”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

10/06/2025

Hompton by the Beach Penang

Jumaat lepas aku ada retreat pegawai dekat Hompton by the Beach Penang, area Batu Feringgi. Event start pukul 5.15pm tapi aku sampai pukul 6pm memang tak join la event pertama. 

Aku sepatutnya petang tu ada meeting tapi boss bagi pelepasan. So sebelum gerak aku siapkan slides meeting dulu, yela dah orang bagi pelepasan takkan nak lepas semua kan, so kita prep kasi cantik kasi sempurno, bos tinggal nak present je nanti hehe.

Dah settle aku balik rumah, kemas beg bagai, 2.30pm aku gerak ke Penang. Patutnya gerak dengan kawan aku tapi dia kena influenza pulak makanya keseorang la akuu.

Sepanjang perjalanan hujan dan ada spot yang lebat gila, visibility almost none, banyak kereta pasang hazard light termasuklah aku. Stress aku bawak kereta time tu sebab takut kot sebenarnya ada kereta dekat depan.

Aku berhenti kejap rehat dekat Alor Pongsu sebab stress hahaha. Then sambung perjalanan, masuk Penang time orang balik ofis memang cari pasal la, lalu jambatan pertama pulak, smart tag aku buat hal pulakkk! Haishh macam2. Nasib orang tol bertindak cepat, aku dah rasa bersalah kat kereta belakang dah. 

Sampai hotel pukul 6pm, checked in solat semua, lepas Maghrib turun dinner, seafood buffet. Sebenarnya join aktiviti ni sebab nak jumpa kawan2 je haha. Makanan dia banyak juga pilihan tapi rasa tak seberapa, boleh la. View hotel ni lawa, sebelah laut pulakk. Bilik ok luas, selesa. Cumanya tempat parking punyalah sempit, memang menguji driving skill betul.

Pemandangan dari bilik


Everything sangattt 😏

Lepas dinner ada talk bout leadership sampai 10.30pm, talk santai2 je. Habis tu balik tidur, kawan ajak lepak mamak pun aku tolak sebab ngantuk dah, penat drive acece.

Esoknya lepas Subuh terus turun breakfast and seterusnya ada aktiviti team building, kami dibahagikan kepada 7 kumpulan. Memang havoc main tele match tepi laut. Tengah berlari air sambar kaki haha.

Bukan pelangi selepas hujan tapi pelangi sebelah hujan haha


Settle semua dalam 10.30 am dan terus check out. Kawan2 ajak lepak makan2 dekat Penang.






Aku parking dekat MBPP Parking Kupon Area, malas nak tergagau mencari parking dengan jalan sempitnya, orang ramainya. Dalam  2 jam aku kena bayar RM3.50. Ok la kan? Tempat pun luas, gated dan bersih. Dari tempat parking jalan 1km jugak nak ke Penang Road Famous Laksa. Nasib cuaca redup, kena beratur sekejap sebelum sampai turn.

Alhamdulillah, laksa dia sedappp. Lepas tu kami jalan kaki ke Ais Tingkap Penang tapi aku tak beli pun, kawan je beli. Manis letinggg! Nasib tak beli. Then kami ambil grab pergi makan Pasembor Kareem. Hang tak reti kenyang ke? Hahah kenyang oi tapi kawan aku nak merasa. Pasembor dia not bad, aku bawa balik bungkus untuk Ayah sikit. 

Then kami grab ke tempat parking untuk balik. Dua2 uncle cina grab yang kami dapat baik sangat, ramah bercerita itu ini.

Maka berakhirlah 'percutian' tak sampai 24 jam aku dengan kawan2 hehe. Nak keluar Penang punya la jam, hayyaa! Pukul 5pm sampai rumah Mak, solat semua. Alhamdulillah. 

4 comments:

  1. Laaaa... mana bideo telematch tu? Kat TT ada?

    Nanti buat post xplain mana datang nama isterisiburger tu...? cer cita, cer cita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdee hehe. Malas upload. Aib! Hahha

      haha buat tiktok tu zaman PKP, time tu tengah makan burger. Thats the only reason lol

      Delete
  2. Aiiiih driving sendiri nad? Saya nih bisa hitung hari menginap di batu Feringgi. Biasa tiap kesana pastiiii selalu dekat komtar 🤣. Supaya mudah kemana2 , dan dekat banyak tempat makan fav saya.


    Kalo menginap di BF, dari bandara kesana mahal sangaat hahahaha. Kalo di komtar kan tak terlalu mahal, sebab jaraknya tak sejauh ke BF.

    Pasembur nih saya dah susah jumpa yg sedap. Trakhir makan di anjung gurney , alahaaaai tak sedap langsung. Rindu dengan seller pasembur dekat kampus saya dulu. Sedap sangat. Dah tak jualan si uncle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya drive sendiri, sepatutnya berteman tapi last min kawan kena influenza, makanya drive sorang hehe. saya pun jarang menginap di BF, jauh ke dalam dan sesak haha walaupun kalau namanya penang, di mana2 pun macet.

      Betul, setuju saya pun masih belum jumpa pasembor yang betul2 menawan tekak dan hati. yang makan biasa2 saja

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!