30/8/2025 - kami pergi Midvalley, saja jalan2. Sebelum nak pergi makan Snowflakes, kami ternampak pameran kereta SUV yang sedang hangat di pasaran Malaysia iaitu Jaecoo. Setiap kali sebut jenama ni mesti aku sebut dalam nada nyanyian lagu hindustan, Jaihooooo.
Bila tengok harganya kami telan air liur, mahalll! Tapi berbaloi la dengan design etc, cuma bukan dalam kemampuan kami. Then Didi terus ajak pergi showroom kereta yang dia tunjuk dekat TT tu. Zasss terus aku setuju. Maka kami pun menuju ke Jalan Ipoh, KL.
X50 segmen B kan, yang kami tengok ni segmen C so memang bagak. Tengok dia dalam showroom memang terus jatuh cinta. Pengeluar negara sama dengan Jaecoo. Tanya itu ini dekat SA memang rasa berbaloi betullah harga dengan design dengan features, specs, technology dia. Serba lengkap lah bagi kami.
Mana taknya, warranty dia sampai 10 tahun oii! 5x servis percuma, setiap 15,000km pulak tu. Jimat minyak some more sebab dia HEV. Orang kata beli kereta ni ibarat beli peace of mind sekali. So kami pun test drive.
Settle test drive eh tau2 terbooking. Eh? eh? Ehhhhh. Time tu SA1 cakap ada rebate RM3k.
Dalam masa yang sama sebenarnya aku ada whatsapp dengan dealer lain tapi aku terkejut gila bila SA2 lain tu boleh bagi rebate RM17k-20k sempena bulan kemerdekaan. Confused betul aku kenapa jauh sangat bezanya, bila aku tanya SA2 cakap dealer memang lain-lain dealnya. Huhu begitu pulak. Masalahnya beza sangat tu.
Kan aku cakap hutang kereta lama aku banyak lagi, so dengan rebate sebanyak tu memang boleh cover la kann + simpanan sikit.
Aku pun nak cancel dengan SA1. SA1 ni baik tau, aku serba salah nak cancel tapi kepentingan aku perlu diutamakan. Alasan aku bagi dekat dia sebab aku tak boleh nak cover gap loan kereta lama. Dia cakap kat aku, jangan putus asa dulu, dia cuba tengok macam mana.
SA2 pun baik, aku bagitau situasi sebenar aku dengan SA1 and dia cakap takpe pape bagitau dia balik. SA2 punya offer memang best, rebate banyak, free gifts dia bagi full tank, dash cam, tinted, carpet and siap bagi free 1 malam tidur hotel time nak pick up kereta sebab SA2 ni jauh sikit dari kami.
Aku pergi showroom hari Sabtu, Isnin cuti sempena Merdeka, pagi Selasa bank dah call aku tanya itu ini. Selasa petang SA1 cakap loan aku dah lulus. Huaaaa that fast huh?
And I raised again my concern bout the loan gap. SA1 suruh aku sabar sikit, dia tengok mana dia boleh pusing. Effort dia memang A! Tetiba dia call aku cakap settle. Aku tanya apa yang settle? Dia cakap tak payah pening pasal loan gap tu, anggap je dah settle. Woaa that easy huh?
Dia cakap dia deal dengan HQ dia dekat negara sinunn tu untuk bagi aku rebate extra supaya aku boleh cover loan lama. Tak tau apa permainannya di sini, malas nak ulas lebih2 tapi tu lah ceritanya.
Then kami pun berbincang. Didi cakap request dekat SA1 free gifts macam SA2 offer then kalau dia boleh bagi proceed dengan SA1. Aku try kecek untuk dapat dash cam, karpet, tapi tinted yang berkualiti dia tak berani janji, kalau nak dia boleh tolong tapi aku kena top-up sikit.
So kami proceed dengan SA1 sebab dah deal dengan dia dulu and aku say sorry dekat SA2 sebab tak proceed dengan dia.
First thing first, aku withdraw NCD dulu, kena topup dalam RM650 dulu and refundable. Proses refund tu pun SA akan uruskan nanti.
Kebetulan minggu lepas tu aku ada bengkel di KL and SA terus arrange untuk aku sign loan on 10/9/2025. Banker siap datang lobi hotel, tak payah aku pergi bank. SA ni memang baik service dia. And dia dah siap2 tanya aku nak plat negeri mana. Memula Didi nak beli tapi sebab rasa leceh nak uruskan, kami decide ambil running number je, kali ni ambil plat KL :).
23/9/2025 - SA cakap dah dapat chasis number and kereta akan sampai Sabtu/ Isnin. Kecewa jugak sebab memula janji dapat hari ni tapi tengok baru dapat no chasis. Padahal dah plan baik punya dengan Didi nak bawa kereta tu test drive ke Tganu on 26/9 sebab nak tengok kejimatan minyaknya yang diclaim boleh pergi 1,000km full tank (60 liter). Tapi takpelah, ada la tu hikmahnya.
Then SA settle kan semua. Dia bagi free gift floor mat dengan dash cam. Tinted aku kena tambah sikit, dia cover separuh je sebab dia dah banyak cover katanya 😅 Kebetulan aku dapat cabutan bertuah RM500, aku guna duit tu cover duit tinted. Hehe. Tinted mahal sikit sebab tinted sunroof yang nala punya besar.
1/10/25 - D-day. Hari ni kami berdua cuti sebab nak pergi ambil kereta. Hehe. Sedih jugak nak serahkan kereta sekarang sebab dah 4 tahun dengan dia. Cumanya tu la nampak dari gaya, kereta ni kalau makin simpan makin nazak and takde value.
Kami gerak ke KL pukul 8am and sampai dalam 1045am. Dodeh itu ini, dia explain pasal kereta semua dekat pukul 1230pm jugak baru settle. Terus pergi isi minyak Budi Madani Ron 95 kat Petronas guna applikasi Setel. 1st time guna, rasmi dekat kereta baru hehe Alhamdulillah.
![]() |
TQ Madani, banyak tu cover RM34. Tu baru aku sorang, bayangkan nak tanggung 1 negara. |
Lunch dekat food court TRX, sedap juga Nasi Kerabu dia tapi harga 2x ganda la dari yang dekat luar. Didi sempat beli running shoes Asics sebab ada voucer 20% and point aku ada RM35. Kemudian kami balik Ipoh, nampak la Didi gayat bawak haha. Sampai Ladang Bikam aku pulak bawak sampai rumah.
![]() |
Menyempat ekkk |
Alhamdulillah atas rezeki ni (walaupun hutang) haha. Semoga ianya menjadi keberkatan untuk kami sekeluarga dan dijauhkan dari segala kecelakaan. Ameen.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!